Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[TGS2026] Lain Daripada Lain, Gameplay Atelier Karia Dicorakkan Oleh Tabiat “Suka Makan”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2026
in Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Temuramah, Xbox Series X|S
0 0
0
[TGS2026] Lain Daripada Lain, Gameplay Atelier Karia Dicorakkan Oleh Tabiat “Suka Makan”
Share on FacebookShare on Twitter

Game alkimia terbaharu ciptaan Gust nampaknya membawakan kelainan.. kerana ramuan sintesis tidak lagi terperap sahaja di dalam kantung, sebaliknya dihidangkan terus. Di Tokyo Game Show 2026, KOEI TECMO bersama Gust menjelaskan hala tuju Atelier Karia: The Night Kingdom & the Guide of Memories.

Kiri ke kanan: Junzo Hosoi (Produser), Daiki Fukui (Pengarah Game) | Kredit: Digital Braves

Dalam sesi Q&A bersama Produser Junzo Hosoi dan Pengarah Game Daiki Fukui, mereka membincangkan pelbagai elemen unik bermula daripada mekanik ‘field snacking’ dan transformasi fizikal yang dinamik, hinggalah kepada visi utama.

Peranan Yumia sebagai Mentor, dan Rahsia Jalan Cerita

Berlangsung selepas peristiwa Atelier Yumia, jalan cerita kali ini meletakkan sang protagonis dahulu dalam posisi baharu. Tidak lagi menjadi watak utama, Yumia sekarang bertindak sebagai ‘pemandu arah’ di sisi Karia. Menurut Hosoi, Yumia mirip seorang mentor yang menyokong langkah Karia, sekali gus menonjolkan gandingan mereka.

Yumia mempraktikkan alkimia berasaskan sihir, sementara Karia pula memakai kaedah kawah konvensional. Jika dalam game dahulu Yumia bergelut mencari erti serta etika sebenar memakai alkimia, Atelier Karia pula menunjukkan kedua-dua hero ini meneroka jawapan tersebut secara bergandingan.

Menyentuh persoalan sama ada teka-teki yang masih belum terjawab daripada game lalu (khususnya Homunculus) bakal terjawab, Hosoi enggan membuka mulut.

Sambil memohon maaf secara bergurau, beliau menegaskan bahawa sebarang kupasan lanjut berkemungkinan besar mengundang spoiler berat, lantas membiarkan naratif tersebut kekal dirahsiakan buat masa ini.

Daya tarikan naratif turut terserlah menerusi tabiat Karia yang pelik. Semasa melihat watak utama tersebut menelan objek bukan makanan seperti batu pejal, sesetengah pihak mungkin menganggapnya sebagai gameplay gurauan. Walau bagaimanapun, Fukui mengesahkan perlakuan aneh itu berpegang erat pada latar cerita.

Rahsia di sebalik abiliti luar tabii ini menyentuh misteri utama dalam plot… satu kejutan yang sengaja disimpan agar dapat dirungkai sendiri oleh para pemain nanti.

Sistem “Snacking”

Konsep kulinari dan makanan membentuk tema Atelier Karia, selari dengan hasrat Gust meluaskan fungsi item hasil ciptaan pemain. Hosoi berkongsi bahawa nilai alkimia mahu dipertingkatkan menerusi mekanisme Karia menjamah ‘synthesized items’.

Dari sudut itu, mereka menggunakan logik harian: selera yang bertambah cenderung menaikkan berat badan, begitu juga sebaliknya. Logik inilah yang melahirkan ilham tentang perubahan fizikal sang protagonis.

Walaupun demikian, mengubah rupa fizikal heroin utama bukanlah perkara remeh. Hosoi mengaku Gust selalunya memperkenalkan reka bentuk watak yang sudah siap dan muktamad; justeru, perubahan siluet secara dinamik berisiko mencetuskan pelbagai reaksi positif mahupun negatif.

Sentimen inilah yang mendorong pelaksanaan kaji selidik komuniti. Fukui menambah bahawa pasukan produksi meneliti perkara ini dengan cermat.

Menyedari wujudnya peminat yang menggemari variasi visual dan mereka yang mahukan rupa asal dikekalkan, pembangun mempertimbangkan sama ada ciri ini patut disertakan, bagaimana ia akan dipersembahkan, ataupun menyediakan pilihan toggle demi memuaskan hati kedua-dua pihak.

Dari sudut praktikal, tabiat memakan Karia dipecahkan kepada dua sistem: “Snacking” di alam liar serta pengambilan synthesized items secara terancang. Istilah “Snacking”, menurut Fukui, merujuk kepada perbuatan Karia mengunyah sedikit hasil tuaian di lokasi penemuan.

Sama seperti seorang cef yang merasa ramuan sebelum masakan terhidang, Karia menjamah cebisan bahan di situ juga. Pemain masih menerima hasil kutipan, cuma kuantitinya menurun sedikit sebagai pertukaran  kepada buff sementara yang membantu aktiviti eksplorasi.

Sebaliknya, menikmati ramuan yang siap disintesis mendatangkan faedah berkekalan. Sajian alkimia ini membekalkan Karia dengan ‘passive skill’ yang tidak luput melainkan digantikan dengan abiliti baharu oleh pemain.

Hidangan sintesis turut mengaktifkan “Style Change”; transformasi combat yang merombak atribut elemen serta melipatgandakan impak ‘Finishing Moves’, di samping rancangan lain yang akan mempengaruhi pilihan ‘Active Skill’.

