Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Pertama hololive Berjudul ‘Odekake hololive’; 29 VTuber Bakal Bintangi Siri Ini

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Pertama hololive Berjudul ‘Odekake hololive’; 29 VTuber Bakal Bintangi Siri Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas beberapa minggu mengacah tentang projek misteri di bawah nama “Odeholo“, Kadokawa dan COVER Corporation secara rasmi mengumumkan anime penuh pertama buat hololive: Odekake hololive.

Projek ini didedahkan dalam satu sesi siaran langsung khas sempena persiapan menyambut ulang tahun ke-10 Hololive. Bersama pengumuman tajuk tersebut, pihak produksi turut mengeluarkan sebuah teaser visual yang menampilkan 29 ahli hololive berpakaian santai untuk keluar bersiar-siar.

🧳👣┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈
 TVアニメ『おでかけホロライブ』
  ティザービジュアル公開!
┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈🗾#おでホロ の正体は……

\ 『おでかけホロライブ』//

とびっきり賑やかで楽しい「おでかけ」を描く、
旅のオムニバスストーリー!… pic.twitter.com/r7lQDx6e2A

— 『おでかけホロライブ』アニメ公式 (@odeholo) September 23, 2026

Berdasarkan sinopsis rasmi daripada Kadokawa, siri ini bermula dengan persoalan: “Hari ini kita nak ke mana ya?”

Anime ini dibawakan dalam format penceritaan omnibus, bermakna setiap episod akan menumpukan kepada kumpulan ahli yang berbeza meneroka pelbagai wilayah di seluruh Jepun merangkumi empat musim yang berlainan. Kami menjangkakan suasana santai bertemakan slice-of-life yang memfokuskan kepada aktiviti melawat tempat-tempat menarik, mencuba makanan jalanan tempatan, serta gelagat mesra dan mencuit hati sesama mereka pada hari cuti.

🧳#おでホロ ソロビジュアル公開🗾

TVアニメ『おでかけホロライブ』

📷白上フブキ( @shirakamifubuki )
 ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄ ̄#Odeholo pic.twitter.com/keERYArlKD

— 『おでかけホロライブ』アニメ公式 (@odeholo) September 27, 2026

Siri ini menampilkan barisan pelakon yang besar merangkumi 29 orang bakat dari Generasi 0 hinggalah ke holoX (Generasi ke-6):

  • Gen 0: Tokino Sora, Roboco-san, AZKi, Sakura Miko, Hoshimachi Suisei
  • 1st Gen: Aki Rosenthal, Shirakami Fubuki, Natsuiro Matsuri
  • 2nd Gen: Nakiri Ayame, Yuzuki Choco, Oozora Subaru
  • GAMERS: Shirakami Fubuki (juga Gen 1), Ookami Mio, Nekomata Okayu, Inugami Korone
  • 3rd Gen: Usada Pekora, Shiranui Flare, Shirogane Noel, Houshou Marine
  • 4th Gen: Tsunomaki Watame, Tokoyami Towa, Himemori Luna
  • 5th Gen: Yukihana Lamy, Momosuzu Nene, Shishiro Botan, Omaru Polka
  • holoX (Gen 6): La+ Darknesss, Takane Lui, Hakui Koyori, Kazama Iroha

Animasi bagi projek ini dikendalikan oleh Studio KAI, sebuah studio yang sudah tidak asing lagi buat para peminat kerana sebelum ini pernah menghasilkan beberapa video muzik dan animasi pendek rasmi untuk Hololive.

Pihak COVER dan Kadokawa masih belum mengumumkan tarikh tayangan tepat mahupun jumlah episod, namun memaklumkan bahawa butiran lanjut akan dikongsikan dalam siaran akan datang.

Tags: animeOdekake hololive
ShareTweetSend
Previous Post

Code Geass Star Chaser Aspal Akan Tayang Pada 2027; Teaser Rasmi

Next Post

PlayStation Mahu Jadikan Controller Macam PayWave – Sekadar ‘Tap’ Kad/Telefon Pada Controller Untuk Buat Bayaran?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
PlayStation Mahu Jadikan Controller Macam PayWave – Sekadar ‘Tap’ Kad/Telefon Pada Controller Untuk Buat Bayaran?

PlayStation Mahu Jadikan Controller Macam PayWave - Sekadar ‘Tap’ Kad/Telefon Pada Controller Untuk Buat Bayaran?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd