Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime baru Digimon Ghost Game akan keluar Oktober 2021, beserta trailer!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 13, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime baru Digimon Ghost Game akan keluar Oktober 2021, beserta trailer!
Share on FacebookShare on Twitter

Laman web rasmi Digimon akhirnya mengumumkan info lengkap untuk siri anime baru Digimon Ghost Game. Laman web mengesahkan bahawa anime akan membuat tayangan perdana di Jepun pada 3 Oktober 2021, dan mendedahkan gambar poster baru yang memaparkan tiga watak utama, serta pasangan Digimon mereka. Siri ini akan diarahkan oleh veteran Kimitoshi Chioka dan Masato Mitsuka, yang keduanya pernah bekerja sebagai pengarah episod di anime Digimon Adventure, dan juga siri Dragon Ball Super. Kenji Watanabe, yang melukis design untuk raksasa baru dalam filem Last Evolution Kizuna, akan kembali untuk melakar Digimon baru dalam Ghost Game.

Berikut adalah sinopsis cerita menurut ANN:

Anime ini berlangsung “pada masa depan,” di mana khabar angin mengenai sesuatu kejadian aneh yang digelar sebagai “hologram hantu” mula muncul dalam talian. Anime ini memfokus pada Hiro, yang dapat melihat Digimon setelah mengaktifkan “Digivice” yang ditinggalkan oleh ayahnya. Bersama pasangan Digimonnya Gammamon, mereka menyiasat fenomena luar biasa yang sedang berlaku di sekeliling, dan perlahan-lahan melangkah ke dunia Digimon.

Berikut adalah senarai watak dan pelakon suara mereka:

RelatedPosts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

Mutsumi Tamura sebagai Hiro Amanokawa
Miyuki Sawashiro sebagai Gammamon
Yu Kobayashi sebagai Ruri Tsukiyono
Kazuya Nakai sebagai Angoramon
Akira Ishida sebagai Kiyoshirō Higashimitarai
Yu Shimamura sebagai Jellymon

Ghost Game pada awalnya diumumkan pada bulan Ogos, di mana ia diumumkan bersama sebuah filem baru yang akan memfokuskan pada watak-watak dari siri Digimon Adventure 02. Bandai tidak mencerita maklumat lanjut tetapi mengesahkan yang Daisuke Motomiya akan menjadi watak utama di mana dia bertemu dengan seorang Digi-Destined yang memiliki digivice tetapi tidak ada rakan Digimon.

Anime pertama Digimon Adventure dilancarkan pada tahun 1999 dan di-reboot semula pada tahun 2020. Pada masa yang sama, filem Digimon Adventure: Last Evolution Kizuna juga dikeluarkan tahun lepas dan dianggap sebagai kesimpulan kepada naratif asal dan menceritakan tentang pertarungan terakhir Taichi/Agumon dan Yamato/Gabumon. Untuk membaca review kami tentang Last Evolution Kizuna, sila tekan sini.

Sumber – Digimon

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animedigimonDigimon Ghost Game
Previous Post

Saints Row reboot akan hadir dengan ciri penyesuaian yang baru!

Next Post

Epic Games membuat rayuan mahkamah setelah kalah menentang Apple

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Epic Games membuat rayuan mahkamah setelah kalah menentang Apple

Epic Games membuat rayuan mahkamah setelah kalah menentang Apple

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd