Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview: Little Nightmares II versi awal – jelajah dunia gila bersama Mono & Six!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 13, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5, Puzzle, Review, Seram, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview: Little Nightmares II versi awal – jelajah dunia gila bersama Mono & Six!
Share on FacebookShare on Twitter

Little Nightmares 2 adalah sekuel yang saya nantikan sejak kali pertama bermain sebagai Six, seorang gadis kecil dalam baju hujan kuning yang harus mengelak dari raksasa-raksasa menakutkan di atas kapal mengerikan. Dihasilkan oleh Tarsier Studios, permainan ini menimbulkan banyak persoalan di otak saya semasa kesimpulan Little Nightmares pertama dan sudah tentu saya ingin tahu jawapannya dalam sekuel ini.

Tarikh keluaran untuk Little Nightmares II sudah tidak jauh, tetapi saya menerima peluang untuk bermain preview Little Nightmares II di pelantar PC (bersama alat kawalan Xbox One) demi merasa kengerian dengan mata saya sendiri. Sedikit berbeza daripada demo yang kita main pada Oktober tahun lepas, adakah preview ini memuaskan? Inilah jawapan saya.

Latar Belakang & Naratif

Little Nightmares II mengisahkan dua kanak-kanak bernama Mono dan Six yang berusaha untuk membongkarkan rahsia gelap Signal Tower sambil mengelak daripada raksasa-raksasa yang ingin membunuh mereka. Mengapa Signal Tower jahat? Ini kerana sebuah entiti misteri sedang menghuni tempat itu dan berjaya mengawal dunia dengan menghantar isyarat kepada penduduk melalui kaca televisyen.

Little Nightmares pertama berlangsung di atas kapal besar bernama The Maw tetapi dalam Little Nightmares II, pemain kini boleh menjelajah dunia di luar kapal tersebut. Selamat datang ke Pale City, sebuah bandar terbiar yang bakal diterokai oleh Mono dan Six. Walaupun Pale City dipenuhi dengan perkara-perkara mengerikan, dan suasana yang suram, ia menarik daripada segi visual dan dunia pun terasa lebih besar dan luas sebab kita ada banyak tempat unik untuk jelajah.

Sebelum sampai ke Pale City, saya harus melalui hutan seram yang dihuni oleh The Hunter (bos pertama). Tiba sahaja di Pale City, saya terpaksa melarikan diri daripada The Teacher di sebuah sekolah usang sambil berlawan dengan kanak-kanak kecil yang diperbuat daripada porselin. Memang banyak perkara pelik berlaku di sekeliling kita, tetapi saya harus mengakui bahawa seninya yang cantik memberi perasaan realisme yang tinggi berbanding permainan seram lain.

Walaupun lokasi-lokasi di atas mengerikan, saya belajar bahawa setiap item dan objek mempunyai kisahnya sendiri. Mengapa ada banyak kasut berhampiran sangkar haiwan ini? Adakah beg itu disumbat oleh mayat haiwan atau mayat manusia? Itu yang bermain di fikiran saya.

Tarsier Studios berjanji bahawa Little Nightmares II mempunyai lebih banyak kandungan berbanding permainan pertama, memandangkan ramai yang mengadu permainan pertama terlalu pendek. Terdapat banyak persoalan yang saya ingin tahu, dan adakah sekuel ini akhirnya akan mendedahkan segala misteri tentang Six? Malangnya, saya hanya bermain preview, dan tidak banyak maklumat tentang jalan cerita yang dikongsikan.

Satu lagi perkara yang saya rasa menarik adalah Mono mempunyai koleksi topi (kosmetik) yang banyak dan kami boleh mengubah penampilannya mengikut kehendak hati. Saya tidak tahu jika kesemua topi boleh dikumpulkan secara percuma tetapi saya berjaya menjumpai salah satu topi kosmetik di level pertama.

Gameplay Asas

Sama seperti pendahulunya, Little Nightmares II membolehkan kita menavigasi dunia dari perspektif 3D dan 2D serta berinteraksi dengan persekitaran yang “besar dan tinggi” sambil menyelesaikan cabaran, cari jalan keluar dan mengelak daripada perangkap. Tidak banyak yang berubah dalam sekuel ini, di mana Mono boleh menolak dan menarik objek untuk mencapai kawasan yang lebih tinggi, mengutip objek untuk menyelesaikan teka-teki, dan berpegang pada tali atau rantai besi untuk menuju ke bahagian lain.

Pelbagai jenis perangkap berselerak di seluruh permainan, termasuk perangkap beruang yang dapat mengepit Mono sehingga mati, perangkap jaring yang menarik kita ke atas, dan lain-lain. Anda mesti mengelak perangkap ini secara berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Jangan risau! Permainan ini tidak terlalu kejam dan memberi amaran-amaran halus kepada pemain seperti angin lembut yang menggerakkan perangkap beruang yang tersembunyi di bawah daun, atau burung gagak yang dapat menarik perhatian raksasa supaya anda tahu ada bahaya di depan.

Selepas Mono menolong Six melepaskan diri, kita sekarang mempunyai teman berguna yang dapat membimbing pemain melalui dunia kejam ini. Walau bagaimanapun, Six tidak boleh dimainkan dan hanya akan menjadi watak yang dikawal oleh AI. Kadang-kala dia akan memimpin saya jika kita sesat atau tidak tahu untuk buat apa. Pada masa yang sama, pemain harus sekali-sekala meminta pertolongannya untuk melakukan teka-teki, seperti membantu Mono mencapai platform yang lebih tinggi atau mengaktifkan sejenis mekanisme.

