Nampaknya 2K bakal bawakan game mobile Civilization tidak lama lagi! Didedahkan oleh 2K, mereka akan merancang soft-launch untuk game mobile Civilization: Eras & Allies di beberapa buah negara termasuklah Asia Tenggara.

Pada 12 Mac ini, akses awal untuk Civilization: Eras & Allies di Asia Tenggara akan tersedia, bermula dengan negara Indonesia dan Filipina. Disebabkan game itu masih lagi pada peringkat akses awal, jadi tiada pengumuman rasmi yang akan dilakukan mengenai tajuk game tersebut.

“Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk meneroka dan berkembang untuk khalayak baharu, Civilization: Eras & Allies memulakan soft launch hari ini di wilayah tertentu di Asia Tenggara, bermula dengan Indonesia dan Filipina. Civilization: Eras & Allies ialah game mobile strategi sosial 4X standalone baharu yang percuma untuk dimainkan, menampilkan mekanik gameplay merentas era yang menarik dan unik, direka bentuk dengan mengambil kira pemain strategi mobile sosial.”, kata wakil 2K mengenai game tersebut.

Malangnya akses tersebut tidak tersedia di Malaysia, jadi kita nantikan sahaja apabila akses tersebut mencapai negara kita nanti. Buat peminat game Civilization, anda juga boleh nantikan pengumuman rasmi daripada 2K pada masa akan datang!

Selain daripada game mobile ini, peminat Civilization juga boleh menantikan game mainline baharu yang sedang dibangunkan oleh Firaxis Games. Agaknya apa pula yang dapat kita alami dalam game baharu itu nanti?

Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game Civilization daripada kami, boleh klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post