Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 29, 2026
in Artikel, Berita, Beta, Microsoft, PC, PS5, Steam, Sukan/lumba, Xbox Series X|S
0 0
0
Crazy Taxi: World Tour ‘Closed Network Test’ Bermula September 2026 – Inilah Cara-Cara Untuk Sertai
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA mengumumkan Closed Network Test untuk Crazy Taxi: World Tour, yang memberi peluang awal kepada pemain untuk mencuba mod online multiplayer sebelum ia dilancarkan pada tahun 2027.

Bagi pemain di Malaysia, ujian 48 jam ini akan bermula dari 8:00 pagi pada Sabtu, 12 September 2026, hingga 8:00 pagi pada Isnin, 14 September 2026.

Pendaftaran kini dibuka di laman web rasmi SEGA sehingga 1 September 2026, jam 2:59 petang. Pemain yang terpilih akan menerima e-mel makluman beserta arahan muat turun pada awal September.

Ujian ini bertujuan menguji kestabilan server dan prestasi cross-play. Oleh sebab fokus diberikan sepenuhnya kepada mod online, mod single-player dan story mode tidak akan disertakan dalam ujian ini.

Sesi ujian menyokong sokongan cross-play di PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC (melalui Steam dan Microsoft Store). Pemain terpilih boleh mencuba dua mod multiplayer berikut:

  • Pickup Race: Seramai 6 pemain akan bersaing mengambil dan menghantar seberapa ramai penumpang yang boleh sebelum masa tamat untuk mengumpul tambang terbanyak.
  • Cops ‘N’ Cabbies: Mod berpasukan 3-lawan-3 yang membahagikan pemain kepada dua kumpulan.

Kedua-dua mod ini boleh dimainkan melalui Ranked Matchmaking atau Custom Matches, yang membolehkan pemain mencipta lobby sendiri dan menetapkan peraturan perlawanan. Antara kandungan yang ditawarkan termasuk dua peta, empat watak, dan enam buah kereta dengan pelbagai pilihan pelarasan.

Crazy Taxi: World Tour dijadualkan keluar pada tahun 2027 untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, dan Nintendo Switch 2. Namun begitu, platform Nintendo Switch 2 tidak akan terlibat dalam sesi ujian kali ini.

Pemain Malaysia yang berminat boleh menghantar permohonan sebelum 1 September dengan melawati portal rasmi SEGA Asia di https://crazytaxi-asia.sega.com/worldtour/en/cnt.

Tags: Closed Network TestCrazy Taxi: World Tour
ShareTweetSend
Previous Post

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031
Berita

Aether Gazer Henti Kemas Kini Baru Pada Disember 2026, Tetapi Server Masih Beroperasi Hingga 2031

July 28, 2026
GPU Makin Mahal! NVIDIA Naikkan Harga Lagi Hingga 30%
Teknologi

GPU Makin Mahal! NVIDIA Naikkan Harga Lagi Hingga 30%

July 28, 2026
ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda
Teknologi

ASUS Malaysia Naik Taraf Servi – Waranti Percuma 2 Tahun & Servis ProCare Khas Untuk Anda

July 28, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd