Acer telah melancarkan Acer Chromebook Vero 514 — Chromebook pertama untuk barisan Vero mesra alam. Acer Chromebook Vero 514 (CBV514-1H/T) tampil dengan rekaan yang mengambil kira jangka hayat produk, memandangkan ia mudah dinaik taraf, dibaiki, dibuka dan dikitar semula. Ia juga menggunakan bahan-bahan yang dikitar semula.

Reduce, Reuse dan Recycle
Laptop ini mengintegrasikan penggunaan plastik PCR dengan kadar 30% dalam chasis dan bezel skrin, dan 50% dalam keycap dan speaker. Selain itu, Chromebook membantu mengurangkan sisa plastik di lautan dengan menggunakan plastik yang berisiko terbuang ke laut, di bahagian ‘housing’ kipas dalaman dan juga pada pad sentuh OceanGlass™, yang menyediakan tekstur seperti kaca dan sentuhan responsif.

Chromebook direka untuk jangka hayat produk lebih panjang bagi mengurangkan impak terhadap alam sekitar. Pembaikian dan naik taraf memori dan storan kini menjadi lebih mudah dengan penggunaan skru standard di bahagian bawah. Ciri-ciri luaran unik pula menampilkan chasis bebas cat dengan warna cobblestone gray dan panel paparan yang juga 99% boleh dikitar semula. Acer Chromebook Vero 514 mempunyai luaran yang tahan hentaman dan memanjangkan jangka hayat, yang memenuhi standard ujian MIL-STD 810H0, reka bentuk diperkukuh yang melindunginya daripada kejatuhan setinggi 122 cm (48 inci).

Prestasi Tinggi Acer Chromebook Vero 514
Dikuasakan oleh pemproses Intel® Core™ Generasi ke-12 terkini dan menampilkan grafik Intel® Iris® X e, laptop ini tersedia untuk keperluan kerjasama, produktiviti dan hiburan. Bateri pengecasan pantas memastikan pelanggan boleh menggunakannya sepanjang hari kerana Chromebook boleh mengecas sehingga 50% daripada 10 jam hayat bateri dalam masa 30 minit sahaja.
Paparan Corning Gorilla Glass anti-silau HD penuh bersaiz 14 inci – tersedia pada pilihan skrin sentuh – mempunyai kecerahan 300 nits dan julat warna 100% sRGB yang luas, sekali gus memberikan pengalaman tontonan yang lebih rancak dan menarik.

Acer Chromebook Vero 514 memaparkan reka bentuk bezel nipis yang memberikan nisbah 88% badan-ke-skrin yang mengagumkan. Kamera web HD penuh mampu mengurangkan suar, dan audio DTS dengan Smart Amplifier membolehkan sidang video berkualiti tinggi pada Chromebook baharu.
Direka bentuk untuk mencipta dan berhubung, laptop ini menampilkan Wi-Fi 6E yang pantas serta bersambung ke pelbagai peranti dan paparan. Ia juga menyediakan keupayaan pengecasan melalui pemilihan portnya, termasuk dua USB Type-C, USB 3.2 Type-A dan HDMI.
Acer Chromebook Enterprise Vero 514
Acer Chromebook Enterprise Vero 514 melengkapkan usahawan dengan pelbagai keupayaan perniagaan ChromeOs, memperkasakan pekerja, pusat panggilan, organisasi penjagaan kesihatan, dan perniagaanperniagaan lain dengan keupayaan dan produktiviti operasi yang lebih besar. Chromebook Enterprise Vero 514 didatangkan dengan keupayaan ChromeOS termasuk ciri keselamatan canggih, laporan, dan pengurusan berdasarkan scalable cloud dan zero-touc enrollment.

Pembungkusan Boleh Dikitar Semula Mengurangkan Lagi Impak Terhadap Alam Sekitar
Pembungkusan produk ini menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula bagi membantu mengurangkan sisa. Kotaknya diperbuat daripada 90% plastik yang dikitar semula, manakala beg notebook dan lapik papan kekunci diperbuat daripada 100% plastik yang dikitar semula.

Adapter sleeve pula diperbuat daripada kertas berbanding penggunaan beg plastik biasa. Sebaik sahaja Chromebook ini tersedia untuk digunakan, pembungkusan dalaman peranti itu boleh ditukar kepada kaki komputer riba berbentuk segi tiga atau fungsi-fungsi lain di pejabat atau di rumah.
Senarai Penuh Produk Mesra Alam Acer Vero
Laptop ini juga merupakan tambahan terbaharu kepada barisan Acer Vero, antaranya komputer ribaAspire Vero, Veriton Vero All-In-One, monitor Vero, projektor Vero, dan aksesori berjenama Vero termasuklah tetikus dan papan kekunci.

Harga dan Ketersediaan
Acer Chromebook Vero 514 (CBV514-1H/T) akan tersedia di Amerika Syarikat November ini dengan harga USD 499.99 (anggaran RM2243). Untuk Malaysia masih belum diumumkan ketersediaannya. Jadi tunggu sahaja pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk Acer daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post