Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aksi RPG Soulslike ‘Enotria: The Last Song’ Akan Datang Tahun 2024!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 13, 2023
in Action, Artikel, Berita, PC, PS5, RPG, Soulslike, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Aksi RPG Soulslike ‘Enotria: The Last Song’ Akan Datang Tahun 2024!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, SEGA mengumumkan bahawa Enotria: The Last Song, game aksi RPG soulslike yang dibangunkan oleh Jyamma Games dari Itali, akan dilancarkan di Asia (termasuk Malaysia) pada Musim Bunga 2024 (sekitar Mac hingga Jun).

Untuk gambaran umum tentang game ini, anda boleh tonton video di bawah:

Sinopsis

Kredit: SEGA

Enotria pernah menjadi alam indah yang penuh dengan kehidupan—sehingga Canovaccio memusnahkan tanah, lalu membahayakan penduduknya. Semuanya telah dirampas oleh sumpahan itu. Sekarang yang tinggal hanyalah kenangan.

Perjalanan yang mesti anda lalui untuk membebaskan Enotria adalah perjalanan yang sunyi. Ramai akan menghalang usaha anda untuk memulihkan tanah kepada zaman kegemilangan dahulu—sesetengahnya dicemari oleh Canovaccio, ada yang tidak untuk berubah. Pegang peranan sebagai “Mask of Change” dan membebaskan dunia ini daripada sumpahan.

Gameplay

Kredit: SEGA

Seperti saya kata tadi, Enotria: The Last Song adalah game Soulsike yang diilhamkan oleh kisah dongeng Itali dan penuh dengan bahaya.

Secara am, pemain akan memakai topeng yang dijatuhkan oleh musuh lalu mengambil alih peranan mereka. Mekanik ini menawarkan cara baharu untuk bermain, masing-masing dengan kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Kredit: SEGA

Pemain dapat menukar antara sehingga 3 loadout yang boleh diubahsuai pada bila-bila masa dan turut dapat mengembangkan gaya permainan melalui kumpulan “talent” yang unik dalam Path of Innovators.

Bertukar topeng secara strategik untuk menyelesaikan teka-teki, mendedahkan rahsia, merentasi dunia yang semakin reput dan memperoleh kelebihan strategik dalam pertempuran.

Kredit: SEGA

Sekali lagi saya ingatkan, Enotria: The Last Song akan dilancarkan di Asia pada Musim Bunga 2024 (sekitar Mac hingga Jun) untuk platform PlayStation 5, Xbox Series X|S dan PC Steam. Malangnya, tarikh keluaran rasmi tidak didedahkan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Enotria: The Last SongSoulslike
ShareTweetSend
Previous Post

Adore Review (PC) — Kumpul Raksasa dan Selamatkan Dunia!

Next Post

SEGA Hadirkan Booth di Thailand Game Show 2023! Pelbagai Demo Game Tersedia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
SEGA Hadirkan Booth di Thailand Game Show 2023! Pelbagai Demo Game Tersedia!

SEGA Hadirkan Booth di Thailand Game Show 2023! Pelbagai Demo Game Tersedia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd