Diumumkan oleh Level Infinite, ALARA Prime merupakan game FPS 4v4 percuma yang akan dilancarkan di PC melalui Steam pada tahun 2023. Dibangunkan oleh Fall Damage, ia telah dibuka untuk ujian pra-alpha untuk pemain di Eropah bermula daripada 15 Julai sehingga 17 Julai 2022.
Tentang ALARA Prime

ALARA Prime ialah first-person shooter kompetitif percuma. Mereka akan menampilkan perlawanan pasukan antara empat orang pemain setiap pasukan. Anda akan memilih class, gunakan pelbagai gajet, menfaatkan persekitaran dan bekerjasama untuk meraih kemenangan.
Format tiga pasukan mod Transmisi membuka pintu kepada pilihan strategik baharu. Pasukan boleh tikam belakang, kekal fokus pada objektif, atau menunggu saat apabila musuh paling tidak menjangkakan serangan.
Ciri-ciri penting

- Transmission – Semasa Ujian Pra-Alpha, anda akan memainkan mode Transmission, di mana tiga pasukan daripada empat pemain akan bersaing untuk mengawal Uplink. Satu pasukan akan bertahan dan dua lagi akan menyerang. Pasukan akan bergilir-gilir menukar posisi dan mempertahankan setiap tapak yang berbeza.
- Class – Terdapat empat kelas dalam ALARA Prime iaitu Assault, Infiltrator, Support dan Engineer. Setiap class akan mempunyai senjata dan gajet yang unik.
- Senjata – Dalam ALARA Prime, terdapat pelbagai senjata untuk dipadankan dengan gaya permainan anda. Daripada assault rifle, submachine gun, shotgun dan pistol. Setiap class mempunyai akses kepada set utama dan senjata sampingan yang berbeza bersama dengan ability sekunder yang disertakan dengan semua senjata utama.
- Gajet – Manfaatkan pelbagai gajet untuk membantu anda dan pasukan dengan melempar bom tangan, memasang perangkap, menyekat pintu masuk, menggunakan dron untuk menggodam gajet musuh, kumpulkan intel dengan alat penyusupan atau gunakan umpan untuk mengelirukan musuh. Setiap daripada gajet akan mempunyai kategori masing-masing seperti intelligence, infiltration, support, offence dan defence.
- Map – Dalam Ujian Pra-Alfa ini, anda akan bermain dalam map pertama yang dikenali sebagai “Power Plant”. Di peta tersebut, mereka akan menampilkan segala-galanya daripada pertempuran jarak dekat ke lorong penembak tepat. Gunakan reka bentuk persekitaran dalam peta untuk mengukuhkan kedudukan atau bertempur dengan musuh.
Saya ingin mengingatkan anda bahawa game ini masih dalam fasa pembangunan dan akan melancarkan ujian pra-Alpha di Eropah sahaja. Malangnya, banyak negara-negara lain termasuk Malaysia tidak tersedia untuk ujian tersebut. Buat masa sekarang, mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi bagi pelancaran game ini dan yang pasti ianya akan dikeluarkan pada tahun 2023 di Steam. Mari kita sama-sama nantikan ALARA Prime pada masa akan datang.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat menarik berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post