Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2022
in Acara, Animasi, Anime, Artikel, Berita, Cosplay, Komik, Manga, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Acara ACG Cos-Mic dibatalkan pada hari kedua, mengundang kemarahan peminat kerana “pengurusan teruk”
Share on FacebookShare on Twitter

Sepatutnya berlangsung pada 25 dan 26 Jun, acara anime Cos-Mic di Sunway Clio Exhibition Centre, Kuala Lumpur telah dibatalkan pada hari kedua kerana beberapa “masalah teknikal”. Ini secara langsung mengundang kemarahan pengunjung yang menyalahkan pengurusan acara Cos-Mic yang teruk.

Isu pertama adalah pihak penganjur hanya mengumumkan tentang pembatalan hari kedua pada hari yang sama dengan acara (26 Jun) melalui halaman media sosial Facebook. Berikut adalah pernyataan rasmi:

Kepada warga Cos-mic, terima kasih kerana menyokong acara Cos-mic yang diadakan di Clio Exhibition Centre semalam. Selepas hari acara yang sangat berjaya semalam, acara itu bagaimanapun perlu ditutup pada hari Ahad (hari ini) kerana masalah teknikal yang tidak dijangka.

Dengan sokongan anda, kami akan kembali dengan acara yang lebih besar dan lebih berkesan. Pihak Pengurusan Cos-mic juga ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang disebabkan oleh perancangan anda tetapi kami berharap dapat membawakan anda berita yang lebih besar dan menarik tidak lama lagi.

Sumber ; FB Cos-Mic

Berita itu tidak diterima dengan baik oleh pengunjung dan peminat anime/cosplay memandangkan mereka sanggup dari negeri jauh-jau untuk meraikan acara. Bukan itu sahaja, ada juga yang sudah menempah hotel dan meminta cuti semata-mata untuk menghadiri acara. Malangnya, itu semua kini sia-sia di mana mereka menyifatkan pihak pengurusan sebagai “mengecewakan dan tidak bertanggungjawab”.

Isu kedua adalah pihak pengurusan Cos-Mic hanya memberi bayaran balik (refund) sebanyak 50% kepada semua penaja, pemilik gerai, cosplayer dan pempamer.

Kepada semua Penaja, Pemilik Gerai Doujin, Pempamer dan Cosplayer, Exhibition Centre dibuka untuk anda datang mengambil barang anda. Sila pastikan anda mempunyai tag acara supaya kami boleh mengenal pasti dan membenarkan kemasukan. Anda boleh mengutip bayaran balik 50% anda di kaunter maklumat. Terima kasih.

Sumber; FB Cos-Mic

Seorang netizen menjawab begini di ruang komen:

Saya bukan artis atau pemilik gerai di acara ini, tetapi saya rasa penganjur sepatutnya memberikan bayaran balik penuh dan pampasan. Artis/cosplayer perlu sediakan barang-barangan dan kos percetakan bukannya murah.

Anda bukan sahaja membuang masa mereka dalam menyediakan barang niaga (malah ada yang bersedia untuk berbulan-bulan sebelum acara), kini mereka tidak boleh menjual produk mereka untuk acara 2 hari yang dijanjikan tetapi anda hanya akan membayar balik sewa gerai untuk 1 hari?

Bagaimana dengan kos percetakan mereka? Bagaimana pula dengan mereka yang mengambil cuti kerja untuk turun dan terpaksa membayar penginapan?

Acara anime Cos-Mic sepatutnya meriah dan mempunyai banyak aktiviti berbeza seperti persembahan muzik secara langsung, pameran cosplay dan dewan doujin, di mana lebih 100 artis termasuk Josette, Pudds dan artis tempatan Ernest Ng akan membuat penampilan. Isu teknikal apa yang menyebabkan acara Cos-Mic terpaksa dibatalkan, pihak pengurusan tidak memberitahu secara khusus – tetapi lebih banyak maklumat mungkin akan didedahkan dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut tentang acara tersebut, korang boleh lihat halaman Facebook rasmi di sini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: acaraanimeCos-MicMalaysia
Previous Post

Legends eksklusif untuk Apex Legends Mobile, info penuh tentang Fade

Next Post

Tower of Fantasy akan hadir ke Steam dan Epic tahun ini, pra-daftar sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
Tower of Fantasy akan hadir ke Steam dan Epic tahun ini, pra-daftar sekarang!

Tower of Fantasy akan hadir ke Steam dan Epic tahun ini, pra-daftar sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd