Pemain Ash Echoes SEA di Malaysia dikejutkan dengan berita penutupan game tersebut hari ini. Noctua Games bersama pembangun Shanghai Aurogon mengumumkan bahawa server Asia Tenggara akan ditutup secara rasmi pada Jumaat, 24 Julai 2026, jam 1:00 tengah hari.

Berita tersebut dimuat naik di server Discord rasmi permainan tersebut, mengejutkan komuniti tempatan kerana tempoh notis yang amat singkat.
Penutupan ini melibatkan pemain di seluruh rantau Asia Tenggara, merangkumi Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, dan Myanmar.
Menerusi satu mesej, pasukan pembangunan memohon maaf atas keputusan mendadak tersebut.
“Dengan berat hati, kami mengumumkan bahawa akses kepada Ash Echoes SEA akan ditutup,” tulis pasukan tersebut. “Ini bukanlah satu keputusan yang mudah. Kami faham berita ini amat mengecewakan dan memohon maaf atas kesannya kepada semua. Sepanjang perjalanan Ash Echoes, minat, dedikasi, serta sokongan anda amat bermakna buat kami.”
Ash Echoes SEA is now announcing EOS
by u/lordgaebril_ in gachagaming
Mula dilancarkan di Asia Tenggara pada November 2024, Ash Echoes merupakan “tactical strategy RPG free-to-play” untuk mobile dan PC. Dibangunkan oleh Shanghai Aurogon (studio di sebalik siri Swords of Legends), game ini menggabungkan elemen real-time strategy berasaskan grid, mekanik tower defense, serta sistem combat elemen.
Berlatarkan dunia multiverse futuristik, jalan cerita bermula daripada peristiwa misteri Skyrift yang membelah langit Hailin City. Pemain bertindak sebagai Director di organisasi S.E.E.D., memimpin pasukan wira berkuasa luar biasa dipanggil “Echomancers” demi mengembalikan keamanan antara dimensi.

Meskipun dipuji dari segi rekaan watak dan visualnya, game ini tidak dapat mempertahankan diri dalam pasaran gacha yang begitu kompetitif. Sebelum ini, versi global Ash Echoes telah pun menutup servernya pada Jun lalu, jadi penutupan server SEA merupakan petanda terbaharu tentang betapa sengitnya cabaran dalam pasaran game live-service.








Discussion about this post