Sniper: Ghost Warrior Contracts 2 adalah salah satu permainan “tactical shooter” yang membuktikan bahawa masa terluang anda boleh menjadi perkara yang baik. Bukan hanya dalam mengejar sasaran dari jauh, tetapi dari segi meluangkan masa kebosanan anda lagi-lagi PKP ini. Baru-baru ini, saya mendapat peluang untuk bermain sendiri permainan terbaru yang dilancarkan awal bulan Jun hari tu. Jadi inilah dia ulasan review Sniper: Ghost Warrior Contracts 2 saya. (Harap maklum, gambar gameplay agak gore sikit ye~)
Mengenai permainan ini
Sniper Ghost Warrior Contracts 2 menandakan kemasukan paling mencabar untuk siri sharpshooter ini, memperkenalkan sniping jarak jauh yang melampau dengan sasaran lebih dari 1000 meter. Menampilkan kempen pemain tunggal yang dramatik di Timur Tengah moden, saya dapat alami pertempuran taktikal tekanan tinggi, jauh di dalam wilayah musuh.
Bertindak dalam peranan sebagai Raven, Contract Sniper Assassin, ketika dia memulai siri contracts baru di wilayah tanpa undang-undang di Timur Tengah, yang terletak di sepanjang sempadan Lubnan dan Syria. Bertugas dengan tugas yang mustahil, misi saya adalah menjatuhkan sindiket jenayah yang menipu dan membawa mereka ke muka pengadilan.
Permainan ini dilancarkan pada 4 Jun 2021 untuk PC, PlayStation 4, Xbox One dan Xbox Series X / S. Versi PlayStation 5 dilancarkan pada 31 Disember 2021.
Masa untuk mengenali permainan
Maka kita teruskan lagi Contracts 2 review ini. Pada menu utama terdapat beberapa pilihan sama ada untuk mula permainan, sambung permainan, tab Regions (dimana anda tekannya akan membuka tab selebih termasuk Regions, Loadout, Development, Journal), Settings dan juga Credit.
Jadi awal permainan akan dimulakan dengan tutorial dahulu. Ianya agak berguna, lagi-lagi pada pemain baru untuk siri ini. Bermula dengan tutorial, anda dapat mengetahui cara menggunakan senjata serta cara menembak dalam jarak yang berbeza juga cara menggunakan teropong untuk menandakan jarak musuh. Selain itu terdapat cara untuk menggunakan drone, di mana ia juga untuk menandakan musuh.
Kemudian kita dapat memilih senjata utama pertama kita, dengan peluru khas (Special Ammo), setiap peluru khas ada kegunaan tersendiri lebih-lebih lagi untuk misi-misi tertentu. Seperti peluru EMP, untuk menembak kotak fius atau penjana untuk mematikannya. Seperti Exposive ammo pula, ia memberikan kadar pembunuhan dan letupan yang lebih tinggi. Juga terdapat ammo yang menandai musuh tetapi tidak setajam tag dengan teropong.
Selepas itu, pada misi pertama, kita dapat memilih Contract yang akan dimulakan, dan saya mulai dengan Mount Kuamar.
Maka misi pun bermula
Terdapat beberapa Regions yang mempunyai Contracts tersendiri. Antara misi di Regions seperti The Grey Desert , Mount Kuamar, Zindah Province, Tajmid Heights, Rashida Galat dan Maladh Wadi. Contoh Contract yang terdapat dalam misi seperti Mount Kuamar di mana pemain selesaikan lars hellstrom, matikan jammers, sabotaj antena utama, ganggu sistem penyejukan dengan mensabotaj pam air, paling menarik anda dapat memuat naik virus .. Jadi jumlah keseluruhan Contracts dalam permainan ini adalah 21.
Permainan ini menjelaskan bahawa kerap perhati adalah kunci. Anda mulakan dengan sepasang teropong yang dapat anda tandakan sebagai sasaran, dan tidak lama lagi drone juga akan tersedia. Terdapat masalah dengan menembak beberapa musuh sekaligus. Sementara itu, Raven membawa senjata kecil sebagai senjata primer, sekunder dan sampingan. Di satu pihak, short-range mines menjadikan kubu pertahanan yang baik. Dan dari sudut lain pula, Sneak Suit Raven bukanlah dibuat untuk menampung kerosakan besar, jadi mengelakkan pergaduhan berskala besar adalah pekara yang lebih bijak sebagai seorang pemain.
Makin luasnya tempat, maka anda perlu lebih berhati-hati
Dalam permainan ini terdapat dua kawasan misi terbuka tradisional (ini lebih kepada mod stealth), jadi di dua kawasan misi ini, lebih baik menggunakan pistol dengan silencer. Dan setelah kita membunuh musuh, kita dapat loot mayat itu, dan mengangkat mayat itu untuk dibuang ke kawasan yang berlainan supaya tidak dapat dihidu musuh berdekatan.
Dan tiga Contract concentrated long shot di mana anda harus duduk di kawasan tinggi seperti bukit atau gunung dan tugasnya adalah untuk menewaskan sasaran dalam jarak 1000 meter dari jarak Raven.
Dalam tembakan jarak jauh ini adalah misi paling sukar untuk diselesaikan, anda harus mengubah skop, menyesuaikan tujuan dari angin agar peluru jatuh ke sasaran, apabila tembakan ke depan, akan ada tengkorak yang hancur dalam keadaan slo-mo dengan tembakan yang dinamakan Gore shots. Musuh Ai dalam permainan ini kelihatan macam bodoh sedikit, rasanya musuh yang rupa sama berkeliaran di setiap kawasan walaupun dah terbunuh tadi. Lagi satu, kebodohannya, walaupun dari jarak dekat, musuh masih tidak melihat saya… Oleh itu, mudah untuk menyelinap membunuh dari belakang. Jika saya sudah menandai di satu kawasan, akan muncul simbol-simbol yang berbeza yang menunjukkan sesuatu di kawasan itu seperti lieutenants, heavy armor, tentera biasa, sasaran untuk dihapuskan, barang-barang di kawasan itu seperti bahan letupan, penjana, cctv, fusebox, kotak cctv dan sebagainya juga boleh ditandai.
Setiap penyelesaian misi untuk heavy armor / musuh / bahkan lieutenant, akan mendapat ganjaran yang berbeza. Di satu kawasan, mungkin akan ada beberapa misi sampingan yang disebut Bounties. Bounties ini hanyalah pembunuhan biasa untuk membunuh mereka~ Ganjarannya juga akan berbeza. Contoh ganjaran yang akan didapati seperti Booster, wang dan token.
Ibarat tentera betul! Senjata semua gempak-gempak!
Tidak ada senjata yang berlesen pun dalam permainan ini tetapi boleh dikenali dari mata kasar, dan mereka mempunyai ciri-ciri khas. Banyak sangat senjata sehingga tidak tahu pilihan mana yang terbaik. Tetapi setelah bertukar-tukar senjata, saya mendapat pilihan yang tepat sebagai kesukaan saya.
Jadi sebagai senjata utama saya dalam kategori Sniper Rifle adalah Riihimaki M10, tetapi ianya adalah jenis ringan. Prestasi yang diberikan memberi kerosakan yang serdahana, fire rate, stability, recoil compensation, kapasiti peluru yang besar, mobiliti, pengurangan kebisingan dan aksesori yang agak mahal. Untuk senjata ini, ia memiliki beberapa jenis “Special Ammo” yang boleh digunakan seperti Armor Piercing, Tagging, Luring, EMP, Explosive dan Agile. Yang saya gunakan adalah Armor Piercing, peluru ini memuaskan kerana ia dapat menembusi musuh yang memakai Heavy Armor.
Menggunakan senjata ini adalah yang terbaik kerana ianya tidak berat, kelebihan sniper ini adalah kerana pengurangan kebisingan yang sangat tinggi, tidak terlalu kuat.. walaupun kerosakan tembakan tidak begitu tinggi, sniper ini mempunyai kelebihan untuk pelbagai Special ammo. Jadi tidak ada masalah jika menghadapi musuh dengan heavy armor!
Untuk senjata kedua yang saya gunakan adalah senapang AR MIK-05. Ianya memberi kerosakan tinggi dan recoil yang stabil. Saya mengguunakan ini kerana kerosakan yang tinggi pada setiap tembakan, dalam keadaan huru-hara di suatu kawasan, senjata ini sangat berguna untuk membunuh dengan cepat, kadang-kadang akan ada musuh yang datang dalam jumlah besar pada masa yang sama. Senjata ini juga dapat ditambahkan silencer untuk digunakan dalam mod stealth, tetapi senjata ini cukup sukar untuk membunuh musuh yang berada dalam heavy armor an kekurangan senjata ini adalah kestabilan yang rendah.
