Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Alan Wake 2 Rasmi Lancar 17 Oktober 2023, Trailer Gameplay Rasmi Didedahkan!

Maira by Maira
May 25, 2023 - Updated on May 26, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Alan Wake 2 Rasmi Lancar 17 Oktober 2023, Trailer Gameplay Rasmi Didedahkan!

Kredit imej: Remedy Entertainment

Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja ada khabar angin mengenai tarikh pelancaran Alan Wake 2, tahu-tahu ianya betul. Game tersebut akan dilancarkan ke PS5, Xbox Series X|S dan PC melalui Epic Games Store pada 17 Oktober 2023. Berikut adalah trailer gameplay rasmi yang telah didedahkan semasa PlayStation Showcase hari ini.

Alan Wake 2 ialah game seram single-player psikologi dan sekuel kepada game asal pada 2010, Alan Wake. Sekuel ini dibina dari bawah untuk menjadi pengalaman sebenar generasi akan datang di pelbagai platform dengan visual terperinci yang menakjubkan yang menghidupkan cerita, aksi dan persekitaran melalui enjin Northlight Remedy.

Kalau anda tidak pernah bermain game pertama, jangan risau, kerana pemain boleh menyelami sekuel dengan mudah tanpa sebarang pengalaman atau pengetahuan awal tentang cerita game. Sebagai tambahan kepada protagonis, Alan Wake, kita turut diperkenalkan dengan watak baharu iaitu Saga Anderson.

Sumber: Remedy Entertainment

Rentetan pembunuhan ritual mengancam Bright Falls, sebuah komuniti bandar kecil yang dikelilingi oleh hutan belantara Barat Laut Pasifik. Anderson, ejen FBI yang terkenal dengan reputasi untuk menyelesaikan kes yang mustahil, tiba untuk menyiasat pembunuhan itu. Tidak lama kemudian peristiwa itu bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia menemui halaman cerita seram yang mula menjadi kenyataan di sekelilingnya. Entah bagaimana peristiwa itu seolah-olah membawa kepada Alan Wake, penulis seram yang hilang 13 tahun lalu.

Sumber: Remedy Entertainment

Alan Wake, seorang penulis yang hilang terperangkap dalam mimpi ngeri di luar dunia kita, menulis sebuah cerita dalam usaha untuk membentuk realiti di sekelilingnya dan melarikan diri dari penjaranya. Dengan seram gelap memburunya di Dark Place, Wake cuba mengekalkan kewarasannya dan mengalahkan syaitan dalam permainannya sendiri.

Sumber: Remedy Entertainment

Game bermula dengan Anderson datang untuk menyiasat pembunuhan di Bright Falls bersama rakan ejen veterannya Alex Casey. Selepas peristiwa tertentu berlaku, peminat boleh memainkan cerita Wake dan Anderson masing-masing dalam sebarang susunan yang mereka pilih. Perjalanan ini membawa pemain ke dua laluan gelap yang berasingan, di mana kisah Anderson berlaku di Pacific Northwest, yang terdiri daripada tiga hab: bandar kecil Bright Falls, hutan primordial yang menakjubkan mengelilingi Tasik Cauldron yang misterius, dan bandar Watery yang lapuk. Dan akhirnya, Dark Place adalah realiti yang berubah-ubah dan bergelung di mana kisah Wake berlaku.

Tidak sabar untuk melihat game ini lancar nanti. Adakah anda akan membelinya? Untuk segala liputan mengenai Alan Wake daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Alan WakeAlan Wake 2Remedy Entertainment
ShareTweetSend
Previous Post

Metal Gear Solid 3 Remake Diumumkan! Akan Hadir ke PS5, Xbox Series & Steam!

Next Post

Gameplay Assassin’s Creed Mirage Didedahkan, Bakal Hadir pada 12 Oktober 2023!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Gameplay Assassin’s Creed Mirage Didedahkan, Bakal Hadir pada 12 Oktober 2023!

Gameplay Assassin's Creed Mirage Didedahkan, Bakal Hadir pada 12 Oktober 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd