Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Platform Digital & Game Berdepan Denda RM10 Juta Jika Gagal Patuhi Kod Keselamatan, Menurut MCMC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 22, 2026
in Artikel, Berita, Tempatan
0 0
0
Platform Digital & Game Berdepan Denda RM10 Juta Jika Gagal Patuhi Kod Keselamatan, Menurut MCMC
Share on FacebookShare on Twitter

Platform digital dan perkhidmatan permainan video dalam talian di Malaysia mempunyai masa kurang daripada dua minggu untuk menyesuaikan operasi mereka dengan piawaian keselamatan baharu yang lebih ketat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesahkan bahawa dua kod utama di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 akan dikuatkuasakan sepenuhnya bermula 1 Jun 2026.

Dua peraturan baharu tersebut—Kod Perlindungan Kanak-kanak (CPC) dan Kod Mitigasi Risiko (RMC)—bertujuan memastikan penyedia perkhidmatan, termasuk media sosial dan dunia permainan video, memikul tanggungjawab lebih besar terhadap kandungan yang mereka hoskan. Mana-mana syarikat yang didapati gagal mematuhi keperluan RMC boleh dikenakan tindakan tegas, termasuk denda mencecah RM10 juta.

Kod Perlindungan Kanak-kanak (CPC)

Seronok, menarik… susah nak berhenti.

Dunia media sosial direka untuk tarik perhatian kita tanpa henti, tanpa had. Tapi kawalan diri bukan datang sekelip mata.

Untuk yang masih bawah 16 tahun, mengawal penggunaan dan memahami kesannya bukan perkara mudah. pic.twitter.com/zEfEZpRuvv

— MCMC (@MCMC_RASMI) May 6, 2026

Menerusi CPC, setiap platform wajib menerapkan prinsip “safety-by-design”. Ini bermakna ciri keselamatan bukanlah pilihan yang boleh diabaikan, sebaliknya ia mesti dibina terus ke dalam sistem perkhidmatan sejak dari peringkat awal lagi.

Antara perubahan paling besar ialah sekatan pemilikan akaun, di mana platform diwajibkan untuk menghalang kanak-kanak di bawah umur 16 tahun daripada mendaftar akaun. Bagi pengguna muda yang sudah sedia ada, penyedia perkhidmatan mesti memperkenalkan perlindungan mengikut kesesuaian umur serta mengehadkan fungsi tertentu yang berisiko mendedahkan mereka kepada eksploitasi atau kandungan berbahaya.

Persekitaran digital hari ini membuka ruang interaksi yang luas, namun turut mendedahkan kanak-kanak kepada pelbagai ancaman tersembunyi sekiranya tiada kawalan dan pemantauan yang sewajarnya. pic.twitter.com/BVgsS5OWzx

— MCMC (@MCMC_RASMI) May 5, 2026

Contoh situasi yang dianggap melanggar peraturan:

  • Pendaftaran Terlalu Mudah: Jika sesebuah platform game atau media sosial membenarkan remaja berusia 13 tahun membuka akaun hanya dengan menekan butang “Ya, saya berumur 18 tahun” tanpa sebarang proses pengesahan yang serius.
  • Tetapan Privasi Longgar: Jika platform membiarkan ciri berisiko tinggi (seperti fungsi pesanan ringkas atau DM daripada orang asing) aktif secara automatik (default) pada akaun kanak-kanak, ia dianggap gagal memenuhi syarat “safety-by-design”.

Kod Mitigasi Risiko (RMC)

Bawah 16 tahun, akses media sosial perlu dihadkan bukan dibebaskan.

Dalam dunia Internet, bukan semua yang kelihatan di skrin adalah seperti yang disangka. Identiti boleh disembunyikan, niat boleh disalah tafsir, dan interaksi yang kelihatan biasa boleh membawa kepada risiko. pic.twitter.com/4PZe0eAcam

— MCMC (@MCMC_RASMI) April 29, 2026

Kod RMC pula menumpukan kepada ancaman digital yang lebih meluas. MCMC menuntut penyedia perkhidmatan untuk lebih proaktif dan tidak hanya menunggu aduan daripada pengguna. Syarikat-syarikat ini dikehendaki menjalankan penilaian risiko secara berkala dan memperkukuh tadbir urus kandungan mereka.

Antara kewajipan utama di bawah kod ini termasuklah melakukan pengesahan identiti pengiklan dan melabel sebarang “manipulated content” (seperti deepfake yang dihasilkan oleh AI) secara jelas.

Contoh situasi yang dianggap melanggar peraturan:

  • Deepfakes Tanpa Label: Jika platform membiarkan video hasil manipulasi AI yang sangat realistik tersebar luas tanpa label amaran yang menyatakan video tersebut telah diubah suai.
  • Iklan Scam Berleluasa: Jika platform menyiarkan iklan “skim pelaburan” atau “mata wang percuma dalam game” tanpa mengesahkan siapa dalang di sebalik iklan tersebut terlebih dahulu.
  • Sistem Aduan Lembap: Jika pengguna melaporkan kandungan yang jelas berbahaya tetapi platform tidak mempunyai “effective response mechanism” (mekanisme tindak balas yang berkesan) untuk menanganinya dengan pantas.
Tags: MalaysiaMCMC
ShareTweetSend
Previous Post

GTA 6 Masih Akan Keluar 19 November – Bos Take-Two Padam Keraguan Tentang Penangguhan

Next Post

Epic Games Dedah Unreal Engine 6, Rocket League Menjadi Contoh Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”
Panduan

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”

July 9, 2026
“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026
Berita

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

July 9, 2026
Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026
Teknologi

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

July 9, 2026
Next Post
Epic Games Dedah Unreal Engine 6, Rocket League Menjadi Contoh Pertama!

Epic Games Dedah Unreal Engine 6, Rocket League Menjadi Contoh Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd