Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Jom Daftar Untuk Closed Network Test ‘The Duskbloods’ – Hanya Di Nintendo Switch 2

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 23, 2026
in Action, Artikel, Berita, Beta, Multiplayer, Nintendo Switch 2
0 0
0
Jom Daftar Untuk Closed Network Test ‘The Duskbloods’ – Hanya Di Nintendo Switch 2
Share on FacebookShare on Twitter

Pendaftaran sesi Closed Network Test bagi The Duskbloods oleh FromSoftware telah dibuka secara rasmi. Sebagai judul eksklusif Nintendo Switch 2, tempoh permohonan telah bermula sejak 22 Julai dan akan berlangsung sehingga 28 Julai, untuk memberi peluang awal kepada para pemain untuk mencuba game ini sebelum pelancaran rasmi.

Registration for The Duskbloods Closed Network Test has now begun. Please register via the official network test website. We look forward to making your acquaintance in the Lands of Dusk: https://t.co/unWxOdkAzX pic.twitter.com/SB3KZMOirR

— The Duskbloods (@TheDuskbloods) July 22, 2026

Diarahkan oleh Hidetaka Miyazaki, The Duskbloods adalah pendekatan baharu buat FromSoftware; studio gergasi di sebalik judul fenomena seperti Dark Souls, Bloodborne, dan Elden Ring. Berbeza daripada format single-player tradisional, game berunsur aksi gothic ini memfokuskan mod multiplayer berlatarkan dunia misteri “Lands of Dusk”. Setiap perlawanan boleh menyokong sehingga lapan orang pemain secara serentak dalam sesi online yang dinamik.

Cara Memohon

Pemain yang berminat boleh mendaftar di laman web rasmi kempen dengan memautkan Nintendo Account masing-masing.

Memandangkan kuota adalah terhad, pemilihan peserta dibuat berdasarkan konsep “siapa cepat, dia dapat”. Sebarang permohonan berulang daripada akaun yang sama akan dibatalkan secara automatik.

Syarat Penyertaan:

  • Memiliki konsol Nintendo Switch 2.
  • Mempunyai keahlian Nintendo Switch Online yang aktif.
  • Mempunyai Akaun Nintendo yang telah dipautkan.

Jadual Permohonan & Muat Turun

  • Tempoh Permohonan: 22 Julai, 10:00 malam MYT – 28 Julai, 9:59 malam MYT
  • Pengumuman Keputusan: 7 Ogos, 9:00 malam MYT (pemain perlu log masuk ke laman pendaftaran untuk menyemak status)
  • Pengedaran Kod & Pre-load: 18 Ogos, 9:00 malam MYT (menerusi Nintendo eShop atau Nintendo Store)

Jadual Sesi Ujian

Ujian rangkaian ini akan berlangsung dari 21 Ogos hingga 24 Ogos, yang dibahagikan kepada lima sesi (setiap sesi berdurasi empat jam):

  • Sesi 1: Jumaat, 21 Ogos — 6:00 petang hingga 10:00 malam MYT
  • Sesi 2: Sabtu, 22 Ogos — 10:00 pagi hingga 2:00 petang MYT
  • Sesi 3: Ahad, 23 Ogos — 2:00 pagi hingga 6:00 pagi MYT
  • Sesi 4: Ahad, 23 Ogos — 6:00 petang hingga 10:00 malam MYT
  • Sesi 5: Isnin, 24 Ogos — 10:00 pagi hingga 2:00 petang MYT

(Masa sesi tertakluk kepada perubahan atau penangguhan sementara mengikut keperluan teknikal sepanjang tempoh ujian.)

Tags: Closed Network TestThe Duskbloods
ShareTweetSend
Previous Post

gamescom asia x Thailand Game Show 2026 Luaskan Ruang Pameran, John Romero Turut Tampil Sebagai Speaker

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

gamescom asia x Thailand Game Show 2026 Luaskan Ruang Pameran, John Romero Turut Tampil Sebagai Speaker
Acara

gamescom asia x Thailand Game Show 2026 Luaskan Ruang Pameran, John Romero Turut Tampil Sebagai Speaker

July 23, 2026
Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka
Berita

Langrisser: Sea of Sword – Combat Dual-Hero Dengan Dunia Bebas Untuk Meneroka

July 22, 2026
Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia
Industri

Sankei Digital & Eliphant Bersatu Untuk Bawa Game Tempatan ke Pentas Dunia

July 22, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd