Pearl Abyss mengumumkan bahawa DLC expansion pertama untuk Crimson Desert, yang bertajuk Charting the Unknown, telah ditunda selama dua minggu.
Ssalnya dijadualkan keluar pada 15 Oktober 2026, DLC ini sekarang akan dilancarkan secara global pada 29 Oktober. Mengambil kira perbezaan zon masa, pemain Malaysia boleh menjangkakan update ini mula boleh dimainkan seawal jam 6:00 pagi pada 30 Oktober.
Melalui satu mesej, pasukan pembangun menjelaskan bahawa penangguhan ini perlu bagi memastikan expansion tersebut dapat berjalan dengan lancar. Pearl Abyss menyatakan mereka memerlukan masa pembangunan tambahan untuk memberikan pengalaman gameplay yang lebih kemas dan stabil.
Mereka turut memohon maaf kepada peminat atas penantian yang lebih lama ini, sambil berjanji akan memanfaatkan tempoh dua minggu tambahan tersebut untuk memperhalusi lagi game ini.
Langkah meluangkan masa dua minggu lagi untuk membaiki bus serta mengoptimumkan prestasi game ini sememangnya wajar, terutamanya jika dilihat daripada skala kandungan baharu yang dibawakan. Berbanding mengehadkan pemain di Pywel, Charting the Unknown membuka kawasan lautan di sekeliling buat kali pertama.
Pemain boleh mengemudi kapal sendiri untuk meneroka kepulauan terpencil, melayari perairan yang belum dipetakan, dan menyelam ke dasar laut bagi meneroka runtuhan purba yang tenggelam demi memburu harta karun.

Di daratan, expansion ini turut memperkenalkan sistem baharu yang membolehkan pemain menyewa fasiliti dan menguruskan perniagaan tempatan bagi mengumpul kekayaan di serata Pywel, di samping penaiktarafan baharu untuk sistem player housing. Dari sudut cerita, kisahnya diteruskan dengan Kliff, Oongka, dan Damiane yang berdepan masalah politik, ancaman di pedalaman padang pasir, serta rahsia purba lautan.
Crimson Desert Enhanced: Charting the Unknown akan tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.









Discussion about this post