Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

A24 & Bandai Namco Umum Filem Live-Action Elden Ring

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 23, 2025
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
A24 & Bandai Namco Umum Filem Live-Action Elden Ring
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco bersama syarikat produksi terkenal A24 telah mengumumkan bahawa mereka bakal membawa game popular Elden Ring, hasil ciptaan FromSoftware, ke layar perak dalam bentuk filem live-action.

Filem ini akan ditulis dan diarahkan oleh Alex Garland, yang dikenali menerusi karya seperti Ex Machina, Civil War, dan filem akan datang Warfare. Ia juga bakal diterbitkan oleh Peter Rice bersama Andrew Macdonald dan Allon Reich dari DNA, serta George R. R. Martin (pengarang tersohor siri A Song of Ice and Fire) dan Vince Gerardis.

Kredit: FromSoftware

Elden Ring, yang dilancarkan pada 2022, merupakan hasil ciptaan pengarah terkenal Hidetaka Miyazaki dengan kerjasama George R. R. Martin dalam mencipta dunia mitologi yang unik.

Berlatar di Lands Between yang penuh misteri dan suram, game ini mengikuti perjalanan watak utama bergelar Tarnished (watak yang boleh diubah suai pemain) dalam usahanya memulihkan Elden Ring yang telah musnah dalam sebuah dunia penuh peperangan, makhluk mitos, dan dewa-dewi.

Pendekatan open-world dan tema fantasi gelap dalam game ini mendapat pujian meluas dan menjadikannya pilihan yang menarik untuk adaptasi ke bentuk filem.

Kredit: FromSoftware

Buat masa ini, butiran lanjut seperti jalan cerita, barisan pelakon, dan tarikh tayangan masih dirahsiakan. Penggambaran dijangka bermula pada tahun 2026. Menurut sumber dalaman, filem ini dijangka “setia tetapi lebih meluas” berbanding game original, dengan penekanan pada watak-watak baharu dalam dunia mitologi Elden Ring.

A24, yang sinonim dengan filem-filem berani dan artistik, dikatakan melihat projek ini sebagai salah satu usaha besar mereka — setanding dengan filem Civil War (bajet $50 juta) dan Marty Supreme (sekitar $60 juta). Namun, belum ada pengesahan sama ada FromSoftware atau Miyazaki sendiri terlibat secara langsung dalam produksi filem ini.

Kredit: FromSoftware

Peminat kini menantikan bagaimana adaptasi filem live-action ini akan menangkap gabungan misteri, dan cabaran yang menjadi identiti utama Elden Ring.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Elden Ring
ShareTweetSend
Previous Post

Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 – Anda Boleh Main Sebagai Akuma!

Next Post

Epic Games Store Tawar Tiga Game Percuma: Deliver At All Costs, Gigapocalypse & Sifu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Epic Games Store Tawar Tiga Game Percuma: Deliver At All Costs, Gigapocalypse & Sifu

Epic Games Store Tawar Tiga Game Percuma: Deliver At All Costs, Gigapocalypse & Sifu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd