Kecemerlangan jalan cerita FINAL FANTASY VII tidak akan lengkap tanpa Aerith Gainsborough, seorang gadis penjual bunga yang menampilkan aura mempesona dan boleh dianggap sebagai lambang kesucian di dalam francais ini.

Tinggal di bawah bandar Sector 5 dan merupakan keturunan terakhir Cetra, Aerith diculik oleh Shinra tetapi akhirnya diselamatkan oleh Cloud dan rakan-rakan. Bersama, mereka melarikan diri dari Midgar dan memulakan perjalanan ke dunia luar yang telah lama dia impikan.

Dalam interviu ini, kami berbual dengan pelakon suaranya, Briana White, dan bertanya tentang cara-cara dia melakonkan watak Aerith, cabaran yang dihadapi, adegan kegemarannya, dan banyak lagi.
Aerith ialah watak yang disayangi dengan personaliti yang unik. Bagaimanakah anda menonjolkan daya tarikan dan kesuciannya sambil menunjukkan kebijaksanaannya yang lebih mendalam?

Briana White: Saya berusaha untuk menceritakan kisah Aerith dengan setiap baris yang saya bersuara. Aerith mengalami kehidupan yang sangat sukar. Dia tahu, melalui tragedi dan kesusahan, bahawa setiap saat adalah hadiah dan penting untuk memanfaatkannya sebaik mungkin.
Saya rasa inilah sebabnya walaupun interaksinya yang paling kecil dipenuhi dengan kebaikan dan keseronokan. Ini juga menyebabkan dia menerima saat-saat ketegangan atau ketakutan dengan bijaksana dan tenang.
Dia tahu bahawa sentiasa ada harapan untuk hari yang lebih baik kerana hidupnya adalah buktinya. Saya cuba membawa semua itu ke dalam persembahan saya.
Apakah adegan Aerith kegemaran anda dalam FINAL FANTASY VII REBIRTH?

Briana White: Saya rasa adegan Aerith kegemaran saya berubah setiap kali saya ditanya yang mana satu, kerana dia mempunyai banyak adegan yang menakjubkan.
Sekarang adegan Aerith kegemaran saya ialah ketika dia memberi ucapan di Cosmo Canyon. Ucapan itu benar-benar menunjukkan intipati wataknya, dan ia juga mengingatkan kita, para pemain, bagaimana untuk mencari cahaya melalui kegelapan masa lalu kita sendiri.
Sungguh cantik saat itu.
Hubungan Aerith dan Cloud adalah antara aspek utama FINAL FANTASY VII REBIRTH, terutamanya kerana kisah romantik mereka boleh didorong oleh pemain. Bagaimanakah anda menyuarakan interaksi Aerith dengan Cloud, sedangkan pilihan pemain boleh mempengaruhi hubungan mereka?

Briana White: Saya, secara peribadi, tidak terlalu memikirkan tentang pilihan pemain semasa merakam dialoh, kerana akhirnya ini adalah cerita tentang sekumpulan watak yang mencari kekuatan untuk melawan kejahatan besar melalui ikatan mereka antara satu sama lain.
Aerith mengambil berat tentang Cloud dengan sangat mendalam, dan saya melakukan yang terbaik untuk menggambarkannya sepanjang semua interaksi mereka. Kemudian terpulang kepada pemain untuk mentafsirkannya melalui mata sendiri.

Maka, tamatlah interviu ini dan ribuan terima kasih kepada Briana White sebagai pelakon suara Inggeris Aerith Gainsborough kerana sudi menjawab soalan kami. Bagi mereka yang berminat, FINAL FANTASY VII REBIRTH kini tersedia untuk PlayStation 5.
@gamersantaimy
Discussion about this post