Spike Chunsoft dan pembangun Gemdrops mengumumkan bahawa tarikh pelancaran Danganronpa 2×2 telah ditunda daripada jadual asal pada tahun 2026 kepada awal tahun 2027.
Apabila dilancarkan nanti, game ini boleh dimainkan di PlayStation 5, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, serta PC menerusi Steam dan Epic Games Store.
Game visual novel ini membawakan perubahan unik bagi judul klasik sama pada tahun 2012, Danganronpa 2: Goodbye Despair, di bawah seliaan pencipta siri Kazutaka Kodaka. Bukannya remaster biasa, projek ini menggabungkan game asal yang dimodenkan dengan jalan cerita alternatif.
Dua Mod Permainan: Original Mode dan Slayhem Mode

Danganronpa 2×2 membolehkan pemain memilih antara dua mod permainan berbeza, dan kedua-duanya sedia diakses sejak dari awal permainan:
- Original Mode: Menceritakan kisah asal tahun 2012 dengan grafik yang ditambah baik, prestasi yang lebih kemas, serta pengoptimuman visual untuk sistem konsol dan PC moden.
- Slayhem Mode: Menampilkan jalan cerita serba baharu dengan barisan watak dan latar tropika yang sama. Dalam mod ini, satu kejadian berbeza di awal permainan akan mencetuskan beberapa peristiwa yang lain daripada yang lain: membawa kepada barisan mangsa, suspek, dan misteri pembunuhan baharu. Mod Slayhem juga menawarkan sekitar 20% lebih banyak kandungan berbanding Original Mode.

Meskipun kedua-dua mod ini sedia dimainkan dari mula, pasukan pembangun mengesyorkan pemain untuk menyelesaikan Original Mode terlebih dahulu bagi menghayati sepenuhnya kelainan naratif yang ditawarkan dalam Slayhem Mode.
Naik Taraf 3D World Map dan Seni Watak

Sistem eksplorasi dan reka letak Pulau Jabberwock turut menerima rombakan besar. Jika Danganronpa 2 asal menggunakan peta side-scrolling 2D untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, Danganronpa 2×2 pula memperkenalkan fungsi 3D World Map bagi memberikan gambaran pulau yang lebih jelas.

Pemain boleh meneroka pulau secara bebas dalam perspektif first-person bagi merasakan suasana tropika yang lebih hidup, atau menggunakan ciri fast travel untuk terus ke destinasi. Selain itu, kesemua potret watak telah dilukis semula dengan ilustrasi baharu yang dioptimumkan untuk paparan berdefinisi tinggi masa kini.








Discussion about this post