Kemudian setiap pemain akan mendapat 3 slot tambahan untuk memasukan barang yang diperlukan dalam permainan anda sebagai Raven. Jangan risau, jika 3 slot tidak mencukupi, anda boleh membeli slot tambahan dengan menggunakan wang dalam permainan. Senang sahaja nak dapat duit, selesaikan misi, adalah duit tu~ Jadi seperti saya, 5 slot tambahan yang saya ada saya meletakkan Pistol yang diberi nama Harrier Heavy Pistol.
Saya gunakan pistol ini kerana dapat ia dapat mematikan musuh secara senyap, silencer dapat ditingkatkan ke Top Tier dan harga upgradenya agak murah, walaupun kerosakannya tidak tinggi tetapi cukup layak digunakan, cuma kelemahan pistol ini adalah kestabilannya yang rendah.
Slot selebihnya saya memasukkan Medkit, C4 Explosive, RWS SR-50 Turret dan Muav Falcon Drone. Banyak lagi untuk pilihan anda masukkan dalam slot-slot ini, seperti Grenade, EMP Grenade, Booster atau Mine Grenade, semua ini ikut kemahuan anda.
Lihat semula Contracts, misi dan upgrade!
Seperti dilihat pada awal menu, terdapat Tab apabila kita menekan Regions. Jadi dalam tab tu sebenarnya menampilkan semua yang terdapat dalam permainan untuk kita rujuk semula, mengemas kini barangan atau membeli belah. Jadi antara yang terdapat di situ yang saya nak kongsikan dalam Contracts 2 review ini adalah;
- Journal: Journal membenarkan kita untuk melihat semula Tutorial, cerita dari sasaran Contracts misi, barangan Collectibles dan juga Statistic.
- Regions: Regions ini lah nama-nama lokasi misi anda. Nama regions termasuk The Grey Desert , Mount Kuamar, Zindah Province, Tajmid Heights, Rashida Galat, Maladh Wadi. Regions bukan hanya boleh dibuka di tab luar, sebaliknya jika anda tekan tab tengah controller ketika dalam permainan, anda juga dapat membuka Regions untuk melihat misi Contract anda, barangan Collectibles di kawasan itu, Challenges dan misi Bounties yang tersedia.
- Loadout: Senjata atau gadjet yang tersedia. Dalam loadout ini lah juga tempat kita untuk upgrade barang-barangan kita termasuk tambahan skop, mags, barrel, special ammo, skin dan sebagainya.
- Development: Okay yang ini seperti skill trees untuk pemain. Perlukan Token untuk menaik taraf mereka. Antara dalam senarai skill ini termasuk Mask & recon, Support & stealth, Drone turret dan juga Equipment & gadget. Kelebihan menaik taraf sudah tentu berguna dalam permainan, seperti kelebihan pada ketahanan armor anda, atau menjadi lebih sukar dinampak oleh musuh, juga ketangkasan dan tahap kesihatan anda.
Untuk item yang dapat ditingkatkan seperti yang disebutkan di atas, Anda dapat membeli menggunakan wang dalam permainan, juga menggunakan token untuk naik taraf skil. Semua ini penting untuk ditingkatkan kerana setiap misi yang diterima akan menjadi lebih sukar, dan senjata yang diperlukan sekurang-kurangnya sama dengan kesukaran misi.
Ada juga skin yang boleh kita gunakan untuk senjata. Seperti saya mendapatkan skin Camo untuk beberapa senjata seperti sniper, AR dan pistol. Kita boleh menggunakan dan mendapatkan skin ini semasa dalam permainan, ia dapat dikumpulkan di mana saja di peta. Sudah tentu, kita mempunyai skin senjata DLC Shroud.
Nampak realistik, tetapi agak bosan
Dari segi grafik apa yang saya nampak dalam Contracts 2 review ini, jangan berharap ianya akan menjadi yang terbaik. Tetapi dalam kes permainan ini. ianya masih cukup baik, misalnya, seperti menembak tangki atau tayar kenderaan, tayar akan kempis, ia kelihatan realistik.
Untuk bahagian X-ray yang menggagumkan dengan tembakan ala-slo-mo (Gore Shots) yang dinanti-nantikan orang, tidak mengapa.. Mula-mula tu memang rasa teruja, ialah benda lejen ni dari game Sniper Elite, hingga Contracts lalu pun ada… Cuma kadang-kadang ia akan menggangu permainan kerana bahagian sinematik terlalu kerap dan memakan masa. Oleh itu, ini agak membuang masa saya. Biasanya terdapat banyak musuh yang harus ditangani pada masa yang sama, atau, berjaga-jaga di samping musuh setelah saya membunuh salah seorang dari mereka. Jadi sebagai contoh situasi, setelah saya membunuh seorang musuh, sinematik Gore Shots keluar, pada masa yang sama, musuh di sebelahnya berjaga-jaga dan membunyikan penggera ~ Maka.. Masa untuk menghadap segerombolan musuh lain~
Untuk alam disekeliling permainan, tidak terlalu hebat, lebih kepada padang pasir, jadi apabila anda melihat sekelilingnya, semuanya nampak hampir sama walaupun agak realistik.
Sudah semestinya terdapat beberapa kelemahan~
Nak kata banyak kelemahan tu, tidaklah terlalu banyak. Cuma apa yang buat saya kecewa tu adalah untuk menaik taraf senjata hanya boleh dilakukan di luar permainan. Ianya tidak tersedia dalam permainan. Ya, Loadout hanya tersedia di Tab menu utama.. Jadi kita harus bersiap sedia dan menaik taraf senjata yang ingin digunakan sebelum memasuki permainan.
Juga, AI nampak bodoh dalam Contracts 2 review ini~ Kita dah dekat pun tak perasan lagi. Dan sejujurnya, peta agak kecil. Setiap Contracts mudah untuk diselesaikan terutama pada pemain yang sememangnya dah biasa dengan skil permainan serbegini. Mungkin pihak pemaju harus menambah lagi peta dan Contracts agar permainan ini tidak terus mati disini.
Maka kesimpulannya
Untuk keseluruhan permainan, saya suka bahagian sniping di kawasan Long shot. Saya berasa seperti saya Sniper paling Sharpshooter di dunia. Long shot dapat membuat saya menghabiskan masa saya untuk fokus pada situasi di sekitar permainan, sebelum melulu menembak musuh. Sekiranya saya melakukan kesalahan, ketinggalan atau terlepas tembakan, bukan dari segi penandaan, atau pemerhatian yang tidak tepat, akan menyebabkan masalah dalam misi yang perlu diselesaikan.
Sejujurnya, permainan ini sesuai dilakukan dalam mod senyap, stealth dan tidak dalam keadaan huru-hara seperti permainan FPS lain. Serius, apabila anda tidak ada pekara lain yang perlu dilakukan (lagi-lagi musim PKP ni), anda tidak akan berhenti bermain dan fokus untuk menyelesaikan semua misi.
Jadi sampai di sini Contracts 2 review kami. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Sniper Ghost Warrior Contracts 2, lawaati laman web rasmi mereka, ikuti pasukan di Facebook, atau sertai perbualan di Twitter.

@gamersantaimy
The Review
Sniper: Ghost Warrior Contracts 2
Sniper: Ghost Warrior Contracts 2 ni sememangnya hantu, sekali main, rasa nak habiskan sahaja semua misi dalam masa sehari! Senjata memang semua best-best, misi Contracts je mungkin perlu dibanyakkan lagi.
PROS
- Sebaik sahaja anda mula bermain, anda berasa seperti nak bermain lagi
- Suka dengan semua senjata & alat yang disediakan, termasuk penggunaan Special Ammo
- Proses memilih musuh untuk ditembak dari jauh sangat memuaskan.
- Tahap besar dan kompleks dengan pelbagai cara untuk mencapai sasaran.
CONS
- Kekurangan misi. Dengan hanya 6 Regions, jadi tidak cukup untuk saya
- Terlalu banyak Gore shots, Terlalu banyak membazir masa~
- Persekitaran tidak memuaskan. Rasa sama dan kosong
Discussion about this post