Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

AMD umum Radeon RX 7900 XTX & 7900 XT, bakal tersedia pada bulan Disember 2022!

safwan by safwan
November 4, 2022
in Artikel, Berita, GPU, Teknologi
0 0
0
AMD umum Radeon RX 7900 XTX & 7900 XT, bakal tersedia pada bulan Disember 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja diumumkan, AMD bakal mengeluarkan graphic card (GPU) baharu iaitu Radeon RX 7900 XTX dan 7900 XT di mana kedua-duanya menggunakan RDNA generasi ketiga. AMD Radeon RX 7900 XTX dan RX 7900 XT akan tersedia pada 13 Disember 2022.

Memandangkan kedua-dua GPU baharu ini didatangkan dengan RDNA generasi ketiga, Radeon RX 7900 XTX dan 7900 XT akan menggunakan nod 5nm di mana ia adalah reka bentuk chiplet pertama untuk GPU Radeon. GPU menampilkan satu jubin pengiraan yang dibuat dalam proses 5nm dengan enam chiplet memori yang dibuat dengan nod 6nm.

Selain itu, kedua-duanya menampilkan full GPU Navi 31 dengan 12288 Stream Processor manakala latter adalah berdasarkan cut-down GPU dengan 10752 core. AMD telah mengesahkan yang Navi 31 GPU mempunyai transistor sebanyak 58 billion di mana ia dapat menawarkan sehingga 61 TFLOP prestasi single-precision.

Dengan penggunaan nod 5nm, GPU Navi 31 mempunyai transistor density 165% lebih tinggi berbanding dengan Navi 2X. Prestasi Radeon RX 7900 XTX dipercayai dapat memberikan 1.7x lebih laju berbanding RX 6950XT pada resolusi 4K. GPU terbaru ini juga akan menyokong DisplayPort 2.1 sekali gus dapat menawarkan resolusi sehingga 8K 165Hz atau 4K 480Hz. Anda boleh lihat perbezaan di bawah:

AMD Radeon RX 7900 XTX didatangkan dengan base clock 1.9 GHZ, game clock 2.3GHz dan boost up sehingga 2.5GHz. Ia didatangkan dengan RAM sebanyak 24GB GDDR6 dan 384-bit memory bus. Manakala AMD Radeon TX 7900 XT pula mempunyai base clock 1.5GHz, game clock 2.0GHz dan boost up sehingga 2.4GHz. Untuk RAM model XT didatangkan sebanyak 20GB dan 320-bit memory bus. Untuk memory clock pada kedua-dua model adalah sama iaitu pada 20 Gbps.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa AMD Radeon RX 7900 XTX dan 7900 XT akan tersedia pada 13 Disember 2022. Radeon RX 7900 XTX akan berharga $999 (anggaran RM 4742.25) manakala RX 7900 XT pada tanda harga $899 (anggaran RM 4267.55).

Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai teknologi, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: amdAMD Radeon RX 7900 XTAMD Radeon RX 7900 XTXGPUradeonRX 7900
Previous Post

TOHO Akan Kembali Dengan Filem Godzilla Terbaru Pada November 2023!

Next Post

PS5 God of War Ragnarok Bundle – Tersedia pada 9 November pada harga bermula RM2339!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!
Preview

Previu SHINOBI: Art of Vengeance – Menyelami Dunia Ninja Penuh Aksi!

June 8, 2025
Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!
Temuramah

Interviu SHINOBI: Art of Vengeance – Pengaruh Seni Neo2D & Cabaran Menghidupkan Joe Musashi!

June 8, 2025
Next Post
PS5 God of War Ragnarok Bundle – Tersedia pada 9 November pada harga bermula RM2339!

PS5 God of War Ragnarok Bundle - Tersedia pada 9 November pada harga bermula RM2339!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd