Nampaknya acara Level Up Play KL 2019 digegarkan dengan kemenangan pasukan Flower Gaming untuk Predator League 2020 Malaysia Finals sebentar tadi! Dengan perlawanan terakhir antara Flower Gaming vs CDEC Avenger! Tahniah kepada pasukan Flower Gaming kerana berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 beserta Predator Aethon 300 Gaming Keyboard!
Seperti yang ramai tahu, kita selalu nampak nama pasukan Flower Gaming di liga ESL MYSG, manakala CDEC Avenger baru sahaja bertapak dalam senarai di Malaysia. Tapi siapa sangka nama CDEC Avenger berjaya mendapat tempat ke-2 bagi acara ini!
Seperti yang dinyatakan tadi, pemenang kedua iaitu CDEC Avenger membawa pulang RM10,000 berserta Predator Galea 350 Gaming, tempat ketiga yang dimenangi Rise Esports pula membawa pulang RM5,000 beserta Acer E300 True Harmony Earphone dan tempat keempat yang dimenangi pasukan Dota Hero membawa pulang RM2,300 beserta Acer E300 True Harmony Earphone.
Bagi pasukan lain juga tidak membawa pulang tangan kosong, ini adalah senarai ganjaran mereka;
- Tempat ke-5 & 6 – RM 1,000 + Acer E300 True Harmony Earphone (Pasukan Barbie Doll & MangO + 4)
- Tempat ke-7 & 8 – RM 500 + Predator M size mouse pad (Immortals & Team ABC)
- Tempat ke-9 – 12- 9th – 16th Place RM 300 + Predator Waterproof bag 5 unit setiap pasukan (Gagak Esports, TeamCC2, X-Diamonds, GTR Esports)
- Tempat ke-13- 16 – RM300 (No Finger, Team GoM, Black&White, Lapar Teruk)
Setelah berhempas pulas selama pemilihan dalam talian dan akhirnya ke acara akhir Malaysia ini, tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada XX yang juga secara automatik akan ke peringkat seterusnya iaitu Asia Pacific Predator League 2020!
Anda berpuas hati dengan perlawanan yang menggemparkan ini? Jangan lupa untuk terus ber sokongan kepada pasukan Malaysia di Asia Pacific Predator League 2020 pada 18-22 Februari 2020 di Manila Filipina yang bakal merebut kolam hadiah sebesar USD $200,000 (anggaran RM826,600.00)! Jumpa tahun hadapan!
@gamersantaimy
Discussion about this post