Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anda takkan lihat skrin GAME OVER di Cyberpunk 2077 melainkan jika anda mati!

Idea yang pernah wujud tapi mari kita lihat versi Cyberpunk 2077 dahulu.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 3, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Anda takkan lihat skrin GAME OVER di Cyberpunk 2077 melainkan jika anda mati!
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila anda bermain Cyberpunk 2077, anda takkan lihat skrin GAME OVER melainkan jika karakter anda mati. Itu yang Quest Designer Phillip Weber kata di dalam Gamestar-Podcast. Tidak kira apa yang pemain buat ketika misi, selagi mereka hidup, mereka takkan gagal GAME OVER.

Menurut Weber, pasukannya mempunyai satu soalan utama yang melebihi yang lain ketika me-reka misi:

“Apa perkara paling bodoh yang pemain boleh buat?”

Dengan mengingati soalan ini ketika me-rekakan misi, CD Projekt Red harus memikir segala jenis kesimpulan, walaupun tidak logik. CD Projekt Red percaya bahawa role-playing harus bermaksud itu dan game harus dilaraskan mengikut segala jenis kemungkinan yang bakal berlaku.

Satu situasi yag dibincang ialah, pemain boleh memilih, ketika misi mengekori sasaran, untuk sebaliknya pergi ke kedai dan memakan burger lantas meninggalkan sasaran untuk buat hal dia. Sasaran ini mungkin akan dibunuh atau hilang, tetapi game dan jalan cerita akan bersambung dan mengambil kira peristiwa yang berlaku.

Daripada apa yang Weber kata, pemain tidak akan merosakkan jalan cerita utama. Sebaliknya, naratif untuk Cyberpunk 2077 akan berubah dan disesuaikan mengikut tindakan dan pilihan pemain.

Jauh beza pula dengan Red Dead Redemption 2 yang dikritik untuk misi yang skripnya ketat dan mudahnya pemain akan melihat skrin GAME OVER ketika membuat misi. Sedangkan Red Dead Redemption 2 berdasarkan tema open-world dan kebebasan, agak pelik lah melihat rekaan misi yang agak lemah.

Nasib baik lah CD Projekt Red tidak mengikut formula itu dengan Cyberpun k2077 dan memberi pemain kebebasan yang sebenar. Tidak kisah jika itu bermaksud pemain menjadi askar paling hebat, hero yang pemalas, atau seorang karakter yang berkorupsi dan sangat jahat, Cyberpunk 2077 akan memberi pemain kebolehan untuk buat semua itu. Kami tidak sabar untuk melihat perkembangan Cyberpunk 2077 dan moga E3 2019 akan memberi kita lebih banyak maklumat tentang game ini.

Sumber – PowerUp-Gaming

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: CD Projekt RedCyberpunk 2077Multiple RoutesOpen World
Previous Post

Hellblade: Senua’s Sacrifice akan tiba di Nintendo Switch pada 11 April ini!

Next Post

Game battle royale, Call of Duty’s Blackout adalah percuma untuk bulan April ini!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Game battle royale, Call of Duty’s Blackout adalah percuma untuk bulan April ini!

Game battle royale, Call of Duty's Blackout adalah percuma untuk bulan April ini!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd