Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara e-Sukan terbesar Malaysia Cyber Games akan datang pada tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 25, 2021
in Acara, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, Tempatan
0 0
0
Acara e-Sukan terbesar Malaysia Cyber Games akan datang pada tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah agak lama kita tidak melihat Malaysian Cyber Games (MCG), memandangkan kali terakhir ia diadakan adalah pada tahun 2018. Selepas berehat selama hampir tiga tahun, nampaknya acara besar ini akan kembali semula. Baru diumumkan tadi, acara Malaysia Cyber Games akan membuat kemunculan pada tahun 2022.

Disahkan oleh ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Arman Azha Abu Hanifah di halaman Facebook, beliau memuat naik sebuah video yang mengumumkan acara Malaysia Cyber Games 2022. Dilihat sedang berbincang bersama Master Ramen (pengurus atlet e-sukan Malaysia untuk Sukan SEA 2019) dan Kenchi Yap (Pengarah Urusan IO Esports), beliau menjelaskan bahawa industri e-Sukan Malaysia semakin berkembang, dan akan menjadi lebih baik pada tahun depan.

MCG pertama diadakan pada Disember 2015 dan berjaya diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana mencatatkan “penyertaan terbesar dalam permainan Dota 2” dengan 792 pasukan. Pada tahun 2018, MCG berjaya memecahkan satu lagi rekod dalam Malaysia Book of Records sebagai “penganjur permainan video terbesar di negara” dengan mempertandingkan sembilan game dan menerima sebanyak 2,062 jumlah peserta.

Seperti saya kata di atas, MCG 2018 menampilkan sehingga sembilan game daripada pelbagai platform, termasuk Dota 2, FIFA 18, Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO), Tekken 7, Mobile Legends: Bang Bang, Street Fighter V, F1 2017, dan Injustice 2. Selain itu, MCG 2018 menawarkan sehingga RM300,000 daripada jumlah keseluruhan prize pool. Pengagihan terbesar dalam prize pool jatuh kepada Dota 2 dan FIFA 18 (masing-masing RM50,000) kerana ia adalah game yang paling digemari dalam kalangan pemain Malaysia pada masa itu.

Memandangkan MCG 2018 menawarkan pelbagai jenis game berbeza, apa agaknya yang mereka akan pilih untuk edisi acara 2022? Lebih banyak maklumat tentang Malaysia Cyber Games 2022 akan diumumkan dalam masa terdekat. Buat masa ini, anda boleh berlatih kemahiran dulu.

Untuk segala liputan kami tentang e-Sukan, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: E-SukanEsportsMalaysiaMalaysia Cyber GamesMalaysia Cyber Games 2022
Previous Post

Sage Mode menjadi harapan terakhir selepas Naruto hilang kuasa Kurama!

Next Post

No Time to Die Review: Lakonan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
No Time to Die Review: Lakonan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond

No Time to Die Review: Lakonan terakhir Daniel Craig sebagai James Bond

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd