Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kembali ke Mac Selepas 19 Tahun, Madden NFL 27 Arcade Edition Akan Tiba Di Apple Arcade

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 15, 2026
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Sukan/lumba
0 0
0
Kembali ke Mac Selepas 19 Tahun, Madden NFL 27 Arcade Edition Akan Tiba Di Apple Arcade
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan depan, Apple Arcade akan meluaskan barisan game sukannya dengan EA Sports Madden NFL 27 Arcade Edition. Akan datang pada 6 Ogos, judul ini membawa francais bola sepak Amerika ke platform langganan Apple buat pertama kali. Ia juga menandakan kepulangan siri Madden ke komputer Mac selepas 19 tahun menyepi, di mana edisi terakhirnya merupakan Madden NFL 08 pada tahun 2007.

This just in! Check out EA SPORTS MADDEN NFL 27 Arcade Edition when it launches on August 6, 2026.

Subscribe to Apple Arcade and jump straight into Quick Play or build your NFL team in Franchise Mode.

Learn More: https://t.co/EAjzGHxt5X pic.twitter.com/pNuPhjMCYk

— Madden NFL Mobile (@EAMaddenMobile) July 14, 2026

Dibangunkan khas untuk ekosistem Apple, game ini menyokong fungsi cross-device play yang membolehkan kita menyambung sesi permainan di iPhone, iPad, Mac, dan Apple TV. Selain serasi dengan kedua-dua touch control dan controller fizikal, semua judul di Apple Arcade juga bebas daripada sebarang iklan dan mikrotransaksi. Ini bermakna pemain dapat merasa simulasi aksi 11-lawan-11 tanpa gangguan “in-app purchases” mahupun “halangan paywall”.

Madden NFL 27 Arcade Edition turut membawa mod Quick Play dan Franchise, lengkap dengan “player rating” yang dikemas kini mengikut prestasi semasa musim NFL sebenar. Tarikan utama mod Franchise kali ini ialah Narrative Messaging System; satu ciri baharu yang memerlukan pemain membuat keputusan penting di luar padang. Daripada mengendalikan sidang media hinggalah menganjurkan makan malam pasukan bagi meningkatkan keserasian staf jurulatih, setiap pilihan akan mempengaruhi perjalanan musim. Di samping itu, pemain boleh menyertai “monthly custom campaign”, termasuk kejohanan antarabangsa di stadium-stadium terkemuka dunia.

Lebih Banyak Game Sukan Bakal Tiba

Bukan itu sahaja, Apple Arcade akan menambah pilihan sukan kasual pada 6 Ogos menerusi pelancaran Retro Bowl College+. Edisi spin-off kepada game bola sepak amerika 8-bit ini menawarkan semua ciri premium tanpa perlu dinyahkunci. Melaluinya, anda boleh memimpin salah satu daripada lebih 250 program kolej yang disediakan.

We are also pleased to announce the return of NFL Retro Bowl'27 on Apple Arcade this September. More details to follow in the coming weeks, but we are excited to reveal "Gauntlet" mode. pic.twitter.com/h0KRVIfDme

— Retro Bowl (@retro_bowl) July 14, 2026

Pemain akan diuji untuk menguruskan bajet sukan yang ketat sambil membimbing atlet muda dalam mengharungi kehidupan kolej supaya mereka layak ke pro draft. Versi ini membawakan roster 12 pemain yang lebih besar, mekanik kick-return, serta deep editor bagi mengubah suai pasukan, conference, dan bowl game. Ada juga pilihan “League Style” yang membolehkan pemain menetapkan semula format liga dan peraturan mengikut sejarah musim-musim lepas.

Start with limited resources, survive a 15-game win streak with the highest score among other players. Choose between safe matchups or high-risk opponents, & the rewards of real NFL stars or powerful perks. Player XP and abilities carry over after a loss. pic.twitter.com/FLVPrzio5F

— Retro Bowl (@retro_bowl) July 14, 2026

Pada 3 September, NFL Retro Bowl ’27 pula akan menyertai barisan perkhidmatan ini dengan memperkenalkan “Gauntlet Mode”. Sebagai GM, anda akan bermula dengan sumber terhad dan perlu mengekalkan rekod 15 kemenangan berturut-turut untuk mendaki global leaderboard. Sepanjang kempen, anda perlu bijak memilih sama ada ingin mengambil laluan selamat melawan pasukan mudah, atau menghadapi lawan berisiko tinggi demi ganjaran lumayan seperti bintang NFL sebenar dan power-up. Sekiranya tewas, kemajuan serta player experience sedia ada tidak akan hilang begitu sahaja, sebaliknya dibawa ke pusingan seterusnya bagi membantu pemain membina pasukan sebelum berdepan perlawanan tumpuan, division rivalry showdown.

Kemas Kini untuk Judul-Judul Popular

Bagi mengisi masa sebelum ketibaan game tersebut pada bulan Ogos dan September, pelanggan Apple Arcade sudah boleh menikmati beberapa update menarik yang tersedia hari ini:

  • NBA 2K26 Arcade Edition: Kemas kini terbaharu menampilkan bintang NBA All-Star dua kali, Tyrese Maxey, sebagai watak “Paragon” yang boleh dimainkan, serta menambah Era 2016–2024 ke dalam mod “The Association”.
  • PGA TOUR Pro Golf: Pemain kini boleh memulakan hayunan (tee off) di padang terbaharu yang baru sahaja ditambah, iaitu Bear’s Best Atlanta.
  • NFL Retro Bowl ’26: Bermula esok, 16 Julai, pemain boleh menguji kehebatan masing-masing menerusi cabaran “Apple Games Historic Super Bowl” untuk merasai semula beberapa perlawanan paling ikonik dalam sejarah kejohanan tersebut.
Tags: Apple ArcadeiOSMadden NFL 27 Arcade Edition
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon “Lost Rites”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon “Lost Rites”
Eksklusif

[Eksklusif] Dragon’s Dogma 2: Dark Arisen – Asal-Usul Nama, Eksplorasi Di Norgan & Dungeon “Lost Rites”

July 15, 2026
Digimon UP Boleh Dimuat Turun Sekarang Di iOS & Android
Mobile

Digimon UP Boleh Dimuat Turun Sekarang Di iOS & Android

July 15, 2026
Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova
Berita

Honkai: Star Rail – Version 4.4 Tiba Hari Ini Bersama Himeko • Nova

July 15, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd