Melalui siaran Dev Vision Vol. 22 terbaru, NetEase Games telah berkongsi info tentang Marvel Rivals Season 10.5. Update pertengahan musim ini akan keluar secara rasmi pada Jumaat ini, 9 Oktober 2026, kira-kira jam 5:00 petang waktu Malaysia.
Walaupun tiada hero baru untuk update kali ini, pemain tetap dapat dua mod game besar bertemakan Marvel Cinematic Universe, map baru, event Halloween, dan pelarasan balance penting.
Mod 2v2 di Wakanda
Update ini bermula pada 9 Oktober dengan mod Path to Doomsday – Avengers: Infinity War. Ini adalah mod PvP untuk 12 pemain di mana peserta dibahagikan kepada enam pasukan duo. Mereka akan lawan sesama sendiri di map Wakanda guna format round-robin deathmatch. Supaya ikut jalan cerita filem, pemain hanya boleh pilih daripada 13 hero yang ada dalam peperangan di Wakanda saja.

Mod ini juga ada kelainan dari segi strategi. Pasukan tidak terus kalah serta-merta, sebaliknya setiap duo berkongsi satu health pool yang akan berkurang setiap kali kalah satu round. Di antara setiap round, pemain boleh pilih kad rawak untuk ubah stat, upgrade ability, dan counter team comp pihak lawan.
Selain itu, setiap pasangan akan mula match dengan satu Infinity Stone rawak yang memberi skil unik. Kalau kalahkan pasukan lawan, anda boleh rampas Infinity Stone mereka. Jadi, pasangan yang bertahan sampai ke pusingan akhir boleh pegang banyak Infinity Stone sekali gus.
Raid 50 Pemain Lawan Thanos dan Tenteranya
Kalau lebih suka main co-op berbanding PvP, fasa kedua akan tiba pada 22 Oktober melalui mod Path to Doomsday – Avengers: Endgame.
Mod PvE besar ini kumpulkan 50 pemain serentak di kawasan runtuhan Avengers Compound. Anda bersama rakan sepasukan lain kena gabungkan abiliti, jaga posisi pertahanan, dan lawan Thanos serta tenteranya dalam satu boss fight jenis survival.
Map Baru, Hab Times Square, dan Event Halloween

Playlist kasual pun dapat update kali ini. Mod 18v18 Annihilation akan tambah map Alchemax Headquarters ke dalam senarai rotation. Pada masa yang sama, kawasan lobi Times Square dalam game akan ada pelbagai aktiviti interaktif dan mini-event sepanjang dua fasa Path to Doomsday ini berjalan.
Untuk tema Halloween sepanjang Oktober ini, NetEase sediakan kandungan dalam dua fasa. Event All Hallows’ Glow akan bermula selepas patch 15 Oktober dengan tawaran barangan kosmetik, skin bertema, dan ganjaran eksklusif. Selepas itu, event Night of Illusions pula bermula pada 29 Oktober, iaitu game teka-teki interaktif untuk pemain selesaikan misteri dan dapatkan pelbagai loot bermusim.
Marvel Rivals adalah free-to-play di PC (Steam), PlayStation 4, PlayStation 5, dan Xbox Series X|S.









Discussion about this post