Menjawab persoalan sama ada tiga ‘traits’ pada sesuatu objek mencorak perubahan tersebut, Fukui menjelaskan penentu terbesarnya bertumpu pada ‘effect’ unik yang terhasil daripada susunan material sewaktu sintesis, bukan traits produk akhir semata-mata.

Transformasi badan Karia menjangkau lebih 100 variasi dari sudut visual mahupun fungsi. Peralihan ini tertakluk kepada formula ketat berasaskan kelompok bahan (seumpama batuan, flora, dan madu) serta padanan antara satu sama lain. Selain kelainan kecil seperti ‘palette swap’, sistem ini menampilkan tahap evolusi.

Mengunyah sumber gred tinggi dari zon late-game, misalnya, mampu menaik taraf bentuk asas dahulu ke tahap yang lebih kuat, lantas mengekalkan keseronokan mencuba tanpa rasa tidak berulang sepanjang permainan.

Mengolah Alam Liar: Tindak Balas Elemen dan Laluan yang Berubah

Penerokaan Atelier Karia memerlukan pemain untuk berfikir, di mana alat alkimia sekarang berfungsi merombak persekitaran. Paparan demo membuktikan bahawa balingan item berelemen ais ke atas muka bumi mampu membekukan rintangan lantas membuka laluan baharu.

Menurut Fukui, demo tersebut hanyalah permulaan; pelbagai teka-teki zon sedang dirangka agar pemain sentiasa memikirkan item paling serasi dalam kantung mereka untuk membuka jalan buntu.

Pendekatan reaktif ini memberi dimensi baharu kepada kaedah pengumpulan sumber. Interaksi dengan sesebuah ‘gathering point’ mampu membuahkan hasil berlainan mengikut barang yang dilontarkan.

Hasilnya, menyasarkan bom Flamme ke arah kuntum bunga akan memekarkannya menjadi bunga merah, manakala lontaran berunsur ais pada nod serupa mengubahnya menjadi kuntum biru yang membekalkan bahan alkimia lain.

Pihak pembangun memperkaya kombinasi sedemikian agar pemain memanfaatkan alam sekitar seperti sebuah makmal terbuka.

Mekanik Aksi Baharu, Keseimbangan Taktikal, dan Charge Time

Combat juga lebih rancak dengan mekanik reaktif seperti ‘parry’, ‘counter’, serta ‘dual attack’. Walaupun begitu, Hosoi menepis andaian bahawa Gust sedang bergerak ke arah genre aksi tulen.

Pengenalan ciri tersebut bukan untuk menguji refleks pemain semata-mata, sebaliknya memperkayakan lapisan taktikal demi menyeimbangkan kelajuan masa nyata dengan percaturan berfikir.

Tambah beliau, studio tidak menetapkan hala tuju mutlak sama ada francais ini patut condong kepada aksi atau mengekalkan format strategi klasik; sebaliknya, sebarang perubahan masa depan akan dipandu oleh maklum balas komuniti pascapelancaran nanti.

Perubahan pada tempo perlawanan dapat dilihat menerusi pengenalan ‘charge time’ bagi penggunaan ‘synthesized items’—berbeza daripada RPG lain di mana barangan boleh diaktifkan sekelip mata. Menurut Fukui, langkah ini perlu bagi menyeimbangkan daya pemusnahnya yang luar biasa.

Di semesta Atelier, ramuan berkualiti tinggi berupaya melakukan kemusnahan berpuluh kali ganda melangkaui batas abiliti biasa, setanding kehebatan finishing move. Tempoh singkat ini memerlukan pemain menimbang risiko serta membaca masa terbaik sebelum melepaskan senjata terkuat mereka.

Bagi memastikan mekanik ini tidak membantutkan rentak, tempoh charge time boleh dipendekkan menerusi pemilihan bahan sintesis yang bijak dan binaan ‘trait builds’ khusus.

Mengembalikan Crafting dan Refleksi Selepas Yumia

Menilai semula maklum balas terhadap Atelier Yumia, Fukui tidak menafikan bahawa usaha meringkaskan sintesis bagi menyambut pemain baharu telah mengorbankan aspek kerumitan serta keterikatan jangka panjang yang didambakan oleh peminat tegar.

Justeru, Atelier Karia berazam memulihkan kepuasan menuntut ilmu pertukangan alkimia ke keadaan asal.

Kini, unsur crafting meresap ke segenap aspek… daripada eksplorasi, evolusi rupa watak, sehinggalah ke medan combat. Menariknya, reka letak UI sintesis turut dirombak semula demi memberi kebebasan kepada mereka yang gemar menguji ramuan baharu.

Jelas Fukui, beberapa ciri yang masih dirahsiakan sedang disempurnakan dengan matlamat menjadikan proses sintesis cukup mengasyikkan walau dimainkan secara bersendirian.

Game ini akan keluar di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC melalui Steam, dan Nintendo Switch 2 bermula 25 Februari 2027. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Atelier Karia: The Night Kingdom & the Guide of Memoriesinterviu
ShareTweetSend
Previous Post

Pengarah Unicorn Overlord Umum Action RPG Baru ‘DAWNGAZER’ Di Bawah IP ‘IGNISPHERE’

Next Post

[TGS2026] DYNASTY WARRIORS 3 Remaster Tahap Kesukaran ‘Neraka’, Tidak Ingin Memanjakan Pemain

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] DYNASTY WARRIORS 3 Remaster Tahap Kesukaran ‘Neraka’, Tidak Ingin Memanjakan Pemain

[TGS2026] DYNASTY WARRIORS 3 Remaster Tahap Kesukaran 'Neraka', Tidak Ingin Memanjakan Pemain

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd