Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Harvest Moon: The Lost Valley & Skytree Village Rasmi Lancar di iOS & Android

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2026
in Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Simulator
0 0
0
Harvest Moon: The Lost Valley & Skytree Village Rasmi Lancar di iOS & Android
Share on FacebookShare on Twitter

Dua game farming simulator popular “Harvest Moon: The Lost Valley” dan “Harvest Moon: Skytree Village” kini boleh dimainkan di telefon pintar berikutan pelancaran rasminya di Apple App Store dan Google Play Store.

Harvest Moon: Skytree Village and Harvest Moon: The Lost Valley are available now on iOS and Android!

Harvest Moon: Skytree Village
iOS: https://t.co/xUl484Un2L
Android: https://t.co/7tCHpf1uZM

Harvest Moon: The Lost Valley
iOS: https://t.co/MkFLHJlqN3
Android:… pic.twitter.com/vkTMohmSjo

— Natsume Inc. (@Natsume_Inc) July 28, 2026

Adaptasi mobile ini datang selepas pengeluaran versi “dual-pack” untuk Nintendo Switch pada Julai 2025. Kedua-dua game ini asalnya dikeluarkan di Nintendo 3DS sebelum dinaik taraf untuk platform moden.

Khas untuk versi mobile, Natsume telah menambah sistem “touchscreen control” dengan virtual joystick di sebelah kiri skrin dan butang kawalan di sebelah kanan. Setiap game ditawarkan pada harga RM43.99, bersama diskaun masa terhad pada harga RM35.19. Selain itu, kesemua pakej DLC yang pernah dikeluarkan disertakan terus dalam game, termasuk pakaian tambahan, tanaman, barangan kosmetik, dan watak baharu.

Harvest Moon: The Lost Valley

Dalam The Lost Valley, kisahnya bermula apabila kita terperangkap dalam ribut salji semasa mendaki gunung. Pemain diselamatkan dan tersedar di sebuah lembah terpencil yang diselimuti musim sejuk berpanjangan. Selepas membantu seorang Harvest Sprite yang tertimbus di dalam salji, kita mendapat tahu bahawa musim bunga, panas, dan luruh telah lenyap dari lembah tersebut.

Untuk mengembalikan semula empat musim ke lembah ini, anda perlu menghidupkan semula tanah ladang. Tugas termasuklah bercucuk tanam, memelihara haiwan ternakan seperti lembu, ayam, dan biri-biri, serta mengeratkan hubungan dengan penduduk tempatan. Dalam perjalanan, anda boleh meminta bantuan daripada tujuh Harvest Sprite, Harvest Goddess, dan juga King of the Underworld.

Ciri paling menarik dalam The Lost Valley ialah sistem 3D land-customization. Pemain boleh menggali, menambak, dan meratakan tanah mengikut cita rasa sendiri bagi mencipta ladang impian. Selain memulihkan lembah, pemain juga boleh memikat penduduk tempatan, berkahwin, dan membina keluarga.

  • iOS
  • Android

Harvest Moon: Skytree Village

Skytree Village membawakan penambahbaikan kepada mekanik daripada The Lost Valley, menawarkan dunia yang lebih luas dengan sebuah pekan yang hidup. Berlatarkan Oasis of the Harvest Goddess, tanah yang dulunya subur kini menjadi gersang akibat kuasa Harvest Goddess yang semakin pudar. Misi utama adalah memulihkan tujuh Skytree legenda untuk mengembalikan kesuburan tanah dan kehidupan di kampung ini.

Game ini mengekalkan elemen “land-shaping” daripada judul terdahulu sambil memperkenalkan pelbagai ciri gameplay baharu, seperti jenis tanaman dan bunga baharu, serta sistem memancing yang ditingkatkan. Anda juga boleh menggali dan meluaskan laluan air untuk menangkap pelbagai spesies ikan.

Berbeza dengan suasana The Lost Valley yang sunyi, Skytree Village mempunyai sebuah pekan yang meriah dan didiami pelbagai watak menarik. Anda boleh memilih untuk bermain sebagai watak lelaki atau perempuan, berinteraksi dengan penduduk tempatan, memikat calon pasangan pilihan, dan membina keluarga bahagia.

  • iOS
  • Android
Tags: Harvest Moon: Skytree VillageHarvest Moon: The Lost Valley
ShareTweetSend
Previous Post

Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai
Beta

Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai

July 29, 2026
Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031
Berita

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031

July 28, 2026
GPU Makin Mahal! NVIDIA Naikkan Harga Lagi Hingga 30%
Teknologi

GPU Makin Mahal! NVIDIA Naikkan Harga Lagi Hingga 30%

July 28, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd