Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Zenless Zone Zero – Version 3.1 Menambah Agent S-Rank Percuma, Elemen Lumiflux & Ganjaran Ulang Tahun Ke-2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Epic Store, iOS, Microsoft, Mobile, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Zenless Zone Zero – Version 3.1 Menambah Agent S-Rank Percuma, Elemen Lumiflux & Ganjaran Ulang Tahun Ke-2
Share on FacebookShare on Twitter

Update Version 3.1 untuk Zenless Zone Zero telah dilancarkan secara rasmi, yang hadir sempena ulang tahun kedua game tersebut.

Selain elemen combat serba baharu, pemain berpeluang mendapatkan Agent S-Rank terhad secara percuma, serta sokongan platform PC tambahan menerusi Microsoft Store di samping pilihan sedia ada seperti Steam, Epic Games Store, PS5, Xbox Series X|S, iOS, dan Android.

Agen S-Rank Terhad Percuma dan Ganjaran Ulang Tahun Ke-2

Sempena ulang tahun kedua pelancarannya, HoYoverse menawarkan pelbagai ganjaran lumayan kepada semua pemain Zenless Zone Zero yang log masuk sepanjang Version 3.1:

  • Pemilih S-Rank Percuma: Pemain boleh memilih satu Agent S-Rank terhad secara percuma daripada senarai: Jane, Soldier 0 – Anby, Hugo, Trigger, atau Lucia, lengkap bersama Signature W-Engine masing-masing.
  • Tarikan Percuma & Mata Wang: Ganjaran log masuk merangkumi 1,600 Polychrome serta 10 Encrypted Master Tape daripada acara daftar masuk separuh kedua (“The Great En-Nah Giveaway!”), membawa kepada jumlah 20 pull.
  • Bahan Peningkatan Watak: Bahan upgrade Pyrois Mindscape dan barangan overclocking W-Engine turut diagihkan secara percuma sepanjang tempoh ini.

Agent Baharu dan Perubahan Banner

Version 3.1 memperkenalkan dua Agenr S-Rank baharu serta elemen yang lebih dinamik:

  • Remielle Dan (S-Rank Lumiflux Anomaly): Remielle ialah watak pertama yang menggunakan atribut baharu Lumiflux. Mekanik khasnya, Attribute Flux, menyesuaikan elemen serangan mengikut elemen Agent seterusnya dalam skuad anda, lantas memudahkan pemain memanfaatkan kelemahan musuh. Semasa off-field, dia mengumpul sumber untuk memberikan buff kepada seluruh pasukan, sebelum melancarkan assist attack dan letupan elemen Refringe berdamage tinggi. Berbeza daripada banner biasa, banner Remielle akan dibuka sepanjang tempoh Version 3.1.
  • Sigrid (S-Rank Ice Attack): Tiba pada separuh kedua Version 3.1, Sigrid menggunakan Aerial Patrol Spear Form yang meningkatkan CRIT rate serta melipatgandakan damage mengikut kelancaran kombo serangan.
  • Rerun & Rescreening: Agenr Ether Anomaly Aria kembali pada separuh pertama. Pada separuh kedua, rerun khas membolehkan pemain memilih salah satu daripada tiga Agenr S-Rank berikut: Dialyn, Ukinami Yuzuha, atau Asaba Harumasa bersama Signature W-Engine mereka, dengan pity yang dibawa bersama.
  • Bangboo Baharu: Bangboo S-Rank baharu, Ariel, turut membuat penampilan sulung dalam “angelic form”.

V3.1 Limited-Time Channels

Dear Proxies,
The Agent and W-Engine Signal Search Event for this version includes the following content:

▼Detailshttps://t.co/93mtVO6gR7#zzzero #zenlesszonezero#ZZZ2ndANNI pic.twitter.com/yXHnkQHTVq

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) July 27, 2026

Cerita Baharu dan Mod Permainan Kekal

Dalam jalan cerita utama “The Long Goodbye”, wakil daripada faction-faction utama New Eridu berkumpul di sebuah pulau misteri. Di sana, kita akan bertemu semula dengan sahabat lama, Truvia (waris High Ambitions Corp), serta dua tokoh penting daripada Airspace Patrol Department; Pengarah Lindverne Sunbringer dan Timbalan Pengarah Sigrid. Pada masa yang sama, rahsia di sebalik Remielle Dan dan entiti misteri bernama Enchainer mula terbongkar.

All-New Events (I)

Legend has it that deep within Papago Hollow, the "Divine Maze," lies the special equipment of the first-generation Void Hunter Joyous — the Labyrinth Carrot…

A brand-new permanent game mode "Enigma of the Labyrinth: Operation Bagel" will be permanently… pic.twitter.com/qCUh5zHHSp

— Zenless Zone Zero (@ZZZ_EN) July 17, 2026

Update ini turut menambah mod permainan kekal baharu, “Enigma of the Labyrinth: Operation Bagel.” Apabila maskot Proxy, Eous, ditarik ke dalam Hollow yang dalam, pemain perlu memulakan misi menyelamat, mengumpul bekalan, menaik taraf stesen pangkalan, dan melepaskan diri sebelum masa tamat. Mod bermusim ini turut berkongsi kemajuan mingguan bersama Hollow Zero.

Acara Musim Panas dan Pakaian Baharu

Acara musim panas terhad, “Summer Waves Roll In,” rasmi bermula. Pemain boleh sertai Lucy, Sigrid, dan Remielle untuk berparti di pantai serta menguruskan kedai cenderamata. Menyelesaikan jalan cerita acara ini akan memberi pakaian musim panas Lucy (“Princess on Holiday”) secara percuma.

Selain itu, empat pakaian baharu turut hadir di kedai dalam game:

  • Vivian: Iris of the Shore
  • Sigrid: Majestic Wavechaser
  • Remielle: Seashade Pas Seul dan gaun malam Moonlight Whispers (boleh didapati dalam set bundle dengan potongan harga 30%).

Penambahbaikan Sistem dan Quality-of-Life

Beberapa penambahbaikan sistem turut diperkenalkan bagi melancarkan pengalaman bermain dan kemajuan akaun:

  • Mekanik Custom Search: Pemain boleh menetapkan enam Agent S-Rank pilihan untuk “non-featured/off-rate pool”. Ini memberikan lebih kawalan apabila kita mendapat pull off-rate.
  • Panduan Pemain Baharu: Beginner’s Guide menggantikan Proxy Trial lama. Ia menawarkan cadangan susunan pasukan, panduan level-up, serta mempercepatkan kemajuan akaun Inter-Knot dari tahap 20 hingga 50.
  • Kemas Kini Inventory: Pemain boleh mengunci atau membuka W-Engine secara pukal dalam storan, selain menikmati sistem cadangan equipment automatik yang lebih pintar.

Sebagai bonus tambahan, HoYoverse mengesahkan bahawa acara crossover rasmi bersama Honkai: Star Rail bakal keluar pada musim sejuk akan datang (sekitar Disember 2026 hingga Mac 2027).

Tags: Zenless Zone Zero
ShareTweetSend
Previous Post

Harvest Moon: The Lost Valley & Skytree Village Rasmi Lancar di iOS & Android

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Harvest Moon: The Lost Valley & Skytree Village Rasmi Lancar di iOS & Android
Mobile

Harvest Moon: The Lost Valley & Skytree Village Rasmi Lancar di iOS & Android

July 29, 2026
Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai
Beta

Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai

July 29, 2026
Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031
Berita

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031

July 28, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd