Pada minggu lalu, Rockman X DiVE telah melancarkan acara kolaborasi bersama Monster Hunter: Rise untuk pemain melakukan Mission Code: R.I.S.E. Game inovatif ini telah diterima dengan baik oleh pemain dan ia menampilkan watak seperti Hunter V (Sinister) serta Hunter R (Kamura) bersama beberapa senjata dari Monster Hunter.
Acara ini telah memasuki minggu kedua dan akan menampilkan karakter baru, iaitu Rathalos Armor X yang dirancang serta dibangunkan oleh pasukan Monster Hunter: Rise bersama Megaman X Series. Di acara ini juga, X akan dilengkapi dengan peralatan baru selain yang sudah sedia ada dalam siri ini, dan pastinya akan membuatkan pemain lebih teruja untuk bermain.
Semasa langkah pertama dalam merancang acara kolaborasi ini, pasukan pembangun Monster Hunter: Rise telah memberikan pelbagai nasihat dan bimbingan kepada pasukan Rockman X DiVE, terutama dari segi reka bentuk tahap, watak, senjata serta reka bentuk Rathalos Armor X. Watak ini dipadankan dengan warna merah hitam, Chest dan Head yang sama dengan Rathalos, serta menampakkan X lebih hebat dengan Rathalos Armor Set.
Dari segi skil pula, ia telah memenuhi kemahiran yang ada di Monster Hunter untuk menjadikan watak kolaborasi lebih hebat. Skil pertama dari Rathalos Armor X ialah Ture Charged Slash, dimana pemain melakukan slash ke depan dalam dua gelombang, dan slash kedua adalah dua kali lagi kuat dari gelombang pertama. Sekiranya Skill Card dipasangkan, kuasa serangan watak akan menjadi bertambah kuat. Skil kedua pula ialah Rathalos Fire Breath yang boleh menghasilkan bebola api untuk menyerang musuh, dan ketika anda menggunakan skill ini buat kali kedua, ia boleh mengatasi Flame Slash. Dengan gabungan Skill Card, pemain boleh menyebabkan musuh mengalami damage berterusan akibat status burning apabila menggunakan Rathalos Fire Breath.
Skil dari Rathalos Armor X sangat berguna untuk pertempuran jarak dekat dan jarak jauh semasa bertarung bersama musuh. Anda boleh gunakan Ture Charged Slash semasa bertarung dengan lawan secara dekat serta menggunakan Rathalos Fire Breath dari jarak jauh untuk menyerang. Kombo ini memberikan anda menggunakan kesan burning untuk bermain secara perang gerila.
Acara Code: R.I.S.E telah bermula sejak minggu lalu, dan kebanyakan pemain telah berjaya menguasai skil menggunakan Wirebug untuk menghabiskan level dengan mudah. Malah, setelah kemaskini hari ini dilancarkan, ia telah memberikan kekuatan tempur yang sama pada Challenge Mode. Pemain yang ingin menghabiskan level kini perlu meningkatkan skil operasi mereka daripada meningkatkan kekuatan tempur sahaja.
Selain itu, pemain acara ini akan menerima sejumlah Kamura Ticket dari acara Drop setelah kemaskini, apabila mereka berjaya menyelesaikan cabaran Story iaitu BOSS. Pada masa yang sama juga, shop juga akan membuka penggunaan Kamura Ticket untuk menebus Kamura Supply Pouch. Pemain bukan sahaja berpeluang untuk mendapatkan kad level S dari Kamura Supply Pouch, tetapi juga 100% peluang untuk mendapatkan Element Metals yang sangat bernilai. Cepat kumpulkan Kamura Ticket anda sekarang untuk menebus Kamura Supply Pouch yang bernilai tinggi ini!
Untuk menyertai acara Monster Hunter Collaboration, anda boleh tekan sahaja pautan ini. Manakala bagi yang ingin mengikuti perkembangan terbaru dari game Rockman X Dive, anda boleh ikuti media sosial Facebook dan Twitter mereka.

@gamersantaimy
Discussion about this post