Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Capcom Mula Bikin Game Bersama AI, Tapi Jangan Risau, AI Takkan Ganti Artis Manusia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 5, 2026
in Artikel, Berita, Industri, Teknologi
0 0
0
Capcom Mula Bikin Game Bersama AI, Tapi Jangan Risau, AI Takkan Ganti Artis Manusia
Share on FacebookShare on Twitter

Di persidangan Capcom Open Conference RE: 2026 di Tokyo, Satoshi Ishida selaku salah satu programmer Capcom telah mendedahkan pelan naik taraf yang dipanggil Project REX (singkatan bagi “RE neXt ENGINE”). Matlamat jangka panjang projek ini adalah untuk menaik taraf RE Engine secara berperingkat supaya menjadi “game engine era AI”, di mana pembangun Capcom dan AI boleh bekerjasama untuk membina game.

Bagi mereka yang bimbang langkah ini bermaksud aset seni dijana robot atau jalan mudah yang tidak berkualiti, jangan risau. Capcom menegaskan bahawa fokus mereka adalah untuk mempercepatkan proses pembangunan yang perlahan, bukannya untuk menggantikan kreativiti manusia.

RE Engine diperkenalkan pada tahun 2017, namun saiz dan kerumitan teknikal video game moden hari ini sudah bertambah jauh lebih besar. Semasa sesi pembentangan, Ishida berkongsi cabaran utama yang dihadapi oleh pihak Capcom hari ini.

Pertama, game hari ini membawa data yang terlalu banyak sehinggakan usaha untuk menguji perubahan kecil pun mengambil masa terlalu lama, lalu melambatkan kerja pembangun. Kedua, engine Capcom ini sekarang digunakan oleh lebih 2,000 pembangun di seluruh dunia, jadi alatan di dalamnya perlu dibuat lebih mudah dan senang diakses oleh pasukan antarabangsa. Akhir sekali, Capcom melihat penggunaan automasi pintar sebagai satu keperluan penting untuk menguruskan tugasan backend yang berulang-ulang.

Daripada membuang engine yang ada dan membinanya semula dari awal, Capcom rasa jalan terbaik adalah menaik tarafnya sedikit demi sedikit di bawah projek REX.

Untuk mengatasi masalah kelembapan ini, Capcom membina semula engine tersebut menggunakan bahasa programming standard industri yang paling banyak digunakan di dunia. Cara ini menjadikan codebase lebih mudah difahami oleh kedua-dua pihak—programmer manusia dan juga alatan AI.

Ada beberapa naik taraf modular yang dilakukan dalam usaha ini. Sistem seperti RE:Dox dan RE:Log menyeragamkan pengendalian data dalaman dan menggantikan log ralat teks kepada format fail tersusun, supaya AI boleh imbas terus untuk mencari bug. Capcom turut membuka sebahagian daripada alatan ini sebagai ‘open-source’ bagi tujuan melatih model AI. Pada masa yang sama, alatan visual seperti RE:Flows membolehkan pereka bentuk menyusun aksi gameplay secara visual sebelum engine menukarnya menjadi kod sebenar secara automatik. Dengan ‘user interface’ yang lebih pantas serta bahagian ‘runtime core’ yang diperbaharui, engine ini dapat memproses ramai watak sekali gus dan simulasi fizik yang rumit tanpa menyebabkan frame rate jatuh.

Melalui susunan kod ini, Capcom berharap pembantu AI dapat mengambil alih kerja rutin seperti menyusun kod dan menjalankan sesi playtest automatik untuk mengesan sebarang glitch teruk dari peringkat awal lagi.

Bila syarikat game menyebut tentang AI, pemain selalunya risau tentang kualiti visual yang rendah, suara tiruan, dan isu pekerja diberhentikan. Capcom meletakkan sempadan untuk perkara ini.

Semasa mesyuarat pemegang saham awal tahun ini, pihak Capcom menegaskan semula pendirian mereka: “Kami tidak akan menggunakan aset yang dijana oleh AI ke dalam game kami. Walau bagaimanapun, kami merancang untuk menggunakannya secara proaktif sebagai teknologi penyumbang bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam proses pembangunan game.”

Ringkasnya, AI hanya digunakan sebagai pembantu digital untuk buat kerja ujian dan cari bug di belakang tabir, manakala artis, pengarah, dan pereka bunyi sebenar Capcom masih akan mengendalikan bahagian kreatif sepenuhnya.

Kerja naik taraf engine ini mungkin kedengaran teknikal, tetapi bagi pemain yang sedang menantikan game blockbuster seterusnya, kesannya cukup besar. Bila alatan pembangunan ini menjadi lebih lancar, tempoh masa menunggu antara keluaran game boleh dipendekkan, dan risiko game dilancarkan dengan banyak bug pada hari pertama juga dapat dikurangkan.

Tags: AICapcomProject REX
ShareTweetSend
Previous Post

Gran Turismo World Series 2026 – Kemenangan Dramatik Buat Daniel Solis & Takuma Miyazono Di Round 3 Singapore

Next Post

GTA VI Akan Ada Kandungan Dewasa 18+, Protagonis Boleh Hisap Dadah & Aksi Putus Badan

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
GTA VI Akan Ada Kandungan Dewasa 18+, Protagonis Boleh Hisap Dadah & Aksi Putus Badan

GTA VI Akan Ada Kandungan Dewasa 18+, Protagonis Boleh Hisap Dadah & Aksi Putus Badan

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd