Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Myth: Zhong Kui Dedahkan Gameplay Pertama – Combat Lagi Ganas & Boss Fight

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2026
in Artikel
0 0
0
Black Myth: Zhong Kui Dedahkan Gameplay Pertama – Combat Lagi Ganas & Boss Fight
Share on FacebookShare on Twitter

Dua tahun selepas Black Myth: Wukong mencetuskan fenomena dalam dunia gaming, pembangun Game Science dari China secara rasmi melancarkan gameplay trailer pertama untuk projek besar seterusnya, Black Myth: Zhong Kui.

Video baharu ini memberi gambaran lagi terperinci kepada para pemain tentang jalan cerita, mekanik combat, serta latar dunia yang menyeramkan. Game Science menyatakan bahawa kesemua rakaman diambil terus secara in-game daripada build awal yang menggunakan aspect ratio ultra-lebar 21:9. Ini bermakna aspek visual dan mekanik game masih boleh berubah sebelum pelancaran rasmi.

Jika Black Myth: Wukong memfokuskan kepada watak Destined One yang bertarung menggunakan tongkat sakti, Black Myth: Zhong Kui pula memperkenalkan protagonis berwajah manusia yang diinspirasikan daripada Zhong Kui; tokoh pemburu iblis legenda dalam mitologi Cina.

Gameplay Black Myth: Zhong Kui masih menampilkan sistem combat yang pantas dan agresif, berasaskan seni bela diri tradisional serta aksi pedang Cina. Pemain perlu bergantung pada timing yang tepat, gerakan dodge, parry, serta multi-hit combo untuk menumbangkan sekumpulan musuh. Protagonis ini juga boleh menyelitkan sihir Daois ke dalam serangannya; seperti menyalakan api pada pedang, melontar talisman apir yang membakar segerombolan musuh, dan menyalurkan kilat untuk libasan kuat yang memecahkan pertahanan musuh. Raksasa yang tumpas atau dalam keadaan stunned kemudian boleh ditamatkan dengan gerakan execution yang kejam.

Segmen paling menarik dalam trailer ini bermula apabila pemain menyelam ke dalam tasik yang dalam dan meneroka gua bawah air sebelum berdepan dengan seekor boss menggerunkan yang datang dalam bentuk makhluk bersayap dan berperisai cengkerang.

Pertarungan boss fight ini turut menunjukkan mekanik “memindah tubuh” yang unik. Di tengah-tengah pertarungan, protagonis mengambil alih tubuh seorang pahlawan/NPC lain untuk menggunakan kuasa mereka. Secara khusus, dia bertukar rupa menjadi seorang pendekar misteri berjubah gelap dengan gerakan dan serangan yang berbeza, melancarkan serangan pedang berunsur kilat sebelum meletupkan tenaga elektrik dan kembali semula ke bentuk asal.

Black Myth: Zhong Kui sedang dibangunkan sebagai sebuah action RPG single-player untuk PC dan konsol. Malangnya, tarikh pelancaran masih belum diumumkan.

Tags: Black Myth: Zhong Kui
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Marvel’s Wolverine – Kuku Dihunus, Anggota Badan Melayang!

Next Post

Horizon Hunters Gathering Gugurkan Ciri Live-Service Selepas Terima Maklum Balas Negatif

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Horizon Hunters Gathering Gugurkan Ciri Live-Service Selepas Terima Maklum Balas Negatif

Horizon Hunters Gathering Gugurkan Ciri Live-Service Selepas Terima Maklum Balas Negatif

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd