Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PS Plus hilang sejuta pelanggan, menurut laporan tahunan terkini!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 5, 2021
in Artikel, Berita, Platform, PS Plus, PS4, PS5
0 0
0
PS Plus hilang sejuta pelanggan, menurut laporan tahunan terkini!
0
SHARES
422
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Sony melaporkan bahawa mereka telah menerima data dimana penggunaan PlayStation Plus mengalami penurunan yang besar dalam langganan tahun ini. Sejak Sony mula menggunakan PS Plus untuk menyokong pelepasan game PlayStation 5 pada akhir tahun 2020, perkhidmatan ini telah menjadi popular. Malah, Sony turut menyediakan beberapa game terpilih percuma untuk pelanggan setiap bulan sebagai inisiatif untuk pengguna mereka kekal dirumah dan bermain game.

Dalam laporan hasil kewangan Q1 Sony baru-baru ini, mereka telah melaporkan terdapat 46.3 juta pemain yang melanggan PS Plus. Berbanding dengan dua suku terakhir sebelum ini, Sony telah kehilangan lebih daripada 1 juta pelanggan PS Plus. Menurut Data yang disusun di Resetera, ini adalah kali pertama mereka mengalami penurunan yang besar dalam 8 tahun, dan pengurangan pengguna aktif bulanan sebanyak 10 juta dari tahun ke tahun di bulan Jun 2021.

Menurut siaran web yang membincangkan data ini dan ditranskrip oleh VGC, Ketua Kewangan Sony, iaitu Hiroki Totoki telah menyatakan bahawa mereka mengalami jumlah penurunan berbanding tahun lalu, tetapi ada peningkatan jika dibandingkan dengan tahun 2019. Totoki juga menganggap penurunan ini berpunca dari perintah larangan pergerakan yang bermula dari tahun 2020, dan berlaku peningkatan dalam aktiviti gaming. Sony turut menyediakan inisiatif seperti Play at Home untuk pelanggan mereka sebagai hiburan alternatif semasa peningkatan kes pandemik tahun lalu.

Selain itu, WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) juga mencadangkan untuk orang ramai kekal tinggal di rumah dan bermain permainan video bagi mengurangkan penyebaran COVID-19. Totoki juga menyatakan data sejak perintah berkurung ini sangat signifikan kerana jika dibandingkan dengan nilai penurunan tempoh tahun lalu sebagai trend. Sony juga perlu memantau dengan teliti masalah tersebut dan berusaha untuk meningkatkan platform mereka, dan pada tahun fiskal akan datang mereka akan mengambil tindakan bagi menyokong perniagaan ini.

Walaupun Sony mengalami penurunan pelanggan PS Plus, tetapi baru-baru ini mereka telah berjaya menjual lebih 10 juta unit PS5 dan menjadi konsol PlayStation terlaris. Bagi pengguna PS Plus, jangan lupa untuk muat turun game percuma yang disediakan PlayStation bulan ini di PlayStation Store! Untuk membaca lebih banyak liputan kami mengenai PlayStation, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia.

Sumber: GameRant

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: playstationps plusSony
Previous Post

Comelnya! Jujutsu Kaisen Tamagotchi “Jujutsuchi” didedahkan oleh Bandai!

Next Post

Acara anime JoJo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN tersedia untuk penonton Malaysia!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Next Post
Acara anime JoJo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN tersedia untuk penonton Malaysia!

Acara anime JoJo’s Bizarre Adventure STONE OCEAN tersedia untuk penonton Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd