Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia meraikan Ulangtahun ke-30 mereka dengan siri Produk yang menarik!

Termasuk monitor gaming yang pasti tak lekang mata lah!

Nyny.A by Nyny.A
February 7, 2020
in Acara, Artikel, Berita, Produk, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia meraikan Ulangtahun ke-30 mereka dengan siri Produk yang menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini kami telah dijemput untuk bersama-sama meraikan ulangtahun Acer yang ke-30 di Malaysia dengan pelbagai produk baharu yang diperkenalkan kepada semua peminay dengan produktiviti yang tinggi serta hiburan.

Antara produk yang dilancarkan oleh Acer hari ini yang menarik perhatian kami adalah Acer Spin 3, All-In-One PC dan 3 siri Monitor yang memenuhi keperluan dan ciri tersendiri kepada pengguna.

“2020 adalah tahun yang sangat penting bagi kami kerana kami meraikan Ulang Tahun Acer Malaysia yang ke-30. Ketika kami melihat kembali apa yang telah dilalui selama ini menerusi cabaran-cabaran, pencapaian-pencapaian, inovasi dan kejayaan, satu perkara kekal: kami benar-benar terharu dengan sokongan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pelanggan dan media. Setiap pilihan produk yang kami perkenalkan telah mendapat penerimaan pasaran yang baik. Kami juga menerima maklum balas yang membolehkan kami berterusan berusaha gigih untuk membawa produk yang memenuhi permintaan pasaran,’’

– Johnson Seet, Pengarah Perniagaan Konsumer, Produk dan Pemasaran Acer Malaysia

Sebelum itu, bersempena dengan ulangtahun ini, pelanggan yang membeli model terpilih Acer dari 1 Februari hingga 31 Mac 2020 dapat menebus hadiah percuma kerusi gaming Predator, bomber jacket Predator, gajet predator atau barangan edisi terhad ulang tahun ke-30 Acer Malaysia dan boleh ditebus di pautan ini.

Laptop Boleh Ubah Baharu Acer Spin 3 – Menampilkan Pemproses Terkini Dalam Rekaan Lebih Nipis

Baru sahaja diumumkan pada CES 2020, model terbaru Acer Spin 3 menampilkan reka bentuk yang lebih nipis dengan pemproses berkuasa Intel Core Generasi ke-10. Sebagai sebahagian siri laptop boleh ubah popular Acer, Acer Spin 3 didatangkan dengan ensel yang boleh dilipat 360 darjah.

Seberat 1.5kg dengan ukuran 16.8mm nipis, chasis aluminiumnya yang rapi dan bergaya boleh dimuat ke dalam beg kerja atau beg sandang. Dengan paparan sentuh Full HD 14-inci, model baharu Spin 3 memiliki 7.82mm bezel nipis yang menawarkan nisbah 78% paparan ke badan untuk keadaan terbaik maksimum bagi pelajar dan profesional yang melakukan pelbagai projek, membandingkan dokumen dan menikmati kandungan digital.

Menulis, melukis dan semua interaksi lain pen adalah tepat dan realistik pada Acer Spin 3, terima kasih kepada keupayaan mengecas pantas Acer Active Stylus yang menggunakan teknologi Wacom AES (elektrostatik aktif), yang seakan dakwat dan kertas sebenar dengan 4,096 tahap tekanan. Apabila tidak digunakan, stylus tersebut boleh diletakkan pada dok storan di mana ia boleh dicas pantas. Stylus tersebut boleh diguna selama 90 minit untuk penulisan aktif selepas hanya pengecasan 15 saat.

Didatangkan dengan 512GB PCIe NVMe SSD dan Acer Active Stylus, model Acer Spin 3 dengan Intel Core i5 Generasi ke-10 dan 8GB RAM adalah berharga RM3,199 manakala varian Intel Core i3, 4GB RAM berharga RM2,699.

Memperkenalkan Acer Aspire C27-962 All-In-One 

Pada acara sama, Acer turut memperkenalkan sebuah PC All-in-one rekaan elegan 6.8mm ultra-nipis Acer Aspire C27-962. Aspire C27-962 memiliki ciri-ciri seperti 8GBDDR4 RAM, 512GB SSD dengan 1TB 2.5-inci HDD dan All-In-One ini ideal untuk pelbagai pengguna yang memiliki kemahuan luas.

Privasi dilindungi dengan pilihan menutup kamera webcam dan port HDMI-out menawarkan pilihan untuk paparan kedua. Terdapat empat port USB 3.1 Gen 1 juga tersedia. Tambahan lagi, ia didatangkan dengan Acer Vision Care merangkumi siri teknologi seperti Acer BlueLightShield, yang mengurangkan pendedahan cahaya biru dan teknologi Flickerless, yang mengurangkan kerdipan pada paparan untuk tambahan keselesaan dan membantu melindungi penglihatan semasa menggunakannya.

Dengan paparan 27-inci Full HD IPS, Aspire C27-962 dijana oleh pemproses Intel Core i5 Generasi ke10 dan NVIDIA GeForce MX130 boleh didapati sekarang di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan penjual rasmi terpilih Acer di seluruh negara pada harga RM3,499.

Tiga Siri Monitor– Salah satu pasti menjadi pilihan anda

Bagi meningkatkan pengalaman berkomputer, Acer melancarkan monitor 34-inci, satu monitor Predator dan tiga monitor di bawah siri Nitro. Paparan CB342CK UltraWide beresolusi QHD memiliki ciriciri VESA Certified Display HDR 400 dan 99% sRGB gamut warna luas bagi menyajikan pengalaman visual yang semula jadi dan cantik. Pengubahsuaian 6-axis warna bersepadu membolehkan pengguna mengubah warna mengikut kesukaan mereka.

Bagi pengguna yang memerlukan pemasangan banyak paparan, paparan 34-inci didatangkan dengan reka bentuk ZeroFrame bagi memberikan pengalaman menonton yang lancar dan memaksimumkan pengalaman penontonan. Paparan CB342CK juga dilengkapi dengan Acer ErgoStand untuk pengguna mengubah ketinggian, jarak dan sudut yang ideal bagi kedudukan penontonan, dan pengubahsuaian kini lebih mudah dengan alat kawalan jauh.

Ciri NVIDIA G-SYNC menyokong monitor Predator XB273UGS 27-inci IPS WQHD sehingga 165Hz kadar segar semula dan tempoh maklum balas 1ms (Grey to Grey), 0.5ms (min., Grey to Grey) yang menamatkan gangguan kerdipan pada paparan. Dengan adanya VESA Certified DisplayHDR 400, Predator XB273UGS mampu menyediakan pengalaman imersi lebih baik menerusi penciptaan semula imej realistik. Waktu tontonan dipanjangkan semasa tempoh lama bermain permainan video juga kini lebih selesa dengan teknologi Flickerless, BlueLightShield, ComfyView dan low-dimming.

 Predator XB273UGS turut mempunyai RGB Soft ambient Light!

Dilengkapi dengan panel IPS dan teknologi AMD Radeon FreeSync, monitor baharu Acer Nitro XV mampu memberikan sehingga 240Hz kadar segar semula dan tempoh maklum balas 0.1ms bagi menawarkan corak permainan kasual yang cemerlang pada harga mampu milik. Direka untuk kegunaan jangka masa lama, monitor permainan Nitro XV mengandungi beberapa ciri seperti Flickerless, BlueLightShield, lowdimming, Comfyview dan Acer ErgoStand yang membolehkan kedudukan paparan diubah suai bagi memberikan pengalaman tontonan lebih selesa.

 

1 of 4
- +

Model monitor Acer CB342CK, Predator XB273UGS dan Acer Nitro boleh didapati sekarang di semua kedai dalam talian rasmi Acer dan penjual rasmi terpilih Acer di seluruh negara dengan spesifikasi dan harga seperti berikut:

Ternyata hebat produk yang diperkenalkan Acer Malaysia sempena ulangtahun mereka ke-30 ini. Jika anda berminat dengan produk diatas, anda boleh terus ke laman web rasmi Acer Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AcerAcer Aspire C27-962 All-In-OneAcer Nitro XVAcer Spin 3All-In-One PCCB342CK UltraWidePredator XB273UGSUlangtahun ke-30 Acer Malaysia
Previous Post

Vivo akan menampilkan teknologi Super Flashcharge 120W dalam peranti APEX 2020!

Next Post

Malaysia duduki tempat ke-50 dalam laporan komprehensif pengalaman permainan Opensignal!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Malaysia duduki tempat ke-50 dalam laporan komprehensif pengalaman permainan Opensignal!

Malaysia duduki tempat ke-50 dalam laporan komprehensif pengalaman permainan Opensignal!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd