Peminat yang mengikuti pertarungan terakhir Kurosaki Ichigo nampaknya perlu menunggu beberapa minggu lagi untuk menyaksikan pengakhiran kisah ini. Jawatankuasa produksi Bleach: Thousand-Year Blood War – The Calamity mengumumkan bahawa Episod 49 dan 50 telah ditunda ke hujung bulan Oktober 2026.
Dua episod terakhir ini akan ditayangkan di Jepun mengikut jadual baharu berikut:
- Episod 49: Isnin, 19 Oktober 2026
- Episod 50: Isnin, 26 Oktober 2026
Platform siaran tempatan dijangka akan menayangkan episod-episod tersebut sekitar waktu yang sama atau awal pagi keesokannya, bergantung kepada jadual simulcast masing-masing.
Keputusan ini dibuat sejurus selepas tayangan Episod 48. Menurut jawatankuasa produksi dan studio animasi Pierrot Films, penangguhan ini diambil bagi memberi ruang kepada pasukan animasi mengemas kini serta meningkatkan kualiti visual untuk kemuncak anime.
Memandangkan The Calamity merupakan cour terakhir yang bakal menutup keseluruhan jalan cerita Bleach, para animator menggunakan masa tambahan selama sebulan ini bagi memastikan babak klimaks menerima perhatian dan kualiti yang sewajarnya.




![[Ekslusif] Evolusi Hearthstone Sepanjang 13 Tahun – Rahsia Keyword Assemble, Kelas Monk & Mod 2v2](https://cdn.gamersantai.com/2026/09/Hearthstone_EVOLUSI-INTERVIEW_FI-75x75.jpg)




Discussion about this post