Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Analisis: Mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift di Malaysia?

safwan by safwan
May 13, 2022 - Updated on May 25, 2022
in Android, Artikel, Berita, iOS, MOBA, Mobile, Tinjauan & analisis
0 0
0
Analisis: Mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift di Malaysia?
Share on FacebookShare on Twitter

Kali ini, kami ingin mengongsikan pendapat tentang mengapa Mobile Legends: Bang Bang lebih popular berbanding League of Legends: Wild Rift.

Mobile Legends: Bang Bang atau lebih dikenali sebagai ML atau MLBB adalah game MOBA yang dibangunkan oleh Moonton pada 2016 di Android dan iOS.
League of Legends: Wild Rift adalah game MOBA yang dibangunkan oleh Riot Games untuk Android dan iOS pada 2021.

Tanpa melengahkan masa lagi, berikut adalah sebab mengapa Mobile Legends lebih popular dari Wild Rift:

1. Harapan pemain yang tinggi untuk Wild Rift

Mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan game mungkin menjadi alasan mengapa game ini tidak sepopular Mobile Legends. Ramai orang yang menantikan game ini dilancarkan, namun hype yang diberikan kepada peminat tidak sesuai semasa ia dilancarkan.

Hal ini kerana, mereka membuat beberapa perubahan yang berlainan dengan versi PC dan membuatkan pemain lebih memilih Mobile Legends atas sebab mekanik yang lebih mudah faham.

Jika nak dibandingkan Wild Rift yang baru dilancarkan, ia berkemungkinan mengambil masa yang lebih lama untuk peroleh kepercayaan setiap pemain. Walaupun mempunyai ramai pemain dan peminat di versi PC, ianya mungkin agak sukar untuk mereka berpindah ke platform yang lain.

2. Tersangkut bersama Mobile Legends

Kebanyakan pemain lebih sayang dengan Mobile Legends kerana telah mengeluarkan sedikit sebanyak duit bagi membeli Diamond untuk mendapatkan skin dan hero dalam game tersebut. Jika pemain sudah menghabiskan duit dalam game tersebut, ianya agak sukar untuk berpisah dan sudah pasti sayang untuk berpisah dengan Mobile Legends.

Jumlah yang mereka telah laburkan dalam Mobile Legends bukanlah sedikit, ada yang labur sehingga beratus malah beribu ringgit untuk game mobile ini. walaupun mereka kalah berturut-turut dalam rank, mereka tetap akan bermain game ini. Ia terasa seperti khianat untuk bermain game saingannya.

3. Mekanik Wild Rift yang agak rumit

Jika nak dibandingkan kedua-dua game ini, Wild Rift mempunyai lebih banyak ciri yang tidak diimplikasikan ke dalam Mobile Legends. Terdapat banyak ciri-ciri yang membuatkan gameplay Wild Rift lebih rumit seperti role champion yang lebih spesifik dan ianya bergantung pada rune. Jika pemain salah memilih rune semasa pemilihan champion, ia akan menyebabkan champion tersebut lemah dan tidak mencapai tahap yang diinginkan.

Tambahan pula, Wild Rift Dengan membeli item yang tepat untuk champion, pemain boleh beri damage yang lebih kuat kepada musuh. Untuk membeli item dalam Wild Rift, pemain perlu pulang ke base manakala Mobile Legends tidak perlu pulang ke base dan boleh membeli item bila-bila masa sahaja.

Kepada mereka yang telah mengenali item dan hero dalam Mobile Legends, mereka terasa agak susah untuk belajar item dan hero yang diperkenalkan dalam Wild Rift. Jadi, mereka kembali bermain Mobile Legends dan meninggalkan Wild Rift.

mobile legends wild rift popular

Seterunya, perbezaan mekanik paling ketara dan membuatkan ianya agak sukar adalah sistem farming yang menggunakan Last Hit untuk mendapatkan Gold. Walaupun ianya agak sukar untuk mendapatkan Last Hit, Riot Games tetap akan memberikan pemain Gold jika berdekatan dengan minion.

mobile legends wild rift popular

Di samping itu, game ini mempunyai dua ward yang boleh menampakkan musuh dalam semak dan ward yang diletakkan oleh musuh. Jika nak dibandingkan dengan Mobile Legends, mereka tidak pernah mempunyai sistem ini dan menjadikan pemain sukar untuk berpindah ke Wild Rift. Monster yang akan memberikan buff kepada pemain di jungle juga agak kebal untuk dibunuh dan mengambil masa yang lebih lama.

Untuk tempoh masa bermain yang singkat, Mobile Legends adalah game yang sesuai untuk dimainkan. Sebaliknya, Wild Rift mempunyai tempoh yang lebih lama dan memerlukan pemain untuk fokus dan serius semasa bermain. Untuk menyerupai versi PC, tempoh bermain satu pusingan Wild Rift mengambil masa yang lebih lama berbanding Mobile Legends walaupun ianya telah di singkatkan.

5. Potensi Esports

mobile legends wild rift popular

Bila nak mengatakan tentang Esports mengenai kedua-dua game tersebut, SEA memang terkenal dengan game mobile sama juga seperti Wild Rift juga. Wild Rift masih merupakan keluaran yang agak baharu dengan hanya sebahagian kecil mengambil bahagian dalam kejohanan. Oleh itu, ia mungkin mengambil sedikit masa sebelum Wild Rift boleh menjadi tajuk Esport utama yang menyaingi pesaingnya, Mobile Legends.

Pada bulan lepas, kejohanan yang besar telah diadakan bagi kedua-dua game tersebut. Untuk MLBB, mereka telah menganjurkan MPL musim ke-9 manakala Wild Rift telah menganjurkan WCS. Prize pool bagi kedua-dua game adalah sama iaitu $ 100,000 USD.

Jika nak dibandingkan mengikut statistik, sudah pasti ramai yang menonton MPL berbanding WCS. MPL musim ke-9 mempunyai seramai 143, 783 penonton manakala WCS 22 mempunyai 374orang penonton sahaja. Mengikut statistik ini, kita boleh nampak yang Mobile Legends lebih ramai peminat dan mempunyai potensi yang besar untuk masa akan datang.

Walaupun begitu, yakinlah bahawa Riot Games mempunyai potensi untuk menang dalam kategori ini dalam jangka masa panjang, terutamanya memandangkan saiz ekosistem yang besar yang dicipta oleh game seperti League of Legends PC dan Valorant.

mobile legends wild rift popular

Saya rasa ini sahaja alasan yang saya boleh berikan kenapa Mobile Legends lebih popular daripada Wild Rift. Jika korang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan korang tidak berpindah daripada Mobile Legends, kongsikan pendapat di raungan komen nanti. Klik disini untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Mobile Legends dan Wild Rift.

Muat turun di sini
Mobile Legends: Bang Bang
Publisher: Moontoon
Developer: Moontoon
Release Date: 2016-07-11
Android, iOS
Mobile Legends: Bang Bang adalah permainan mobile multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibangunkan dan dikeluarkan oleh Shanghai Moonton Technology. Pilih pelbagai hero dari pelbagai kelas untuk melawan pihak lawan sekarang!
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: League of Legends: Wild RiftMobile Legends: Bang Bang
Previous Post

Ini senarai phone gaming bajet bawah RM1000 setakat Mei 2022! ML, PUBGM semua boleh!

Next Post

[Review] WWE 2K22 – Penantian dua tahun yang tidak sia-sia dengan visual yang ditambah baik

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Review] WWE 2K22 – Penantian dua tahun yang tidak sia-sia dengan visual yang ditambah baik

[Review] WWE 2K22 - Penantian dua tahun yang tidak sia-sia dengan visual yang ditambah baik

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd