Selepas minggu pertama pelancaran yang memberangsangkan di PC dan konsol, judul creature-collecting open-world RPG ‘Aniimo‘ daripada Pawprint Studio sekarang tersedia secara rasmi di peranti mobile. Pengguna Android dan iOS boleh memuat turun game free-to-play ini bermula sekarang melalui Google Play dan Apple App Store.
Versi mobile menyokong sepenuhnya ciri cross-platform play dan cross-progression. Pemain yang sudah pun memulakan pengembaraan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, atau PC (melalui Steam, Epic Games Store, atau official launcher) boleh memautkan akaun mereka untuk membawa semua kemajuan terus ke telefon pintar.
Pemain mobile juga boleh membentuk pasukan bersama rakan-rakan yang bermain di konsol atau PC tanpa sebarang halangan matchmaking.

Bagi pemain baharu di mobile yang belum mengenali game ini, Aniimo meletakkan kita sebagai seorang Pathfinder yang meneroka benua luas bernama Idyll. Dunia ini menampilkan sistem cuaca dinamik, pelbagai biom, serta lebih daripada 200 jenis makhluk unik untuk ditemui dan dijinakkan.

Ciri utamanya ialah Twining, satu mekanik unik yang membolehkan anda bergabung dengan Aniimo untuk mengawal mereka secara langsung bagi pertarungan real-time, menyelesaikan teka-teki, dan eksplorasi.
Versi mobile turut mempunyai kesemua peralatan penerokaan co-op (seperti Horn untuk memanggil bantuan pemain berdekatan serta ciri teleport pasukan), di samping sistem base-building di Homeland, di mana anda boleh bercucuk tanam, menghias kawasan, dan meluangkan masa bersama makhluk di van RV peribadi.
(Untuk maklumat lebih lanjut tentang gameplay, rujuk artikel kami sebelum ini.)









Discussion about this post