Mempunyai teman AI yang pandai seperti Six adalah perubahan yang menarik, walaupun ia tidak banyak mengubah gameplay keseluruhan. Saya dapat memanggilnya dengan menekan butang (Y di alat kawalan Xbox One) di mana Mono akan meminta pertolongan Six untuk membantu mengangkat objek atau tarik Mono jika pemain ingin melompat melepasi jurang. Pada kebanyakkan masa, dia akan buat semua itu tanpa memerlukan arahan kita.

Saya juga sedar bahawa Six tidak pernah menjadi sasaran kepada raksasa (kecuali adegan dalam jalan cerita) dan sejujurnya agak gembira untuk hal itu. Melarikan diri daripada cengkaman raksasa pun sudah cukup menyeramkan, dan saya sangat bersyukur kerana tidak perlu menumpukan perhatian kepada Six untuk memastikan dia tidak membahayakan dirinya. Pasangan AI yang bermasalah memang boleh bikin “frust“, tetapi Six berjaya membuktikan dirinya. Satu lagi tip untuk anda. Tekan butang RT (alat kawalan Xbox One) untuk menarik tangan Six supaya dia sentiasa mengikuti anda.

Sistem Pertempuran

Nama pun Little Nightmares, jadi sudah tentu ada raksasa pelik yang akan mengejar kita. Dalam Little Nightmares II, musuh pertama yang kita temui akan menggunakan senapang patah, yang merupakan sesuatu yang baru dalam sekuel. Raksasa lain daripada ansuran pertama hanya menyerang kita menggunakan anggota badan, tetapi mereka tidak pernah menyerang dengan senjata.

Di level kedua pula, kita akhirnya dapat merasa sistem pertempuran di Little Nightmares 2, yang juga tidak ada di permainan pertama. Six sebelum ini terpaksa bergantung pada sistem “stealth” untuk mengalahkan musuh. Dia tidak memiliki apa-apa untuk mempertahankan dirinya, tetapi Mono boleh memukul musuh menggunakan penukul, batang besi, dan senduk. Sistem pertempuran ini hanya boleh diaplikasikan kepada musuh kecil di mana kita masih perlu menyelinap di belakang raksasa besar untuk maju dalam permainan.

Pendapat

Tarsier Studios melakukan tugas yang bagus semasa mencipta atmosfera Little Nightmares II melalui penggunaan cahaya, audio dan juga jalan cerita. Ia terlalu berkesan sehingga bahagian-bahagian yang kurang penting pun menceritakan sedikit tentang dunia permainan dalam bentuk yang membuat otak saya berfikir. Mengapa Six dikurung di lokasi ini? Mana pergi semua manusia? Siapakah raksasa-raksasa ini? Makin menambah persoalan di otak saya.

Salah satu elemen yang saya paling kagum ialah penambahan Six sebagai watak kedua kendalian AI di mana dia mengubah gameplay dalam cara yang unik. Kadang-kala, kita hanya memerlukan bantuan Six untuk sesuatu yang mudah seperti mengangkat Mono ke kawasan yang lebih tinggi, menjadi pemandu arah bila kita sesat dan sebagainya. Pada masa lain, dia akan mengalihkan perhatian musuh untuk Mono supaya kita dapat menyerang raksasa daripada belakang dengan selamat. Penambahan ini menambahkan sedikit aksi dan memberi inovasi pada gameplay yang sudah cukup bagus.

Walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda, saya berharap Little Nightmares II tidak akan ditunda sekali lagi supaya kita akhirnya dapat bermain sekuel yang dinanti-nantikan ini. Little Nightmares II akan keluar pada 11 Februari 2021 di pelantar PlayStation 4, Nintendo Switch, Xbox One dan PC melalui Steam. Ia juga akan tiba di Xbox Series X dan Playstation 5 pada tarikh lain. Itu sahaja untuk preview ini, bagi sesiapa sahaja yang berminat, anda boleh cuba demo Little Nightmares 2 secara percuma di Steam sekarang! Nantikan ulasan penuh kami apabila permainan keluar nanti ya. Selamat ber-gaming!

Video Gameplay

 

Pra-pesan di sini
Little Nightmares II
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Developer: Tarsier Studios
Release Date: 2021-02-11
Microsoft Windows, Nintendo Switch, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S
Little Nightmares II adalah permainan "puzzle-platformer horror adventure" yang dikembangkan oleh Tarsier Studios dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Litttle Nightmares IIPCPreviewsteam
Previous Post

[Review Demo] Demo Monster Hunter Rise dah hadir, jom lihat pengalaman permainan kami!

Next Post

[CES 2021] Pioneer MSI Mengadakan Acara Maya “MSIology” dengan menawarkan Laptop Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!
Berita

Upin & Ipin Universe Dedahkan Gameplay Baharu, Game Akan Keluar 2025!

June 8, 2025
No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!
Berita

No Straight Roads 2 – Game Ikonik Buatan Malaysia Kembali Dengan Sekuel Pada 2026!

June 8, 2025
Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!
Preview

Previu Sonic Racing: CrossWorlds – Lumba Kart, Tapi Customization Luas!

June 8, 2025
Next Post
[CES 2021] Pioneer MSI Mengadakan Acara Maya “MSIology” dengan menawarkan Laptop Baru

[CES 2021] Pioneer MSI Mengadakan Acara Maya "MSIology" dengan menawarkan Laptop Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd