Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Akses awal The Magical Mixture mill akan tersedia awal tahun 2023 di Steam!

Alan Fikri by Alan Fikri
December 22, 2022
in Artikel, Berita, Fantasy, Game, Genre, PC, Simulator, Steam
0 0
0
Akses awal The Magical Mixture mill akan tersedia awal tahun 2023 di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penerbit game indie, HOOK, telah mengumumkan perjanjian penerbitan baru dengan pembangun Glowlight. Perjanjian ini adalah untuk membawa game membancuh potion automatik, iaitu The Magical Mixture Mill ke PC melalui Steam Early Access pada awal tahun 2023.

The Magical Mixture Mill akan membawakan pengalaman game yang seronok kepada para pembuat potion yang sedang berkembang apabila mereka membantu kedai ‘Griselda’s Magical Mixtures’ yang terkenal di dunia untuk kembali seperti semasa zaman kegemilangannya dengan membantu pemiliknya yang sudah tua dan suka cendawan.

Bersama pembantunya, pemain akan melompat ke dunia berwarna-warni yang penuh dengan barisan pengeluaran automatik, watak riang dan humor fantasi klasik sambil mengumpulkan bahan-bahan baru, mencipta potion eksotik dan memaksimumkan potensi potion untuk pelanggan setia mereka.

Berikut adalah serba sedikit tentang The Magical Mixture Mill:

Mana-mana Adventurer akan memberitahu anda bahawa Griselda’s Magical Mixtures adalah pilihan utama untuk pengembara dan wira untuk mencari potion yang meningkatkan prestasi mereka. Sama ada untuk mendapatkan kekuatan hebat, kecerdasan luar biasa, kecantikan yang dicemberui atau keperluan yang kurang heroic.

Griselda, seorang ahli sihir tua yang sukakan cendawan, sentiasa menjalankan perniagaan dengan penuh edikasi, tetapi zamannya telah tamat dan inilah masanya untuk melatih seseorang yang boleh menggantikannya. Secara ringkasnya, pengetahuannya mesti diwarisi dan ANDA – bekas Adventurer yang kerjayanya diputuskan kerana sikap yang tidak suka bertoleransi – akan menjadi calon yang sempurna!

Bersama dengan pembantu anda, bina talian pengeluaran automatik stesen kerja untuk memberikan potion yang kuat kepada wira tempatan, bantu mereka menyelesaikan quest dan jadikan anda sebagai pembuat potion kegemaran mereka.

Terokai pelbagai biom dan gunakan kebolehan pengambaraan anda untuk mengumpul an menyelidik bahan eksotik, yang mampu menghasilkan resipi baru. Bersedia untuk dilatih oleh Griselda dan menaikkan nama kedainya seperti ketika zaman kegemilangannya!

Ciri-ciri The Magical Mixture Mill:

  • Pembuatan bancuhan automatik yang boleh diakses
    • Cipta pipeline pengeluaran automatik sepenuhnya daripada katalog pelbagai stesen kerja untuk menghasilkan potion. Imbangkan nisbah cecair, maksimumkan potensi, pilih bahan yang betul, imbangkan rasa dan tuangkan semua pada botol tercantik yang anda boleh buat untuk mencipta potion!
  • Dunia yang ceria,nyaman dan berwarna-warni!
    • Gabungan reka bentuk illustrasi berwarna-warni dengan sedikit jenaka fantasi klasik dan pengalaman alkimia yang selesa. Persekitaran yang berbeza untuk meneroka dan mengumpulkan bahan-bahan anda. Tetapi anda harus berhati-hati, kerana akan anda yang melawan….
  • Pelanggan gembira akan sentiasa kembali! Terutama sekali jika mereka “ketagih”
    • Tidak semua wira mahukan potion yang sama, jadi luangkan masa anda untuk mengenali pelanggan anda. Apabila mereka level up, permintaan potion yang kuat dan advanced akan meningkat, menjadikan mereka pelanggan yang sangat setia dan membuat anda menjadi kaya!

Sekali lagi saya ingatkan, The Magical Mixture Mill akan tiba di PC melalui Steam Early Access pada awal tahun 2023. Anda boleh menambah game ini ke wishlist anda sekarang!

Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai berita menarik mengenai game, anime dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: GameGlowlightsteam early accessThe Magical Mixture Mill
Previous Post

Seven Deadly Sins: Grudge of Edinburgh Part 2 akan tiba pada Ogos 2023

Next Post

Stranger of Paradise: FF Membawa DLC Baharu “Different Future”! Akan Hadir Januari 2023

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Stranger of Paradise: FF Membawa DLC Baharu “Different Future”! Akan Hadir Januari 2023

Stranger of Paradise: FF Membawa DLC Baharu "Different Future"! Akan Hadir Januari 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd