Pemaju ILMxLAB dan penerbit Disney Interactive akhirnya melancarkan Vader Immortal: A Star Wars VR Series untuk PlayStation VR dan bagi mereka yang tidak tahu, game action-adventure berdurasi tiga episod ini sebenarnya dilancarkan pada Mei 2019 untuk rangkaian Oculus VR. Jalan cerita berlangsung selepas peristiwa Star Wars: Episode III – Revenge Of The Sith (2005), dan mengikuti kisah seorang penyeludup yang beroperasi berhampiran Mustafar, dunia berapi yang juga merupakan tempat tinggal Darth Vader.
Pemain akan berpeluang menggunakan lightsaber, menjelajah kubu Darth Vader dan menerokai planet Mustafar yang menakutkan. Setiap episod juga menampilkan Lightsaber Dojo, yang digambarkan sebagai “mod latihan terbuka di mana anda dapat mengasah kemahiran dengan senjata Jedi Knight dan membuka pemegang lightsaber berbeza”. Tonton trailer Vader Immortal: A Star Wars VR Series di bawah:
Ketiga-tiga episod Vader Immortal: A Star Wars VR Series, bersama fitur Lightsaber Dojo, akan digabungkan bersama dalam satu set untuk PSVR.
“Kembali pada tahun 2016, ketika ILMxLAB mula-mula bercaka[ tentang membuat siri VR kanon yang menumpu kepada Darth Vader, tujuan kami adalah untuk menceritakan kisah baru dan unik tentang salah satu penjahat paling terkenal di galaksi. Kami ingin membawa anda ke dunia Star Wars dengan cara yang hanya dapat dilakukan melalui penceritaan mendalam di VR.” -pengarah kreatif Mark Miller.
Pada bulan lepas, Camouflaj melancarkan Iron Man VR untuk PSVR dan kalau anda berminat dengan isi kandungannya, mari baca ulasan saya di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post