Francais Call of Duty tidak pernah melepaskan peluang untuk mengeluarkan game baru pada setiap tahun. Namun, etika ini mungkin akan berubah kerana menurut info dari sumber boleh dipercayai, Activision akan tangguh game terbaru Call of Duty bagi 2023.
Di Twitter, pemberi maklumat terkenal –Tom Henderson berkongsi maklumat bahawa game Call of Duty 2023 akan ditangguhkan. Ini menandakan kali pertama sebuah game Call of Duty tidak akan dikeluarkan dalam tempoh masa setahun sejak francais membuat debut pada 2003. Henderson tidak menjelaskan mengapa Activision membuat keputusan ini tetapi khabar angin kata ia mungkin disebabkan oleh cabaran teknikal yang dihadapi oleh Call of Duty Vanguard semasa pelancaran awal.

Baru-baru ini, Infinity Ward mengesahkan bahawa Call of Duty: Modern Warfare 2 dan Warzone 2 akan dikeluarkan pada 2022 selepas entri pertama meraih banyak sambutan positif dari peminat. Jika berita tentang penangguhan Call of Duty 2023 terbukti betul, ini bermakna Modern Warfare 2 dan Warzone akan menerima lebih banyak sokongan buat masa sekarang bersama dengan update konsisten bagi content.
Tidak jelas sama ada Microsoft mempunyai kaitan dengan penangguhan ini selepas membeli Activision, tetapi ini hanya teori. Walaupun pemerolehan rasmi Microsoft ke atas Activision akan dimuktamadkan pada Jun 2023, tidak mustahil untuk untuk Microsoft menangguhkan Call of Duty. Sebelum ini, mereka pernah tunda Halo Infinite selama setahun untuk menumpukan perhatian pada kualiti. Microsoft mungkin akan menggunakan strategi yang sama untuk CoD 2023.
Selain itu, Henderson turut menyatakan bahawa game Call of Duty akan datang akan menjadi entri pertama yang sepenuhnya dibuat untuk “next-gen”, jadi mencantikan game ini termasuk gameplay dan bug hingga ia “sempurna” merupakan fokus penting dalam rancangan Activision.
Untuk segala liputan kami tentang francais Call of Duty, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post