Variety telah melaporkan yang movie Rainbow Six bakal tiba di layar perak. Pihak Paramount tengah develop berdasarkan buku Tom Clancy iaitu “Rainbow Six” dan “Without Remorse”.
Filem yang first adalah Without Remorse, yang akan dijadikan sebagai filem yang menceritakan kisah origin watak utama John Clark.
Ha, lepas tu korang tau sape yang akan jadi John Clark? Orang jahat Wakanda Forever tu. Sebab kalau aku sebut nama, most likely korang bukan tau pun. Michael B. Jordan. Ala Keanu Reeves pun korang panggil Neo.
John Clark ni adalah watak yang paling established dalam dunia Tom Clancy dan pernah dilakonkan dalam movie-movie Jack Ryan oleh Liev Schreiber dalam The Sum of All Fears, dan pernah juga dimainkan oleh Willem Dafoe (Green Goblin Spider-Man Tobey Maguire) dalam Clear and Present Danger.
Kalau ikut game, John Clark sering ditampilkan sebagai director Team Rainbow. Tapi semua ni dah berubah dengan Rainbow Six Siege; dimana game ni takde storyline langsung sebab dia fokus untuk multiplayer je dan menampilkan Rainbow Operators yang baru.
Harap movie dari Paramount ni menjadi. Tapi takde la buah kaler purple yang boleh kasi superhuman strength dalam movie ni ye..
@gamersantaimy
Discussion about this post