Apex Legends akan memulakan acara terbaru dan nampaknya peminat anime mungkin akan menyukainya. Acara tersebut dinamakan “Gaiden Event” dan akan berlangsung pada 19 Julai ini. Beberapa Hero akan mendapat skin yang diinspirasikan daripada anime terkenal seperti Evangelion, Naruto dan One Piece. Sudah tentu anda boleh mendapatkan skin tersebut melalui acara ini malah beberapa ganjaran eksklusif juga menanti pemain.
Anda boleh melihat preview kepada empat skin anime tersebut melalui laman web rasmi Apex Legends. Walaupun ia diinspirasikan daripada anime-anime hebat, ia bukanlah acara kolaborasi rasmi anime. Skin anime itu juga tidaklah tiru sebiji sama dengan siri anime yang dinyatakan. Antara Hero yang dilihat memakai skin tersebut adalah seperti berikut:
- Wattson = Naruto
- Octane = One Piece
- Revenant = Neon Genesis Evangelion
- Mirage = My Hero Academia

Skin Gaiden Event ini nampak menarik kan? Sudah tentulah ia tidak percuma dan anda perlu membelinya. Harga rasminya masih belum diumumkan, tetapi menjelang pelancaran Gaiden Event, sudah tentu Apex Legends akan umumkannya tidak lama lgi. Skin Legendary ini juga akan didatangkan dengan complementaru skin untuk Flatline, Wingman, EVA-8 dan Charge Rifle. Itu semua bergantung kepada skin apa yang anda beli.
Bangalore juga akan mendapat skin Prestige yang dipanggil “Apex Commander”. Anda boleh mendapatkannya selepas mengumpulkan kesemua 40 kosmetik lain. Senang citer ianya hampir sama dengan cara Heirloom didapatkan. Bukan setakat itu sahaja, EA juga mengumumkan bahawa Armed dan Dangerous mode juga akan kembali serta mempamerkan loot dan senjata khas.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Apex Legends Gaiden Event, anda boleh lawati laman web rasmi game. Acara tersebut juga akan bermula 19 Julai ini. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Apex Legends daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post