Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Malaysia Memperkenalkan Desktop Acer Veriton, Dual Monitor & Projektor Baru, Peranti-Peranti Bertumpuan Produktiviti

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 23, 2024
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer Malaysia Memperkenalkan Desktop Acer Veriton, Dual Monitor &  Projektor Baru, Peranti-Peranti Bertumpuan Produktiviti

Kredit: Acer

Share on FacebookShare on Twitter

Acer Malaysia hari ini melancarkan barisan komputer desktop baharu di bawah siri Acer Veriton, sebuah monitor dwi-paparan mudah alih, dan sebuah projektor yang direka untuk meningkatkan kelancaran alir kerja untuk daya pengeluaran dan mempertingkatkan pengalaman multimedia bagi golongan profesional dan pelbagai perniagaan.

Siri Acer Veriton S2720G & X2720G

Acer Veriton S2720G | Kredit: Acer

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core generasi ke-14 terkini, komputer desktop Acer Veriton S2720G dan Veriton X2720G meningkatkan daya pengeluaran perniagaan. Kedua-dua desktop datang dengan memori RAM 8GB dan SSD 512GB untuk menawarkan kebolehan pelbagai tugas lancar bagi memenuhi keperluan para pengguna perdagangan.

Acer Veriton X2720G | Kredit: Acer

Sedar bahawa keselamatan data adalah penting untuk pelbagai perniagaan, kedua-dua komputer desktop datang dengan Modul Platform Dipercayai diskret (dTPM) yang menyediakan rintangan terhadap usikan untuk penyimpanan data dan kelayakan yang selamat.

Acer Veriton S2720G | Kredit: Acer

Sebagai tambahan, pelbagai alat pengurusan perdagangan seperti Acer Office Manager, Acer Control Center dan Acer ProShield Plus memudahkan pengurusan dan penyelenggaraan peranti untuk meningkatkan keseluruhan keselamatan.

Kedua-dua desktop tersedia dengan segera dari eKedai Acer dan atau rakan kongsi yang dibenarkan. Veriton X2720G padat dengan Intel Core i3 dan Intel Core i5 masing-masing dijual dengan harga RM2,899 can RM3,289, manakala Acer Veriton S2720G bentuk ‘mid-tower’, dengan Intel Core i5 dijual dengan harga RM3,399.

Monitor Dwi-Paparan Mudah Alih Acer PD163Q

Kredit: Acer

Acer PD163Q adalah sebuah monitor boleh lipat dwi-paparan lengkap dengan palam mini HDMI dan Taip-C, sesuai untuk penggunaan perniagaan dan hiburan.

Dua paparan peranti ini membolehkan pelbagai tugasan yang lebih cekap dengan membolehkan para pengguna untuk bekerja atas pembentangan di atas satu paparan di samping mencari data dan rujukan di atas satu lagi paparan.

Kredit: Acer

Dengan panel IPS FHD, Acer PD163Q menyediakan sudut pandangan yang luas sebanyak 170 darjah dan memaparkan warna yang cerah. Teknologi Acer VisionCare menggabungkan beberapa ciri-ciri yang menimbangkan penggunaan berpanjangan oleh para pengguna berat.

Reka bentuk mudah alihnya membolehkan para pengguna melaraskan sudut pandangan mengikuti kesesuaian tersendiri hanya dengan melipat paparan keduanya ke belakang ketika hanya memerlukan satu paparan.

Kredit: Acer

Tersedia dengan segera di eKedia Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, monitor dwi-paparan mudah alih Acer PD163Q dijual di harga RM1,699.

Projektor Acer X1528Ki

Kredit: Acer

Acer X1528Ki mempunyai kebolehan penayangan sehingga 5200 ANSI lumens untuk menyediakan gambar yang jelas walau di dalam persekitaran yang terang untuk menyediakan penontonan yang asyik semasa pembentangan atau sesi hiburan.

Ketika berpasangan dengan anak kunci tanpa wayar Acer, para pengguna boleh melangkaui kesusahan pengurusan wayar dan memaparkan tayangan dari telefon pintar, tablet, atau komputer riba mereka dengan senang.

Kredit: Acer

Dengan nisbah lontaran 1.48-1.62, ia boleh memaparkan gambar sebesar 60-inci dari hanya 2 meter. Manakala, ColorBoost3D™ memastikan warna yang seakan hidup, Acer LumiSense™ membolehkan penyelarasan keterangan dan ketepuan warna yang senang, dan ColorSafe II membantu penyelarasan halus tahap RGB dinamik untuk mencegah pereputan warna.

Kredit: Acer

Tersedia dengan segera di eKedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, projektor Acer X1528Ki dijual dengan harga RM2,799.

Untuk membaca segala liputan kami tentang produk Acer, sila tekan SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acer malaysiaAcer Monitor PD163QAcer Veriton S2720GProjektor Acer X1528Ki
ShareTweetSend
Previous Post

Deadpool & Wolverine Berganding Bahu Untuk Menyelamatkan MCU, Penjelasan Trailer Baru

Next Post

MSI Stealth 16 AI Studio A1V Review — Nipis, Ringan Serta Berkuasa Hebat!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya
Review

Reviu Yasha: Legends of the Demon Blade – Roguelike Mitologi Jepun Penuh Dengan Gaya

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan
Filem

Filem Avengers: Doomsday & Secret Wars Ditunda, Kedua-dua Ditangguh 9 Bulan

May 23, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Next Post
MSI Stealth 16 AI Studio A1V Review — Nipis, Ringan Serta Berkuasa Hebat!

MSI Stealth 16 AI Studio A1V Review -- Nipis, Ringan Serta Berkuasa Hebat!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd