Pembangun Monochrome Corp. dan penerbit Good Smile Company secara rasmi mengumumkan IGNISPHERE, sebuah harta intelek (IP) fantasi serba baharu, bersama projek game pertamanya, DAWNGAZER.
Game ini dipimpin oleh Takafumi Noma (pengarah, programmer, dan pereka watak terkenal di sebalik Unicorn Overlord). Ia sedang dibangunkan sebagai sebuah action RPG dan bakal dilancarkan pada tahun 2028 untuk PlayStation 5, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam.
IGNISPHERE merupakan nama bagi semesta fantasi baharu ini dan juga nama studio pembangunan khas, IGNISPHERE Studio, yang ditubuhkan di bawah naungan Monochrome Corp. Pengumuman ini turut bersempena sambutan ulang tahun ke-15 penubuhan Monochrome pada bulan ini.
Noma, yang terlibat dalam hampir segenap aspek pembangunan Unicorn Overlord (daripada programming dan sistem teras hinggalah naratif serta reka bentuk watak) berhasrat membawakan visi kreatif yang sama ke dalam projek ini.
Berbanding mengagihkan peranan penting kepada pasukan yang berpecah, pendekatan Noma bertujuan membentuk dunia IGNISPHERE menjadi sebuah latar cerita yang luas, tersusun, serta dihuni oleh pelbagai negara dan bangsa unik.
Berbeza dengan corak tactical strategy Unicorn Overlord, DAWNGAZER beralih ke genre action RPG, membawakan pengalaman gameplay berasaskan real-time yang lebih rancak untuk pemain meneroka.
Monochrome turut mengesahkan bahawa komposer ternama Yoshimi Kudo diberi tanggungjawab menggubah soundtrack bagi DAWNGAZER. Kudo cukup terkenal melalui muziknya dalam Unicorn Overlord serta game terbitan FromSoftware, ELDEN RING.
Good Smile Company bukan sahaja bertindak sebagai rakan pembangunan dan penerbit game. Sebagai sebahagian daripada perancangan multimedia yang lebih meluas, Good Smile akan menguruskan penghasilan barangan rasmi serta pengeluaran ‘scale figure’ berasaskan francais ini.
Di samping itu, KADOKAWA turut bekerjasama bagi menerbitkan beberapa siri light novel yang berlatakan semesta IGNISPHERE di bawah label Fujimi Fantasia Bunko.




![[TGS2026] Lain Daripada Lain, Gameplay Atelier Karia Dicorakkan Oleh Tabiat “Suka Makan”](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/Atelier-Karia_QA_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post