Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Analisis: Penerimaan budaya Cosplay di Malaysia

Maira by Maira
May 24, 2022
in Artikel, Berita, Cosplay, Tempatan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Analisis: Penerimaan budaya Cosplay di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Cosplay, satu istilah yang memang tidak asing dalam golongan peminat anime ataupun komuniti ACG (anime, komik dan game). Apabila bercerita tentang cosplay, sudah pasti ramai yang terbayangkan watak anime yang muncul di dunia nyata. Tetapi semasa awal-awal dulu, anime pun tidak ramai yang tonton, cosplayer memang jaranglah nak munculkan diri. Kalau nak jumpa pun kena pergi Animangaki, Comic Fiesta atau mana-mana acara anime. Sekarang, tidak perlu ada acara besar pun anda boleh jumpa cosplayer. Kami telah menganalisis sedikit mengenai penerimaan cosplay di Malaysia serta beberapa pandangan kami terhadap komuniti ini. Tanpa membuang masa, mari kami perkenalkan dahulu cosplay kepada anda.

Sumber: Wikipedia

Apa itu Cosplay?

Cosplay ini dalam bahasa mudahnya, seseorang itu memakai kostum atau pakaian yang menyerupai watak daripada mana-mana medium seperti anime, game, komik, filem dan macam-macam lagilah. Ada juga orang yang bercosplay seperti Mona Lisa, karya agung Leonardo da Vinci. Kalau anda ingin tahu, perkataan “cosplay” itu sendiri datang daripada dua perkataan iaitu “Costume” dan “Play”. Orang yang melakukan cosplay pula dipanggil sebagai “cosplayer”. Mereka ini mudah dijumpai dalam acara ACG ataupun acara kolaborasi di mana-mana kafe. Contohnya seperti acara HoYoFest ataupun AnimeFest baru-baru ini.

Sumber: themagicrain

Penerimaan cosplay di Malaysia

Anda mesti terkejut betapa sedikitnya orang yang bercosplay di Malaysia. Lebih-lebih lagi semasa awal 2007. Sesiapa yang menyertai acara ACG waktu itu, mungkin jarang menjumpai cosplayer. Tetapi dengan banyak pendedahan terhadap anime di platform-platform rasmi, semakin ramai yang mula menjadi cosplayer. Sepanjang acara kolaborasi Tealive bersama Genshin Impact, kalau anda bernasib baik, pasti boleh terserempak dengan cosplayer yang berpakaian seperti adik beradik Kamisato daripada game tersebut. Tidak perlu pun acara besar-besaran untuk cosplayer muncul.

Sumber: Reddit

Acara Bon Odori yang selalu diadakan sepanjang tahun di Shah Alam juga mempunyai ramai cosplayer yang datang saban tahun. Tetapi sejak Covid-19 melanda, tidak tahu lagi jika acara tersebut akan dijalankan lagi ataupun tidak. Harap-harap bolehlah kita beramai-ramai berkumpul untuk acara ini lagi. Kami tahu kebanyakkan Universiti pasti ada yang menganjurkan acara bertemakan “Jepun”. Siap ada pertandingan cosplay diadakan, dan mendapat sambutan daripada pelajar. Senang cerita, penerimaan terhadap aktiviti cosplay itu sendiri sebenarnya sangat baik di Malaysia.

Sumber: Bon Odori Malaysia

Tetapi tidak semuanya diterima baik oleh sesetengah masyarakat kerana mereka tidak memahami tujuan cosplay itu sendiri. Cosplay ini untuk sesetengah individu ialah hobi, pekerjaan malah ada juga yang bercosplay hanya untuk berseronok dan bukanlah menunjuk. Kalau anda ada memasuki komuniti ACG mahupun cosplayer, pasti ada sahaja cerita ataupun drama yang berlaku setiap tahun.

Trend terkini dalam komuniti cosplayer

Memandangkan Malaysia sebuah negara yang berbilang bangsa, anda akan temui pelbagai jenis cosplayer. Memang kita selalu nampak cosplayer datang menampilkan kostum original daripada watak bersama-sama senjata yang dibuat sendiri. Baru-baru ini juga, anda boleh berjumpa dengan cosplayer yang memakai baju tradisional. Lebih-lebih lagi ketika perayaan. Sebenarnya, agak jarang untuk berjumpa dengan cosplayer seperti ini. Bayangkan Mikasa Ackerman berbaju kurung muncul, memang lain daripada yang lain kan! Kalau anda terserempak memang untunglah.

Sumber: mykampusradio

Tetapi ada satu lagi trend menarik dalam komuniti cosplayer iaitu cosplayer berhijab. Sudah ramai cosplayer yang menggunakan hijab telah muncul sejak 2016. Daripada menggayakan wig ataupun rambut palsu, cosplayer berhijab pula berusaha menggayakan hijab mereka untuk membentuk gaya rambut watak anime. Boleh tahan rumit juga untuk gayakannya lebih-lebih lagi jika watak yang ingin di-cosplay mempunyai rambut terpacak. Tetapi hasil akhir sememangnya hebat. Anda boleh mengikuti beberapa cosplayer berhijab terkenal seperti Miisa MHC. Anda pasti kagum melihatnya.

Pandangan GS

Mungkin untuk sesetengah orang sukar untuk menerima aktiviti cosplay ini, tetapi untuk yang lain ia mungkin salah satu cara untuk mereka serlahkan diri mereka. Untuk keluar daripada kepompong selesa. Membuatkan mereka lebih mudah berinteraksi dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama. Melihat kes yang berlaku baru-baru ini, rasanya ramai yang sudah lupa beberapa “peraturan” yang ditetapkan dalam acara-acara ACG untuk pengunjung mahupun cosplayer.

Mahu bercosplay memang tidak salah, tetapi lihat jugalah pada keadaan. Penganjur juga ada meletakkan syarat untuk setiap pemakaian kostum. Kalau pakaian terlampau terdedah, memang ramai yang tidak selesa melihat anda. Apatah lagi orang awam yang tidak pernah melihat cosplayer. Dengan zaman di mana ramai yang suka “viral” kan keadaan kecil, silap hari bulan boleh bikin stres. Ikutlah panduan yang diberikan oleh pihak penganjur ataupun periksa dahulu tempat acara diadakan. Kalau ianya terbuka dan melibatkan orang awam, janganlah lakukan perkara-perkara yang menyebabkan salah faham. Tidak pasal-pasal ramai yang beranggapan buruk terhadap komuniti cosplayer.

Sumber: uppercutcrit/ Jurufoto: Mr. Oda

Keluar sedikit daripada topik, jurugambar pun mintalah kebenaran dahulu sebelum bergambar. Ada juga cosplayer yang datang untuk berseronok sahaja dan tidak mahu gambar mereka diambil. Jadi, kalau permintaan untuk bergambar ditolak, jangan pula memaksa atau menganggu mereka. Cosplayer masih lagi manusia yang mempunyai personaliti tersendiri.

Apa pula pendapat anda mengenai penerimaan cosplay di Malaysia? Boleh kongsikan di ruang komen! Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain untuk game, anime, manga dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: cosplayMalaysia
Previous Post

Interview Naraka: Bladepoint Mobile – Info eksklusif bersama Ray Kwan, produser 24 Entertainment

Next Post

Paper Ghost Stories: Third Eye Open diumumkan, game seram baru dari Malaysia

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Paper Ghost Stories: Third Eye Open diumumkan, game seram baru dari Malaysia

Paper Ghost Stories: Third Eye Open diumumkan, game seram baru dari Malaysia

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd