Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ROG Malaysia Umum ROG XBOX Ally X20 Bundle – Skrin OLED, Cermin Mata AR & Hanya 30 Unit Di Malaysia

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 2, 2026
in Artikel, Berita, Handheld, Teknologi
0 0
0
ROG Malaysia Umum ROG XBOX Ally X20 Bundle – Skrin OLED, Cermin Mata AR & Hanya 30 Unit Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena ulang tahun ke-20 Republic of Gamers, ASUS ROG Malaysia mengumumkan satu ‘edisi collector’s’ yang sangat terhad iaitu ROG XBOX Ally X20 Bundle. Kalau bercadang untuk beli, anda kena bertindak pantas kerana hanya 30 unit sahaja dijual di seluruh Malaysia pada harga RM10,999.

Tempahan awal dibuka secara rasmi pada 2 Oktober 2026 bermula jam 8:00 malam, hingga 15 Oktober 2026. Mereka yang berjaya membuat tempahan akan menerima ROG Ally Limited Edition Loot Box eksklusif dan menikmati diskaun 20% untuk tawaran PWP bagi aksesori gaming ROG terpilih.

Sekiranya hanya mahukan konsol itu sahaja tanpa aksesori bundle lain, ASUS mengesahkan harga dan tarikh pelancaran untuk ROG XBOX Ally X20 versi standalone akan diumumkan tidak lama lagi.

Bundle ini disediakan sebagai satu set battlestation mudah alih yang lengkap. Dalam pakej ini, anda akan dapat konsol handheld itu sendiri, sepasang cermin mata ROG XREAL R1 Edition 20 Gaming AR Glasses, sarung pelindung khas dbrand Killswitch, kotak tahan lasak Pelican Protector Case, dan pengecas pantas 68W.

Ally X20 tampil dengan rekaan retro-futuristik menggunakan kerangka hitam lutsinar yang menampakkan struktur dalaman berwarna emas. Selain rekaan luar ini, ASUS turut membawa peningkatan perkakasan besar.

Di bahagian hadapan, ia menggunakan skrin OLED Nebula HDR bersaiz 7.4 inci dengan resolusi 1080p dan refresh rate 120Hz. Kecerahan puncaknya mencecah sehingga 1,400 nits dengan sokongan Dolby Vision dan FreeSync Premium Pro, jadi grafik game nampak sangat jelas dan berkontras tinggi walaupun dimainkan di luar rumah yang cerah.

Skrin ini juga dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus dengan salutan anti-pantulan bagi mengurangkan silau.

Untuk prestasi, konsol ini menggunakan pemproses AMD Ryzen AI Z2 Extreme bersama RAM 24GB LPDDR5X-8000. Dari segi storan, ia dilengkapi 1TB SSD bersaiz standard M.2 2280. Saiz standard ini memudahkan anda menaik taraf storan pada masa depan dengan kos yang lebih murah berbanding peranti yang menggunakan saiz SSD khas.

ASUS juga banyak menerapkan ergonomik gaya Xbox pada kawalannya. Konsol ini mempunyai impulse trigger dengan motor getaran dalaman, D-pad yang boleh diubah bentuk, dan joystick TMR saiz penuh yang tidak akan mengalami masalah stick drift walaupun lama digunakan.

Untuk bateri, ia hadir dengan kapasiti besar 80Wh, cukup untuk sesi gaming yang lama tanpa perlu kerap mencari palam kuasa.

Daripada membongkok melihat skrin kecil semasa dalam penerbangan atau perjalanan, pakej ini menyertakan cermin mata ROG XREAL R1 Edition 20 AR Glasses. Anda hanya perlu sambungkan satu kabel USB-C ke konsol, dan cermin mata ini akan terus memaparkan skrin maya besar bersaiz 171 inci seolah-olah berada empat meter di depan mata.

Cermin mata ini menggunakan panel Sony Micro OLED beresolusi 1080p untuk setiap mata dengan refresh rate 120Hz, yang boleh dinaikkan sehingga 240Hz menggunakan mod frame rate boost. Bunyinya pula keluar terus berhampiran telinga melalui pembesar suara spatial dalaman dengan talaan Bose.

Untuk menyesuaikan dengan cahaya persekitaran, kantanya mempunyai ciri electrochromic dimming 3 tahap yang membolehkan kaca digelapkan secara elektronik supaya paparan masih jelas di kawasan terang.

Walaupun sarat teknologi, beratnya cuma 90g dan turut mempunyai bingkai kanta preskripsi tambahan bagi mereka yang berkaca mata.

Bagi melindungi konsol semasa dibawa ke mana-mana, ia siap dipasang dengan sarung perlindungan khas dbrand Killswitch. Sarung ini menawarkan cengkaman tangan yang kemas, kickstand, serta pelekat hadapan bercorak papan litar yang diambil terus daripada reka bentuk komponen dalaman konsol.

Bila mahu disimpan, semua perkakasan ini boleh dimuatkan dengan kemas ke dalam kotak Pelican Protector Case yang kedap udara dan kalis hentakan, lengkap bersama kunci selak merah ROG dan lencana logam khas ulang tahun ke-20.

Tempahan awal dibuka malam ini bermula jam 8:00 malam secara siapa cepat, dia dapat menerusi laman rasmi tempahan awal ASUS ROG.

Tags: ROG XBOX Ally X20
ShareTweetSend
Previous Post

Steam Autumn Sale 2026 – Game AAA & AA Pilihan Kami, Ada Yang Harga RM10 Sahaja

Next Post

Reviu Total War: WARHAMMER III – Lords of the End Times – Pengalaman 4 Legendary Lord Dalam Satu Pakej

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Reviu Total War: WARHAMMER III – Lords of the End Times – Pengalaman 4 Legendary Lord Dalam Satu Pakej

Reviu Total War: WARHAMMER III - Lords of the End Times - Pengalaman 4 Legendary Lord Dalam Satu Pakej

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd