Yostar dan pembangun Yongshi mengesahkan bahawa Aether Gazer akan menghentikan kemas kini kandungan baharu bermula 1 Disember 2026, sejurus selepas pelancaran Version 5.2.
Dear Admin,
Thank you all very much for your continuous support and companionship throughout our journey with Aether Gazer.
By now, many of you may have seen the recent announcement from the CN server regarding the end of future updates. We know this has raised a lot of… pic.twitter.com/I4ftYjv1dr— Aether Gazer (@AetherGazerEN) July 23, 2026
Buat pemain di global server, pihak pembangun memberi jaminan bahawa semua kandungan yang dirancang masih akan dikeluarkan mengikut jadual sehingga selari dengan server China. Ini bermakna para peminat masih boleh menikmati baki bab Main Story, acara gameplay baharu, serta pelancaran watak-watak baharu sepanjang beberapa bulan akan datang.
Namun, sebaik sahaja Version 5.2 dilancarkan pada 1 Disember 2026, game ini tidak lagi akan menerima sebarang Storu Arc, watak, atau acara baharu.
Namun, berbeza dengan kebanyakan game mobile live-service yang biasanya menutup server apabila kemas kini dihentikan, Aether Gazer mengambil pendekatan berlainan. Daripada menamatkan perkhidmatan, game ini akan beralih ke fasa “Companion Server” jangka panjang; membolehkan pemain log masuk dan bermain untuk bertahun-tahun lagi.
Bermula Disember 2026, Aether Gazer akan memasuki fasa Companion Server. Pemain masih boleh log masuk ke akaun sedia ada, mengekalkan semua kemajuan watak yang telah dicapai, serta bebas memainkan semula bab story dan game mode terdahulu.

Pihak pembangun turut memberi jaminan bahawa Companion Server akan kekal aktif sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun, iaitu sehingga September 2031.
Dan apabila game ini akhirnya dinyahsenarai daripada Google Play dan Apple App Store, Yongshi merancang untuk menyediakan link “direct download” bagi PC dan Android supaya pemain boleh memuat turun dan bermain tanpa masalah.

Memandang lebih jauh ke hadapan, pasukan pembangun mendedahkan bahawa mereka akan menilai semula status game ini sekitar Mac 2031. Bergantung pada keadaan ketika itu, mereka akan mempertimbangkan sama ada mahu memanjangkan lagi tempoh operasi server atau menukar Aether Gazer menjadi game offline single-player yang sepenuhnya percuma.








Discussion about this post