OpenAI adalah sebuah institusi research yang co-founded oleh Elon Musk; dah cipta bot untuk Dota 2 dan plan untuk sertai The Internationals 2018. Dan nak menang. Fuh tinggi aim dia.
Diorang nak lawan dengan manusia weh. Diorang ni jugak dikenali sebagai OpenAI Five. Sebelum ni kena gelak je, tapi lepas restrictions yang significant di buang, nampak ada peluang..
Apa yang OpenAI buat adalah reintro Roshan; yang bagi banyak perks la pada team yang berjaya bunuh dia dalam game. OpenAI kata OpenAI Five dah cukup bijak bila nak bunuh Roshan, bila nak intercept kalau ada musuh cuba bunuh Roshan.
Wards jugak diperkenalkan semula. Kepada yang tak tau, wards ni efek dia macam reveal map dimana sebelum ni player Dota 2 manusia dapat advantage.
Dengan teknologi pembelajaran Rapid; OpenAI claim diorang berjaya ajar OpenAI Five macam-macam skill yang kompleks. Selain itu, OpenAI dah naikkan hero pool kepada 18 hero. Diorang nak showcase mende ni 5 Ogos nanti pada benchmark match.
Benchmark match ni akan lawan team manusia terdiri daripada veteran Dota seperti Blitz, Cap, Fogged dan Merlini pada 5 Ogos, 12:30pm Pacific Time (5 Ogos, 3:30am waktu Malaysia)
@gamersantaimy
Discussion about this post