Bandai Co., Ltd. telah mendedahkan gameplay pertama bagi NARUTO CARD GAME, sambil memaparkan reka seni kad, asas permainan, serta banyak lagi sebelum pelancaran rasminya pada Musim Panas (sekitar Jun hingga September) 2027.
Dalam NARUTO CARD GAME, setiap pemain membina deck 57 kad yang dipimpin oleh satu Leader Card utama. Objektifnya jelas: manfaatkan watak serta kebolehan Jutsu untuk menyerang pihak lawan, seterusnya mengurangkan mata Leader’s Life mereka sehingga sifar.
Sebuah deck standard mengandungi empat jenis kad utama:
- 1 Leader Card: Penting kepada deck anda. Leader Card menentukan identiti warna deck serta hala tuju strategi permainan.
- 50 Character Card (termasuk EX Character): Barisan hadapan dalam pertarungan. Sesetengah Character Card boleh melakukan serangan Ninjutsu ikonik. Manakala EX Character Card yang kuat boleh diseru apabila syarat perlawanan dipenuhi, lantas boleh membalikkan keadaan pertarungan hingga memihak kepada pemain semula.
- 5 Chakra Card: Kolam sumber utama. Pemain menterbalikkan Chakra Card (face-down) bagi membayar kos dan mengaktifkan efek sokongan atau Jutsu pada bila-bila masa diperlukan.
- 1 Summon Card: Kad wajib untuk membawa Character Card masuk ke medan lawan.
NARUTO CARD GAME bakal memuatkan watak, jalan cerita, serta babak ikonik daripada ketiga-tiga era utama: NARUTO, NARUTO: Shippuden, dan BORUTO: NARUTO NEXT GENERATIONS.
Pratonton awal menampilkan Uzumaki Naruto, Uchiha Sasuke, Haruno Sakura, Kakashi Hatake, Jiraiya, Tsunade, Orochimaru, Uchiha Itachi, Uzumaki Boruto, dan beberapa yang lain. Reka bentuk kad menggabungkan hasil seni daripada pelbagai pelukis, panel manga lakaran pencipta Masashi Kishimoto, serta babak dramatik daripada anime.
Untuk melihat kad terkini dan mendapatkan kemas kini rasmi, peminat boleh melawati laman web rasmi di naruto-cardgame.com.








Discussion about this post