Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Epic Games Dedah Unreal Engine 6, Rocket League Menjadi Contoh Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 25, 2026
in Artikel, Berita, Industri, Teknologi
0 0
0
Epic Games Dedah Unreal Engine 6, Rocket League Menjadi Contoh Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Epic Games bersama pembangun Psyonix secara rasminya telah mendedahkan Unreal Engine 6 kepada dunia. Pengumuman ini dibuat pada akhir kejohanan Rocket League Championship Series (RLCS) 2026 Paris Major.

Sejak diperkenalkan bersama konsol generasi baharu pada tahun 2020, Unreal Engine 5 telah menjadi standard utama dalam industri. Enam tahun kemudian, kehadiran Unreal Engine 6 menjanjikan lonjakan drastik dari segi kualiti visual dan cara kita merasai sesebuah game.

Menerusi teaser trailer yang dikongsikan, penonton dapat melihat sendiri aksi Rocket League yang dijalankan secara real-time menggunakan enjin terbaharu itu.

Peralihan ke Unreal Engine 6 nyata membawa perubahan besar. Trailer tersebut mempamerkan model kereta yang sangat teliti serta rekaan padang yang dilengkapi sistem pencahayaan dinamik dan kesan pantulan cahaya yang cukup realistik.

Bermula daripada cahaya pada badan kereta yang metalik hinggalah ke tekstur rumput di padang, segalanya nampak lebih hidup berbanding sebelum ini.

Namun, Epic Games masih belum mendedahkan tarikh rasmi pelancaran bagi kemas kini Rocket League tersebut mahupun billa enjin itu boleh mula digunakan oleh para studio game lain.

Jika merujuk kepada sejarah Unreal Engine 5 yang mula didedahkan pada 2020, ia mengambil masa hampir dua tahun sebelum boleh digunakan secara meluas oleh para pembangun.

Walaupun Tim Sweeney selaku CEO Epic sudah mengacah tentang kewujudan UE6 sejak tahun 2025, pakar industri menjangkakan versi penuh enjin ini mungkin hanya akan tiba dalam tempoh dua ke tiga tahun lagi.

Pendedahan UE6 juga telah mencetuskan spekulasi bahawa projek-projek masa hadapan (seperti sekuel Cyberpunk 2077 oleh CD Projekt Red) mungkin akan beralih ke enjin baharu ini demi memanfaatkan teknologi lebih canggih yang ditawarkannya.

Tags: Unreal Engine 6
ShareTweetSend
Previous Post

Platform Digital & Game Berdepan Denda RM10 Juta Jika Gagal Patuhi Kod Keselamatan, Menurut MCMC

Next Post

Yujiro Hanma Daripada Baki Bakal Sertai Tekken 8 Sebagai Watak DLC Istimewa!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Yujiro Hanma Daripada Baki Bakal Sertai Tekken 8 Sebagai Watak DLC Istimewa!

Yujiro Hanma Daripada Baki Bakal Sertai Tekken 8 Sebagai Watak DLC Istimewa!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd