Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Reviu CONTROL Resonant – Sekuel Berani Yang Membuka Dimensi Baru Kepada Eksplorasi & Combat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 18, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Game Review, PC, PS5, Review, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Reviu CONTROL Resonant – Sekuel Berani Yang Membuka Dimensi Baru Kepada Eksplorasi & Combat
Share on FacebookShare on Twitter

Remedy Entertainment kembali dengan CONTROL Resonant, sekuel langsung kepada karya agung mereka yang memenangi pelbagai anugerah pada tahun 2019, Control.

Meninggalkan koridor sempit berestetika brutalisme, Resonant memindahkan aksi ke jalanan Manhattan. Berlatarkan beberapa tahun selepas peristiwa game pertama, naratif bermula sebaik Dylan Faden dilepaskan daripada kurungan Federal Bureau of Control (FBC).

Namun di luar sana, krisis paranatural berskala gergasi sedang berlaku, mengoyakkan dan memutarbelitkan batas realiti di sekeliling. Tanpa membuang masa, inilah ulasan penuh kami.

Dylan Faden, Krisis Kosmik Manhattan, dan Mencari Jesse

Protagonis kita tersedar di sebuah metropolis yang rosak binasa dikerjakan kuasa kosmik ganjil. Demi bertahan hidup, kudrat paranatural yang baru mekar dalam dirinya perlu dikuasai bagi menangkis ancaman di serata Manhattan… khususnya entiti Hiss serta jangkitan invasif Mold.

Misi ini bertambah mendesak apabila Dylan berusaha mencari kakaknya, Jesse Faden, yang sekarang menggalas tugas Pengarah FBC. Mereka berdua perlu berganding bahu bagi mengekang malapetaka yang telah melimpah melepasi sempadan Oldest House.

Korupsi meragut satu demi satu daerah seiring kemajuan jalan cerita. Ditugaskan menyusup ke zon sekatan seperti West Incursion Zone bagi membasmi musuh, Dylan kerap bertembung dengan senario yang ganjil… antaranya pertarungan di dalam teater melawan the Dancer, seorang seniman pentas yang telah dirasuk.

Pemain veteran Control tentu lebih tangkas mengesan pertalian mahupun selingan nostalgia di dalamnya. Pun begitu, pendatang baharu tidak perlu bimbang; ciri recap sedia ada memastikan anda memahami konteks serta-merta tanpa sebarang kekurangan maklumat.

Plotnya direka kemas agar bersifat kendiri, memberikan ruang secukupnya bagi perkembangan watak Dylan.

Kuasa Traversal dan Dunia Semi Open-World

Meneroka celah-celah Manhattan memberi kepuasan tersendiri, terutamanya apabila kelincahan Dylan ditingkatkan menerusi segmen cerita dinamakan “Rituals”; yang turut menjadi ruang interaksi intim antara adik-beradik ini. Permulaan awal dibekalkan mekanik asas: double jump, air dash yang boleh dilakukan dua kali, serta kebolehan float.

Seiring ritual seterusnya, Dylan dikurniakan kuasa yang semakin mistik, termasuk keupayaan memanipulasi susun atur struktur fizikal mahupun melangkah mengikut paksi dimensi baharu. Variasi ini menjamin sistem traversal sentiasa segar dan dinamik sepanjang kempen berlangsung.

Sikap rajin meneroka premis terbiar dan mencari ruang tersembunyi sentiasa membuahkan hasil lumayan. Lokasi rahsia ini tidaklah direka untuk mengelirukan.

Sebaik memahami petunjuk visualnya, laluan tersebut agak mudah dikesan, lantas memberi kelebihan kepada pemain yang cermat berbanding mereka yang sekadar mengejar objektif.

Meskipun kota berada dalam anarki, persekitarannya terasa hidup. Warga kota dan ejen FBC kerap berbisik-bisik pasal Dylan atau mengulas situasi semasa, memperkayakan lagi atmosfera. Bahan koleksi seperti pita rakaman serta jurnal turut bertaburan untuk merungkai misteri cerita, sejarah dunia, dan operasi lampau.

Menariknya, pita audio yang dikutip berhampiran sarang the Dancer dimainkan tanpa henti semasa boss fight berlangsung. Ini adalah satu integrasi antara cerita dan combat yang wajar dipuji untuk menambah keasyikan.

Daerah-daerah ini turut diserikan dengan World Feats, iaitu sejumlah misi sampingan yang menaikkan level zon sebaik diselesaikan. Variasinya meliputi cabaran berasaskan objektif seperti “Hold the Line” (membantu Renjer FBC mengawal kargo bekalan) hinggalah kepada kuota membunuh musuh yang ringkas.

Aktiviti sebegini bukan sahaja mengisi masa, malah menyumbang kepada kemajuan watak memandangkan tingkat zon yang lebih tinggi menjanjikan cabaran lebih sengit berserta kualiti loot yang jauh lebih berharga.

Sayangnya, pilihan dialog dalam cutscene mahupun perbualan santai agak mengecewakan. Kebanyakan pilihan hanyalah kosmetik kerana menghasilkan respons yang serupa tanpa sebarang perubahan naratif yang ketara.

Reka bentuk petanya berkonsepkan semi-open world dalam lingkungan zon kepungan Manhattan. Pendekatan sebegini menepati titik ideal dengan menawarkan kebebasan menjelajah yang luas tanpa menyeret pemain ke dalam kelesuan open-world yang terlalu meleret-leret.

Mekanik Falter, Variasi Serangan, dan Ujian di The Gap

Aksi combat dihasilkan mengikut acuan hack-and-slash action RPG. Setiap lawan dilengkapi tolok “stagger” bergelar “Falter” yang terisi apabila dihujani serangan. Apabila tolok ini penuh, pemain berpeluang melakukan finisher bergaya di mana Dylan meluncur merentasi arena demi melenyapkan sasaran.

Katalog musuh yang bervariasi memerlukan pendekatan yang fleksibel. Medan lawan membariskan musuh jarak jauh dan jarak dekat, gerombolan sasa, musuh lincah bersenjata bilah, hinggalah ancaman udara yang menjunam. Tambahan unit penyembuh yang pasif tetapi berbahaya menambahkan lagi musuh yang perlu kita basmikan.

Melengah-lengah menumbangkan mereka terlebih dahulu pasti akan memanjangkan pertarungan. Begitu juga dengan rekaan boss fight cemerlang, yang mencampurkan visual dan mekanik tersendiri, seperti pertarungan berentak ritma melawan Dancer.

Walaupun bermula dengan abiliti “Primary” dan “Secondary” yang terhad, Dylan beransur-ansur mengakses aneka kebolehan melalui sumber yang dikutip. Sistem ofensif ini dipecahkan kepada tiga skill tree: “Primary Forms”, “Secondary Forms”, dan “Combo Finishers”.

Statistik setiap abiliti ditulis dengan jelas (daripada lingkungan damage, kadar impak Falter, potensi critical hit, sehinggalah kelajuan pemulihan kuasa) untuk memudahkan pertimbangan sebelum sebarang pelaburan dibuat:

  • Concussive Beatdown: Combo finisher berasaskan tumbukan yang menjana damage besar serta nilai Falter tinggi demi melumpuhkan musuh dalam sekelip mata.
  • Extend: Serangan jarak jauh yang menyapu sasaran berkumpulan; ia boleh dicas bagi memaksimumkan output damage dan Falter, dengan ganjaran impak berganda sekiranya dilepaskan pada masa yang tepat.
  • Cleave: Libasan yang melipatgandakan damage apabila dilancarkan dari arah belakang lawan, memberi kelebihan besar kepada posisi dan teknik flanking.

Bagi menebus variasi bentuk ini, bahan crafting seperti “Living Shards” diperlukan bersama mata wang berkaitan atribut Aberrant Strength. Menariknya, pemerolehan setiap gaya tempur baharu akan meningkatkan nilai Aberrant Strength, lantas menaikkan pengganda damage bagi keseluruhan serangan anda.

Di samping hayunan melee, Dylan dibekalkan “Combat Abilities” dengan profil atribut tersendiri merangjumi projectile damage, blast damage, nilai falter, dan kos tenaga.

Contoh ialah Volatile Anomaly, kebolehan menyeru sekutu sementara untuk diangkat lalu dihumban seperti bom tangan yang meletup dengan daya pemusnah lebih dahsyat andai hayat sekutu tersebut sudah nazak.

Berlainan dengan serangan melee yang bebas ditukar ganti pada bila-bila masa, hanya satu Combat Ability dibenarkan aktif dalam satu sesi. Sebarang pertukaran memerlukan pemain memulangkan abiliti sedia ada dan membayar yuran.

Kekangan ini memaksa keputusan dibuat secara teliti, walaupun pilihan “respec” sentiasa terbuka bagi membetulkan kesilapan pemilihan.

Bagi menyokong eksperimentasi build, ruang latihan “The Gap” disediakan sebagai medan simulasi sebelum terjun ke pertarungan sebenar. Pemain bebas menetapkan semula bentuk yang dibuka atau menetapkan abiliti kegemaran pada menu pintas.

Abiliti combat boleh dihebatlagi menerusi habuan daripada musuh dan eksplorasi, disokong talent tree bagi meluaskan potensi kemahiran Dylan. Ganjaran EXP dan “talent points” pula diraih hasil membunuh gerombolan Hiss serta menyelesaikan World Feats.

Bagi yang fokuskan penampilan, pilihan kosmetik turut disertakan bagi mengubah gaya sang protagonis.

Keserabutan Skrin dan Dialog yang Tiada Impak

Kekurangan kecil masih wujud dan sedikit mengganggu pengalamannya. Keserabutan visual sewaktu pertarungan sengit kerap membuatkan kami terasa rimas.

Apabila dikepung rapat oleh musuh melee, paparan skrin menjadi terlalu sesak sehingga menyusahkan kami melihat tembakan atau hayunan musuh dari luar sudut pandang, sekalipun anak panah amaran kuning telah cuba membantu.

Mutu lakonan suara pula kadangkala terasa kaku, menyebabkan babak-babak yang sepatutnya penuh emosi kehilangan roh dan impak dramatik. Kelemahan ini turut terpancar pada cabang dialog. Ketiadaan implikasi besar terhadap perbualan menjadikannya sekadar hiasan sampingan yang tidak membawa fungsi bernilai.

Pendapat

Secara keseluruhan, CONTROL Resonant adalah sekuel bagus yang menterjemahkan visinya dengan penuh keyakinan. Kelancaran mekanik traversal, kepelbagaian gaya lawan, serta elemen persekitaran yang teliti mengubah Manhattan yang dilanda fenomena aneh menjadi persekitaran yang sangat menarik untuk dijelajahi.

Pengisian bermakna menerusi World Feats turut memberi daya tarikan panjang, serta memberi ruang kepada pemain menghayati landskap semi-open ini mengikut rentak sendiri.

Namun, game ini tidak terlepas daripada cela. Lakonan suara yang kurang bersemangat serta pilihan dialog yang cetek mencacatkan sedikit naratifnya, di samping pancaran visual combat yang kadang-kadang mengaburkan kejelasan aksi. Biarpun begitu, kelemahan kecil ini langsung tidak menggugat kehebatan pakej keseluruhan.

Bagi peminat yang inginkan eksplorasi bermakna, aksi pertempuran lincah, serta world-building yang mengasyikkan, CONTROL Resonant berjaya membuktikan keunggulannya.

Game ini akan keluar pada bermula 24 September 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam serta Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

The Review

CONTROL Resonant

8.5 Score

Berlatarkan Manhattan, CONTROL Resonant cemerlang dengan sistem traversal yang mantap, dunia penuh rahsia, serta aksi combat padu. Walaupun sedikit terjejas oleh keserabutan visual dan dialog mendatar, sekuel ini amat memuaskan serta mesra pemain baharu.

PROS

  • Mekanik pergerakan yang versatile dan taburan ruang tersembunyi yang bijak menjadikan setiap penjelajahan memuaskan
  • Landskap semi-open world yang seimbang; terasa megah tanpa menjemukan
  • Sistem combat responsif dan bertenaga, dikayakan dengan katalog musuh yang pelbagai
  • Rekaan visual bandar yang penuh butiran memukau
  • World Feats dan misi sampingan menawarkan insentif untuk melencong daripada laluan utama
  • Mesra pemain baharu melalui story recap yang padat

CONS

  • Keserabutan visual semasa combat berkumpulan menyusahkan jangkaan serangan musuh
  • Kualiti lakonan suara yang tidak konsisten kadangkala menurunkan keasyikan babak dramatik

Review Breakdown

  • Rating 0
Tags: CONTROL Resonantreviu
ShareTweetSend
Previous Post

[TGS2026] Eksklusif Bersama Control Resonant – Rombakan Combat Utamakan Melee Ganas Lagi Adrenalin

Next Post

[TGS2026] FFVII Revelation, Persona 4 Revival & Monster Hunter Wilds: Ascendance Antara Pemenang Japan Game Awards Future Division 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
[TGS2026] FFVII Revelation, Persona 4 Revival & Monster Hunter Wilds: Ascendance Antara Pemenang Japan Game Awards Future Division 2026

[TGS2026] FFVII Revelation, Persona 4 Revival & Monster Hunter Wilds: Ascendance Antara Pemenang Japan Game Awards Future Division 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd