Viral pada hujung minggu lalu dalam komuniti Genshin Impact apabila surat khabar tempatan ada menyiarkan berita tentang game tersebut. Antara benda yang dikongsikan dalam siaran tersebut berkenaan kemas kini Genshin Impact 3.2 yang akan tersedia pada 2 November ini. Tetapi ada sesuatu yang terang-terang membuatkan peminat kecoh terhadap penulisan berita tersebut. Boleh pula ada typo pada tajuk game Genshin Impact.

Typo yang kami maksudkan ialah akhbar tersebut meletakkan “Geshin Impact” pada tajuk serta kapsyen pada gambar yang digunakan. Ada lagi beberapa typo yang dijumpai oleh peminat Genshin pada siaran akhbar itu.

Antara perkataan lain yang typo ialah “Cyro” yang sepatutnya dieja Cryo, salah satu elemen dalam Genshin Impact. Selain daripada itu, tajuk untuk acara yang akan tersedia dalam Genshin Impact 3.2 juga disalah eja. Daripada perkataan “Fabulous” menjadi “Faboulous”.
Apapun, manusia mana sahaja yang boleh lakukan sesuatu yang sempurna, pasti ada beberapa kesilapan yang dilakukan. Pemain juga agak terhibur apabila melihat akhbar tempatan menyiarkan berita tentang game kegemaran mereka. Selalunya kita akan melihat iklan game tersebut di TV, Bukit Bintang dan juga beberapa stesen LRT.

Kami pasti anda juga tidak sabar untuk bermain kemas kini terbaru game tersebut. Pre-load untuk Genshin Impact 3.2 sudah pun boleh dimuat turun. Jadi bolehlah muat turun dahulu sementara menunggu kandungan tersebut tersedia 2 November ini. Mesti ramai yang sudah siap sedia primo masing-masing untuk mendapatkan Nahida, archon terbaru yang diperkenalkan dalam Genshin Impact.
Untuk mendapatkan segala liputan mengenai Genshin Impact daripada kami, sila klik pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post